Kewujudan sesebuah organisasi atau pertubuhan

Assalammualaikum dan salam pagi semua,

Seringkali kita melihat bagaimana kewujudan sebuah organisasi pada asasnya adalah membela sesuatu pegangan atau untuk menjadikan sesuatu perkara yang berlaku disekeliling menjadi lebih baik (pada pandangan saya).

Contohnya kita lihat Paul Allen dan Bill Gates, dua rakan baik yang meminati bidan computer programming yang akhirnya menubuhkan syarikat untuk meningkatkan tahap ketemadunan masyarakat dengan mengeluarkan operating system yang boleh digunakan oleh semua orang dari pelbagai level of computer knowledge sehingga hari ini.

Kemudian kita lihat pula Linus Trovalds yang asasnya merupakan projek peribadi yang akhirnya menjadi operating system untuk kebanyakan ahli akademik dan juga pengguna tahap tinggi.

Steve Jobs dan Steve Wozniak pula terlibat dalam merekabentuk komputer Apple yang pertama yang pada hari ini syarikat tersebut memperoleh net profit sebanyak $13.06 billion.

Baiklah.

Apakah tujuan saya menunjukkan semua itu dan apa yang menjadi kekuatan untuk sesebuah organisasi itu untuk sentiasa kuat dan mempunyai banyak peminatnya tersendiri?

Mereka mengusahakan syarikat tersebut semata-mata untuk menjadikan kehidupan rakyat bertambah mudah dan senang.

Lihatlah produk-produk pada masa kini terutama di Malaysia

Adakah ianya terlalu mementingkan kualiti atau semata-mata keuntungan semata-mata?

Apa yang menyebabkan sesuatu produk itu bertahan sangat lama dan mampu meraih sokongan peminatnya tersendiri?

Faktor-faktor adalah’

  • Customer Services – ataupun hubungan yang rapat dengan pelanggan ketika ada masalah. Bayangkan mereka ada customer services yang boleh membantu dan juga dapat menolong anda sekiranya anda yang membeli produk tulen ini ditimpa kesulitan dalam menggunakan produk tersebut. Tetapi jika customer services pun rendah dan tiada langsung bantuan yang boleh diharapkan. Maka adakah customer akan datang kembali membeli produk anda?
  • Kualiti produk – bayangkan kualiti produk tidak setanding dengan harga. Harga sudahlah mahal tetapi produknya tidak berkualiti. Oleh itu, dipastikan kualiti sentiasa mengatasi kuantiti.
  • Tahap Kepenggunaan – Tidak berguna juga jika produk itu tidak dapat digunakan dengan baik kerana kesusahan dan tiada user manual yang bagus

Terdapat juga yang sememangnya menganjurkan kursus atau seminar semata-mata kerana wang dan oleh sebab itu mereka mengenakan yuran yang agak tinggi sehingga RM2000 ke Rm5000 untuk kursus 2 ke 3 hari sahaja!.

Tanpa diduga, semuanya bermotifkan wang jika tidak dikawal selia semuanya ini. Oleh itu sebagai seorang academician dan juga researcher, tanggungjawab kita adalah memastikan kita dapat mengawal diri kita dari terjebak daripada scam dunia ini.

Menjual ilmu semata-mata keuntungan tidak akan memperoleh manfaat langsung disisi Allah S.W.T.

Jika sekadar berpatutan cukuplah, tetapi jika sehingga participant terpaksa membayar harga yang tinggi, maka apa sudah jadi dengan dunia ini?

Sekadar pandangan saya sebagai ahli akademik. berbahaslah secara akademik dan bukan secara emosi.

Sekian

 

Penganjuran Persidangan – Kualiti atau Keuntungan

Assalammualaikum

Sebelum saya mengulas secara serba ringkas sahaja berkaitan Penganjuran Persidangan, eloklah kita lihat beberapa sejarah penubuhan beberapa badan penting di dunia.

IEEE – In the spring of 1884, a small group of individuals in the electrical professions met in New York. They formed a new organization to support professionals in their nascent field and to aid 
them in their efforts to apply innovation for the betterment of humanity

ACM – The Association for Computing Machinery was founded as the Eastern Association for Computing Machinery at a meeting at Columbia University in New York on September 15, 1947. Its creation was the logical outgrowth of increasing interest in computers as evidenced by several events, including a January 1947 symposium at Harvard University on large-scale digital calculating machinery; the six-meeting series in 1946-47 on digital and analog computing machinery conducted by the New York Chapter of the American Institute of Electrical Engineers; and the six-meeting series in March and April 1947, on electronic computing machinery conducted by the Department of Electrical Engineering at Massachusetts Institute of Technology. In January 1948, the word “Eastern” was dropped from the name of the Association. In September 1949, a constitution was instituted by membership approval.

dan kemudian blog ini -> http://iaria-highsci.blogspot.com/
http://anti-plagiarism-org.blogspot.com/2009/01/black-list-of-conferences-and-journals.html 

Baiklah,

Dunia yang dipimpin segelintir manusia yang tidak prihatin sekarang sudah banyak menipu kita sebenarnya

Disebabkan kita tidak dapat menewaskan desakan nafsu dan tamak haloba kita

Maka kita meneruskan kembali aktiviti tersebut walaupun ianya tetap salah

Lihatlah beberapa persidangan yang berlaku di peringkat antarabangsa dan kewujudan banyak “fake journal” di dunia sekarang

Inilah akibatnya jika terlalu memandang terlalu hebat publication list ataupun jurnal untuk mendapatkan nama dan kenaikan pangkat.

