Assalammualaikum dan salam pagi semua,
Seringkali kita melihat bagaimana kewujudan sebuah organisasi pada asasnya adalah membela sesuatu pegangan atau untuk menjadikan sesuatu perkara yang berlaku disekeliling menjadi lebih baik (pada pandangan saya).
Contohnya kita lihat Paul Allen dan Bill Gates, dua rakan baik yang meminati bidan computer programming yang akhirnya menubuhkan syarikat untuk meningkatkan tahap ketemadunan masyarakat dengan mengeluarkan operating system yang boleh digunakan oleh semua orang dari pelbagai level of computer knowledge sehingga hari ini.
Kemudian kita lihat pula Linus Trovalds yang asasnya merupakan projek peribadi yang akhirnya menjadi operating system untuk kebanyakan ahli akademik dan juga pengguna tahap tinggi.
Steve Jobs dan Steve Wozniak pula terlibat dalam merekabentuk komputer Apple yang pertama yang pada hari ini syarikat tersebut memperoleh net profit sebanyak $13.06 billion.
Baiklah.
Apakah tujuan saya menunjukkan semua itu dan apa yang menjadi kekuatan untuk sesebuah organisasi itu untuk sentiasa kuat dan mempunyai banyak peminatnya tersendiri?
Mereka mengusahakan syarikat tersebut semata-mata untuk menjadikan kehidupan rakyat bertambah mudah dan senang.
Lihatlah produk-produk pada masa kini terutama di Malaysia
Adakah ianya terlalu mementingkan kualiti atau semata-mata keuntungan semata-mata?
Apa yang menyebabkan sesuatu produk itu bertahan sangat lama dan mampu meraih sokongan peminatnya tersendiri?
Faktor-faktor adalah’
- Customer Services – ataupun hubungan yang rapat dengan pelanggan ketika ada masalah. Bayangkan mereka ada customer services yang boleh membantu dan juga dapat menolong anda sekiranya anda yang membeli produk tulen ini ditimpa kesulitan dalam menggunakan produk tersebut. Tetapi jika customer services pun rendah dan tiada langsung bantuan yang boleh diharapkan. Maka adakah customer akan datang kembali membeli produk anda?
- Kualiti produk – bayangkan kualiti produk tidak setanding dengan harga. Harga sudahlah mahal tetapi produknya tidak berkualiti. Oleh itu, dipastikan kualiti sentiasa mengatasi kuantiti.
- Tahap Kepenggunaan – Tidak berguna juga jika produk itu tidak dapat digunakan dengan baik kerana kesusahan dan tiada user manual yang bagus
Terdapat juga yang sememangnya menganjurkan kursus atau seminar semata-mata kerana wang dan oleh sebab itu mereka mengenakan yuran yang agak tinggi sehingga RM2000 ke Rm5000 untuk kursus 2 ke 3 hari sahaja!.
Tanpa diduga, semuanya bermotifkan wang jika tidak dikawal selia semuanya ini. Oleh itu sebagai seorang academician dan juga researcher, tanggungjawab kita adalah memastikan kita dapat mengawal diri kita dari terjebak daripada scam dunia ini.
Menjual ilmu semata-mata keuntungan tidak akan memperoleh manfaat langsung disisi Allah S.W.T.
Jika sekadar berpatutan cukuplah, tetapi jika sehingga participant terpaksa membayar harga yang tinggi, maka apa sudah jadi dengan dunia ini?
Sekadar pandangan saya sebagai ahli akademik. berbahaslah secara akademik dan bukan secara emosi.
Sekian