RM1800 piping luar n bil air mencanak

Salam,

Alhamdulillah, piping baharu dah dibuat arini 30 Julai 2024 (selasa), setelah paip bocor bawah tanah.

Ah Meng dipanggil untuk buat dari jam 9:30 pg sehingga jam 3:30 ptg. Total 6 jam kerja.

Ceritanya:

Bil sampai dirumah sekitar hari Ahad pagi dimana bil menunjukkan RM 140. Kemudian setelah berbincang, kami decided panggil Ah Meng untuk dtg pada Isnin untuk check. Ah Meng dtg sekitar jam 7 malam nak dekat Mahgrib dan check mendapati mmg ada air bocor bawah tanah. Dia check tangki tiada masalah bocor, maka yg ada masalah adalah paip bawah tanah kerana meter still bergerak bila stopper ke tangki ditutup dan air direct di dapur tak bukak. Setelah mendapat quotation (RM1800), kami bersetuju dan untuk pasang esoknya iaitu 30 Julai 2024.

Ah Meng dtg sekitar jam 9:30 pg dan selesai jam 3:30 ptg. Kami sempat mengemas rumah dan setel sekitar jam 6 ptg.

Youtube link : https://youtu.be/dTKCHRNo0Uw?si=nB3MTJfDud3T03Jo

Syarat Baru untuk Pensyarah di Fakulti yang mengajar bidang computing

Aku nak explain skit bab pengambilan pensyarah untuk mengajar di fakulti yang berkaitan computing.

Aku nak setkan dekat Bachelor Degree dulu. Bukan Diploma or Master or PhD. Tu pun ada syarat2 baru jugak. Tp aku nak fokus dekat yg nak ajar Bachelor Degree ni.

MQA dah tetapkan syarat baru yg staf mesti Bachelor Degree dalam bidang computing untuk mengajar pelajar dalam bidang computing. Jika tidak mereka tak boleh ajar subjek2 berkaitan computing. Tu ramai yang Technical Knock Out masa nak apply pensyarah tu terutama fakulti yg berkaitan computing.

So, pastikan if nak anak2 korang ni bercita-cita nak jadi pensyarah bidang computing, jangan ler lari bidang. Susah beb nanti. Peratusan nak kene reject mase interview salah bidang nanti akan tinggi beb.

Ini terhad kepada yang memilih akreditasi melalui MQA. Jika melalui MBOT ada syaratnya lain pula.

Korang boleh download standard baru MQA kat sini https://www2.mqa.gov.my/qad/v2/2023/PS%20Computing%203rd%20Edition%20-%2031.5.23.pdf.