Bayangkan apakah akibatnya pada masa hadapan?

Bayangkan anda juga boleh generate paper anda sendiri di http://pdos.csail.mit.edu/scigen/
[Saya tidak bertanggungjawab atas penggunaan perisian di atas. Saya letakkan untuk tujuan mendedahkan kepada dunia inilah salah satu tools yang digunakan untuk generate paper tanpa review!!! Sangat tidak munasabah!!!!] 

Oleh itu, bagi masyarakat Malaysia, seharusnya di Malaysia tidak perlu terikut-ikut trend barat ataupun negara lain yang mementingkan sangat citation dalam paper conference.

Bahkan, jurnal juga terlibat dalam menjadikan journal mereka high impact.

Bayangkan anda boleh bayar sahaja duit tanpa tulis paper dan diletakkan diwebsite mereka dan kemudian mereka akan buatkan paper untuk cite paper kita pula dan akhirnya impact faktor naik. (saya tidak mahu nyatakan link tetapi cari sendiri)

Alangkah sayangnya jika kualiti terjejas disebabkan faktor-faktor kualiti tidak dijaga.

Kesian dengan dunia ini. Dunia ini tidak bersalah sebenarnya. Sebenarnya manusia yang menyebabkan ianya menjadi sedemikian

Kita terpaksa berhempas pulas utuk kenaikan pangkat dan akhirnya tidak timbul isu bekerja secara jujur dan ikhlas

Semuanya dilakukan secara terpaksa walaupun ada sebahagian sangat ikhlas melakukannya tetapi disebabkan majoritinya sudah dilandasan yang salah, maka terpaksa sebahagian kecil ini mengikut juga dan tinggallah sedikit sangat yang benar-benar menuju ke arah kualiti dan bekerja secara jujur.

Saya tidak pasti bila perkara ini akan berakhir atau diubahsuaikan supaya sesuai dengan Malaysia.

Tetapi sesuatu harus dibuat agar dapat kembali ke landasan yang benar dan tunjukkan Malaysia ini contoh terbaik.

Bukan citation atau impact factor yang kita mahukan. Tidak berguna juga paper itu ditempatkan diimpact factor tetapi dinaikkan menggunakan “strategi tertentu”.

Waallahualam.

Kesian juga saya lihat dan saya juga sangat sedih dengan perkara ini. Walaupun 3 juta artikels di IEEE XPlore, tetapi malangnya kualiti dikatakan tidak dijaga dan bahkan ada yang mengatakan pihak IEEE sendiri berdiam diri atas sebab Money/Money/Money (bukan saya kata, tetapi ada orang kata tetapi saya tidak mempercayainya 100% dan saya harus selidik).

Sekian pandangan saya, terima kasih.

Islam dan Sistem Solar Kita

Assalammualaikum.

Saya ingin kongsikan sesuatu, mari kita sama-sama berfikir mengenai betapa kerdilnya kita di alam ini.

Space -> Sumber (http://www.buzzfeed.com/scott/our-galaxy-in-one-infographic)

Hidupan di bumi ini hanyalah sekecil-kecil debu sahaja berbanding keluasan galaksi kita atau alam semesta ini.

Bahkan, saya merasakan bukan sekadar debu, mungkin lebih kecil lagi.

Inilah kekuasaan Allah S.W.T. yang Maha Berkuasa dan Maha Hebat

Kita yang kerdil ini sepatutnya tidak sepatutnya merasa riak dan bangga dengan pencapaian kita.

Kita tiada harta dunia untuk dibawa kembali ke akhirat.

Sebaliknya hanya harta amal ibadat yang kita bawa ke akhirat kelak

Saya bukanlah orang yang terbaik menerangkan sesuatu itu kerana tugas-tugas ini para Ustaz dan alim ulama yang lebih afdal

Tetapi ini bukan penghalang untuk saya menyampaikan kepada diri saya sendiri dan anda semua

Saya terasa tenang hati bila melihat kejadian alam ini yang terlalu besar dan kita hanya tunggal di alam semesta ini

Apatah lagi nanti di Padang Masyhar?

Padang Masyhar ini sangat besar dan menampung keseluruhan makhluk (DIULANG SEGALA MAKHLUK).

Saya berdoa agar kita semua tergolong dalam golongan yang dimasukkan ke dalam syurga di Alam akhirat kelak

Alam kita terdiri daripada

Alam Roh -> Alam Rahim -> Alam Dunia -> Alam Barzakh/Kubur -> Alam Padang Masyhar -> Alam Akhirat (6 Alam)

Kita masih di peringkat ke-3.

Ada dua peringkat lagi kita perlu harungi sebelum tiba di Alam Akhirat

Oh, betapa kerdilnya kita dan tak terdayanya kita tanpa bantuan Nabi Muhammad S.A.W. dan redha Allah S.W.T. terhadap amalan-amalan yang kita lakukan..