7 minggu tanpa larian

Pada 6 March sampai 24 April 2024, memang aku tak berlari langsung sebab:

1) Pembedahan hidung aku (rujuk post berkaitan hidung aku.

2) Memang rehat sempena Ramadhan

Tapi apa yang aku buat adalah:

1) Ada kalanya aku buat light activity mcm membasuh rumah, bersihkan rumah dll bagi berpeluh dan mengerakkan tubuh badan

2) Makan kena jaga sebab berat aku masih maintain smp sekarang sekitar 56/57 kg. Bahkan masa awal March berat aku lg berat sekitar 59/60 kg. Skg aje aku nak maintain 56/57 kg

Jadi aku start berlari masa 25 April 2024 sampai sekarang dua minggu dah. Aku buat easy run aje 5km dan 10km dan adela pecut skit last km pace 4

So aku boleh simpulkan:

1) Vo2max tak turun sgt, just 52 ke 51 aje. Turun 1 aje

2) Performance aku rasa dah makin 90% recovery. Lagi 2 minggu akan dpt balik fitness 100%. InsyaAllah

3) Badan makin rasa fit sekitar 90-95%.

So kesimpulannya, if ko jaga makan and light training kt rumah bahkan bersihkan rumah ke, buat squat etc 5-10 minit sehari kat rumah tanpa larian sebulan pun takpe. So bulan Ramadhan boleh rest. Sesuai yang runner yg bukan atlit mcm aku.

Tayar Continental

Alkisahnya, aku gi rumah abang aku pagi tadi, beraya. Kemudian abang aku perasan tayar kiri belakang kempis. So aku bawak aje mcm biasa dari Tanjung Malim (rumah abang aku) ke area Sungai Buloh pam tayar tu sat.

Noh amik ko tinggal 50 aje bacaan tayar tu, nak kene isi sampai 210. So drive la ke kedai tayar dekat dgn rumah mentua aku.

Sampai kedai tayar, mmg tampalan lama dah terhakis dan dan mmg takleh tampal dah. Tayar dah menipis dan mmg sampai masa dah. So beli la dua bijik tayar. Harga mmg keras la sebab tu tayar 18 beb. Korang Google la sendiri harga tayar 18 inci ni berapa ye.

Buat benda yang tenang and steady

Kedua dua ni sepupu yang hampir sebaya (beza 9 bulan cuma seorang lahir July 2017 si Zayn and sorang lagi April 2018). Depa dua ni la satu geng dari kecik sampai la ke usia sekarang. Nak main dgn kakak2nya semua dah besar2. So berdua la bergeng.

Aku merasakan bila rasa makin berusia ni (aku tahun depan nak masuk 40 dah pada januarinya) aku dah mcm makin lama makin kurang dah rasa nak gaduh sgt. hatta di jalan raya ke atau mana2.

Aku mcm rasa betul org2 dulu ckp, β€œcukuplah sekali aje kita nak nasihat and cakap benda yg benar, if depa taknak ikut biarkan dan move on.”

Lebih kepada ketenangan dalam minda, dari nak serabut dalam minda. Aku taknak tunggu umur 50 an ke atau nak dekat pencen ke baru nak slow down. Aku rasa umur 40 tu tanda nak tenang aje dlm pekerjaan and get the target tu done dan memadai. Badan atau minda itu bersederhana.

Aku taklah kaya and aku taklah miskin. Aku dapat enjoy hidup aku, dapat berjogging, dapat main games apa yg aku suka, dapat keluar bercuti, dapat makan yg best2 samada masak atau beli sendiri. Dan menikmati hidup dgn baik.

Semoga kita semua sentiasa tenang and enjoy the life ni even more.

InsyaAllah aku akan start berjogging balik Sabtu ni. Diselang seli dgn puasa enam start next week InsyaAllah.

Ingat, bila nak start berjogging balik, first month WAJIB just EASY RUN sahaja and bina skit2 endurance. DO NOT SPEED OR INTERVAL. Hanya easy run menikmati alam. Warm up kena buat.

Selamat kembali semua ke dunia larian πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺπŸΌπŸƒπŸƒπŸƒ