Assalammualaikum
Sebelum saya mengulas secara serba ringkas sahaja berkaitan Penganjuran Persidangan, eloklah kita lihat beberapa sejarah penubuhan beberapa badan penting di dunia.
IEEE – In the spring of 1884, a small group of individuals in the electrical professions met in New York. They formed a new organization to support professionals in their nascent field and to aid
them in their efforts to apply innovation for the betterment of humanity
ACM – The Association for Computing Machinery was founded as the Eastern Association for Computing Machinery at a meeting at Columbia University in New York on September 15, 1947. Its creation was the logical outgrowth of increasing interest in computers as evidenced by several events, including a January 1947 symposium at Harvard University on large-scale digital calculating machinery; the six-meeting series in 1946-47 on digital and analog computing machinery conducted by the New York Chapter of the American Institute of Electrical Engineers; and the six-meeting series in March and April 1947, on electronic computing machinery conducted by the Department of Electrical Engineering at Massachusetts Institute of Technology. In January 1948, the word “Eastern” was dropped from the name of the Association. In September 1949, a constitution was instituted by membership approval.
dan kemudian blog ini -> http://iaria-highsci.blogspot.com/
http://anti-plagiarism-org.blogspot.com/2009/01/black-list-of-conferences-and-journals.html
Baiklah,
Dunia yang dipimpin segelintir manusia yang tidak prihatin sekarang sudah banyak menipu kita sebenarnya
Disebabkan kita tidak dapat menewaskan desakan nafsu dan tamak haloba kita
Maka kita meneruskan kembali aktiviti tersebut walaupun ianya tetap salah
Lihatlah beberapa persidangan yang berlaku di peringkat antarabangsa dan kewujudan banyak “fake journal” di dunia sekarang
Inilah akibatnya jika terlalu memandang terlalu hebat publication list ataupun jurnal untuk mendapatkan nama dan kenaikan pangkat.
Bayangkan apakah akibatnya pada masa hadapan?
Bayangkan anda juga boleh generate paper anda sendiri di http://pdos.csail.mit.edu/scigen/
[Saya tidak bertanggungjawab atas penggunaan perisian di atas. Saya letakkan untuk tujuan mendedahkan kepada dunia inilah salah satu tools yang digunakan untuk generate paper tanpa review!!! Sangat tidak munasabah!!!!]
Oleh itu, bagi masyarakat Malaysia, seharusnya di Malaysia tidak perlu terikut-ikut trend barat ataupun negara lain yang mementingkan sangat citation dalam paper conference.
Bahkan, jurnal juga terlibat dalam menjadikan journal mereka high impact.
Bayangkan anda boleh bayar sahaja duit tanpa tulis paper dan diletakkan diwebsite mereka dan kemudian mereka akan buatkan paper untuk cite paper kita pula dan akhirnya impact faktor naik. (saya tidak mahu nyatakan link tetapi cari sendiri)
Alangkah sayangnya jika kualiti terjejas disebabkan faktor-faktor kualiti tidak dijaga.
Kesian dengan dunia ini. Dunia ini tidak bersalah sebenarnya. Sebenarnya manusia yang menyebabkan ianya menjadi sedemikian
Kita terpaksa berhempas pulas utuk kenaikan pangkat dan akhirnya tidak timbul isu bekerja secara jujur dan ikhlas
Semuanya dilakukan secara terpaksa walaupun ada sebahagian sangat ikhlas melakukannya tetapi disebabkan majoritinya sudah dilandasan yang salah, maka terpaksa sebahagian kecil ini mengikut juga dan tinggallah sedikit sangat yang benar-benar menuju ke arah kualiti dan bekerja secara jujur.
Saya tidak pasti bila perkara ini akan berakhir atau diubahsuaikan supaya sesuai dengan Malaysia.
Tetapi sesuatu harus dibuat agar dapat kembali ke landasan yang benar dan tunjukkan Malaysia ini contoh terbaik.
Bukan citation atau impact factor yang kita mahukan. Tidak berguna juga paper itu ditempatkan diimpact factor tetapi dinaikkan menggunakan “strategi tertentu”.
Waallahualam.
Kesian juga saya lihat dan saya juga sangat sedih dengan perkara ini. Walaupun 3 juta artikels di IEEE XPlore, tetapi malangnya kualiti dikatakan tidak dijaga dan bahkan ada yang mengatakan pihak IEEE sendiri berdiam diri atas sebab Money/Money/Money (bukan saya kata, tetapi ada orang kata tetapi saya tidak mempercayainya 100% dan saya harus selidik).
Sekian pandangan saya, terima kasih.
Leave a Reply