Salam,
Seperti yang kita tahu, agak sukar untuk menjadikan diri ini berfikiran terbuka.
Selalunya apa yang berlaku adalah
Kita membuat suatu perkara yang baru
Kemudian ada pandangan serta pendapat baru untuk perkara baru tersebut
Kita akan merasa sedikit marah mungkin kerana ianya perkara yang anda buat dan bukannya orang lain
Jadi, untuk merealisasikan berfikiran terbuka tersebut
Rasanya kita perlu sentiasa mengamalkan sikap bersabar dan sentiasa meneliti setiap aspek itu dan memberi maklum balas dalam keadaan tenang
Sikap tergopoh gapah untuk memberi maklum balas kemungkinan akan menyebabkan sedikit kesulitan kerana ketika marah percayalah semua keputusan adalah selalunya negatif bagi seorang manusia biasa
Sebagai contoh,
Kita sudah menyuruh pelajar jangan meniru tetapi akhirnya mereka meniru juga
Maka, sabar dan jangan marah ketika itu,
sebaliknya ingat nama pelajar tersebut atau guna apa jua cara untuk kenal pasti pelajar tersebut
Kemudian anda lakukan marks deduction atau apa jua hukuman secara tersembunyi dengan hanya pelajar itu sahaja tahu dia melakukan kesalahan.
Kemudian bagilah peluang kedua kerana saya percaya, betapa banyak Allah beri peluang kepada kita untuk bertaubat jadi kenapa peluang kepada manusia tidak diberikan?
Mungkin beri peluang tersebut adalah dengan menyuruh pelajar terbabit melakukan kerja-kerja tambahan untuk pengajaran kepada pelajar tersebut.
Maka dengan ini, anda sudah dianggap berfikiran terbuka dan sentiasa bersangka baik terhadap segala perkara.
Oleh itu, elakkan marah secara awam dan beri pandangan yang membina atau general sahaja diperingkat awam.
Saya suka memberi maklum balas secara general di peringkat awam
Malangnya ada segelintir yang tidak suka kerana mungkin siapa yang makan cili terasa pedasnya
Bagi saya, yang penting ianya tidak ditujukan kepada sesiapa tetapi biarlah mereka yang terasa untuk berubah
Saya tidak mahu dianggap sebagai orang tua sahaja sentiasa betul.
Jika pelajar saya betul dan saya salah maka saya akan mengaku salah
bahkan jika dalam kelas, jika saya salah sekalipun, saya terus cakap “maaf, cara tadi tersilap, ini cara yang betul”
Buat apa cover dan malu dengan kesalahan dan menipu pelajar daripada perkara benar
Kesimpulannya,
mari kita melahirkan generasi tanpa mengira usia untuk menerima pandangan.
Samada tua atau muda, yang berpandangan jauh dan kreatif akan kita terima untuk kebaikan bersama
Buang sikap yang tua sahaja selalu betul atau bos always right
Right now, we all right.