Berfikiran Terbuka dan Menerima Pandangan

Salam,

Seperti yang kita tahu, agak sukar untuk menjadikan diri ini berfikiran terbuka.

Selalunya apa yang berlaku adalah

Kita membuat suatu perkara yang baru

Kemudian ada pandangan serta pendapat baru untuk perkara baru tersebut

Kita akan merasa sedikit marah mungkin kerana ianya perkara yang anda buat dan bukannya orang lain

Jadi, untuk merealisasikan berfikiran terbuka tersebut

Rasanya kita perlu sentiasa mengamalkan sikap bersabar dan sentiasa meneliti setiap aspek itu dan memberi maklum balas dalam keadaan tenang

Sikap tergopoh gapah untuk memberi maklum balas kemungkinan akan menyebabkan sedikit kesulitan kerana ketika marah percayalah semua keputusan adalah selalunya negatif bagi seorang manusia biasa

Sebagai contoh,

Kita sudah menyuruh pelajar jangan meniru tetapi akhirnya mereka meniru juga

Maka, sabar dan jangan marah ketika itu,

sebaliknya ingat nama pelajar tersebut atau guna apa jua cara untuk kenal pasti pelajar tersebut

Kemudian anda lakukan marks deduction atau apa jua hukuman secara tersembunyi dengan hanya pelajar itu sahaja tahu dia melakukan kesalahan.

Kemudian bagilah peluang kedua kerana saya percaya, betapa banyak Allah beri peluang kepada kita untuk bertaubat jadi kenapa peluang kepada manusia tidak diberikan?

Mungkin beri peluang tersebut adalah dengan menyuruh pelajar terbabit melakukan kerja-kerja tambahan untuk pengajaran kepada pelajar tersebut.

Maka dengan ini, anda sudah dianggap berfikiran terbuka dan sentiasa bersangka baik terhadap segala perkara.

Oleh itu, elakkan marah secara awam dan beri pandangan yang membina atau general sahaja diperingkat awam.

Saya suka memberi maklum balas secara general di peringkat awam

Malangnya ada segelintir yang tidak suka kerana mungkin siapa yang makan cili terasa pedasnya

Bagi saya, yang penting ianya tidak ditujukan kepada sesiapa tetapi biarlah mereka yang terasa untuk berubah

Saya tidak mahu dianggap sebagai orang tua sahaja sentiasa betul.

Jika pelajar saya betul dan saya salah maka saya akan mengaku salah

bahkan jika dalam kelas, jika saya salah sekalipun, saya terus cakap “maaf, cara tadi tersilap, ini cara yang betul”

Buat apa cover dan malu dengan kesalahan dan menipu pelajar daripada perkara benar

Kesimpulannya,

mari kita melahirkan generasi tanpa mengira usia untuk menerima pandangan.

Samada tua atau muda, yang berpandangan jauh dan kreatif akan kita terima untuk kebaikan bersama

Buang sikap yang tua sahaja selalu betul atau bos always right

Right now, we all right.

Hari ini 16 Ramadhan 1433 Hijrah

Assalammualaikum,

Barangkali kita tidak sedar, bahawa telah masuk hari ke-16 dan sekejap lagi waktu berbuka bagi kawasan saya duduk iaitu Melaka.

Sebenarnya, dalam erti kesibukan bekerja, saya kena pastikan saya ada masa untuk keluarga saya, penyelidikan saya yang saya harapkan insyaAllah tahun depan atau awal tahun 2014 akan tamat, dan kerja-kerja pejabat.

Bagi saya, apabila saya bekerja, yang penting saya membuat segala kerja pejabat seperti pengajaran, dan aktif dalam jawatankuasa dengan baik.

Kerana penulisan, perundingan dan penyelidikan saya sudah ada keistimewaannya iaitu merupakan tajuk penting untuk saya.

Jadi, saya membuat satu perkara yang ada three in one di mana saya sudah menjimatkan kos dari segi penyelidikan, penulisan dan perundingan kerana apa yang saya buat itu penting untuk 1 tahun atau 1 tahun setengah saya lagi kerana memandangkan saya dalam proses implementation dan testing disamping melakukan penulisan pada masa yang sama.

Cuma pengajaran dan aktif dalam jawatankuasa saya cuba menyelaraskan agar ianya sesuatu yang berkait dengan penyelidikan saya dan alhamdulillah pada sem hadapan juga saya mengajar Data Structure yang merupakan subjek programming yang saya amat sukai dan minat.

Mungkin ini pertama kali saya mengajar subjek programming kerana bagi saya programming itu mudah cuma ingin menyampaikannya sahaja tidak nampak mudah.

Ianya memerlukan komitmen yang sangat kuat dari pelajar iaitu pelajar mesti bukan menghafal tetapi memahami penggunaan sesuatu perkara dalam Data Structure.

Jika tidak, mereka akan hanyut dan memandang subjek programming seperti sebuah subjek yang teramat susah. Sedangkan ianya teramat senang macam kacang tanah.

Mungkin sebenarnya teknik pengajaran perlu diubah iaitu mereka perlu ada sebuah komputer dihadapan mereka dan seterusnya membuat latihan dengan sentiasa programming siang dan malam

Saya sendiri akui akan lupa jika lama tidak programming tetapi akan datang semula jika saya duduk berjam-jam lamanya untuk coding.

berbalik kepada soal Ramadhan

Selain itu, saya sekarang mengajar subjek Matematik Kejuruteraan untuk para pelajar Diploma dan kemungkinan besar mungkin tahun 2013 saya tidak lagi memegang subjek2 ini kerana banyak staf telah pulang dari belajar dan akan mengajar satu subjek seorang atau paling tidak satu subjek dipecahkan dua menjadi satu subjek dua orang pensyarah.

Maka dengan itu, akan terjadilah kepayahan dari segi kena ikut kata penyelaras dan sebagainya.

Bagi saya, itu tidak penting, yang penting saya ada kesungguhan dan cita-cita saya akan terlaksana dengan apa yang saya rancang selama 20 ke 30 tahun akan datang.

Ianya satu misi untuk menjadikan komuniti manusia ini lebih baik dari sebelumnya.

InsyaAllah,

Saya mohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk menempuh dugaan yang ada dengan penuh ketakwaan kepada Allah S.W.T. dan seterusnya berjaya di dunia dan akhirat.

Salam

6.57 pm, 5 Ogos 2012, Ahad

Alhamdulillah sudah Ramadhan 15, 1433 Hijrah

 

Saya mengucapkan salam Ramadhan 1433 Hijrah.

Tatkala kita sudah menyambut ramadhan setengah bulan

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri samada kita berjaya menjalani ibadah dengan sempurna di bulan puasa ini atau tidak.

Ini sajalah peluang yang mungkin ada bagi kita untuk melipat gandakan pahala. InsyaAllah

Semoga kita terus memanfaatkan keseluruhan ramadhan ini dengan penuh ketakwaan kepada Allah S.W.T.