SBPA Batal SSM Dipertingkatkan

Assalammualaikum,

Saya teringat lagi saat SBPA diperkenalkan dan penuh rahsia dari pihak JPA

Tetapi usaha itu akhirnya sia-sia juga kerana SBPA dibatalkan kerana tidak mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat iaitu penjawat awam berkaitan kenaikan gaji.

Kerananya satu sahaja, Ada yang naik sekadar bawah RM10. Dan ada yang naik sehingga RM5000 lebih.

Tiada keadilan disitu dan kenaikan itu terlalu tinggi. Sepatutnya jurang itu jangan diluaskan sangat.

Jika mahu gaji lebih bekerjalah di Swasta. Jadi, para JUSA sebenarnya tidak perlu tergugat dengan SBPA ini dibatalkan kerana mereka pekerja kerajaan dan bukannya pekerja swasta atau membuat perniagaan untuk bergaji besar.

Kerajaan ada banyak kakitangan iaitu melebihi 1 juta dan perlu merangkumi mereka semua. Tidak boleh JUSA sahaja atau Turus sahaja.

Saya juga sempat mengambil screenshot halaman-halaman SBPA takut mereka nanti akan disabledkan dan gantikan dengan benda lain. Jadi ini sebagai kenangan dan menunjukkan KPI JPA tahun 2012 adalah SBPA Dibatalkan

Setelah segala penat lelah dan juga tak tidur malam kakitangan kerajaan nak setup gaji kita dan minta kita sign lagi, maka akhirnya tidak berguna jua.

Mungkin yang berguna adalah – belajar dari kesilapan dan jangan terburu-buru merangka sesuatu tanpa pengetahuan orang yang menerima gaji itu sendiri iaitu penjawat awam.

Ini kerana jika kita hendak beli santan maka kita pastilah pergi ke kedai kelapa dan bukannya bertanyakan kepada orang yang jual basikal.

Bayangkan jika penjual basikal merangka harga santan. Mana boleh begitu.

 Kesian juga kepada yang ingatkan gaji naik banyak dan mula tempah benda-benda mahal tetapi pada akhirnya tidak naik juga gaji kepada yang besar itu.

Moralnya,

Kuasa rakyatlah menentukan siapa memerintah. Kami sebagai rakyat yang melantik pihak2 pemimpin untuk memimpin dengan adil dan saksama. Maka itulah rakyat, kuasa rakyat iaitu penjawat awam merupakan hasil doa dan usaha selama ini.

Syabas diucapkan kepada Cuepacs dan persatuan-persatuan lain yang berganding bahu menyelesaikan isu SBPA ini.

Akhirnya SBPA dibatalkan dan SSM dipertingkatkan.

Saya memang dah agak dan musykil. Simple solution sahaja, tak perlu SBPA tetapi pertingkat SSM sudah cukup. Tetapi mereka teruskan juga dengan SBPA. JPA perlu diisi dengan golongan yang up to date dan tahu perkembangan semasa dan kuasa rakyat/penjawat awam.

**UPDATED

setakat 4.31 pm, March 09, 2012, Jumaat. Link SBPA serta halaman SBPA telah ditarik keluar oleh JPA

Berikut merupakan screenshotnya

Tiada Link SBPA lagi

Sistem Peparitan Kuala Lumpur (7 March 2012 banjir)

Assalamualaikum,

Baru-baru ini (semalam) telah berlaku banjir kilat di KL

Antara kawasan yang terlibat adalah:-

a) Sekitar Pavillion KL

b) Masjid Jamek

c) Kampung Baru

d) Sebahagian area Ampang

e) Dan pelbagai lokasi kecil yang lain

Saya juga terkejut kerana apa cerita bandar besar sebegini yang hebat pun boleh banjir

Itulah tanda kekuasaan Allah S.W.T.

Tak taulah selepas ini harga tanah masih hendak jadi mahal atau tidak

Tetapi sebab utama adalah sistem peparitan yang sememangnya tidak teratur di KL

Saya juga tidak faham, adakah pihak DBKL kekurangan pakar dalam sistem peparitan?

Adakah syarikat pembinaan rumah atau bangunan atau jalan raya kekurangan pakar dalam peparitan?

Ataupun ianya adalah disebabkan Global Warming (Pemanasan Global)

Nampak sangat disekitar bandar KL ini penuh dengan kenderaan menyebabkan pemanasan globalnya lagi besar

Bersesak-sesak sehingga setiap hari pasti traffic jem jika hendak ke tempat kerja.

Maka saya sarankan baiki sistem perparitan

Buatlah sesuatu agar pemanasan di KL berkurangan

Cari jalan untuk menglimitkan kenderaan masuk ke KL

Gunakan pengangkutan awam tetapi sebelum itu perbaiki sistem pengangkutan awam dahulu

Ini tidak rakyat terpaksa bersesak-sesak tetapi orang kenamaan boleh naik kenderaan senang hati

Mereka mungkin tidak pernah tahu bagaimana rakyat susah nak pergi kerja naik komuter bersesak-sesak. Cuba tanya mereka, pernah mereka naik komuter/lrt waktu puncak?

Jadi, saya sarankan pihak yang terlibat dalam pembangunan di KL rancanglah sesuatu dalam masa terdekat untuk generasi akan datang.

Kesian KL

Sesak dan padat

Harga tanah mahal dan tidak munasabah

Banjir pula tu

Tetapi keistimewaannya terletak pada banyak shopping complex dan tempat makan2. serta tempat kerja yang banyak2

Sekian.

Sekadar pandangan

Life of Yours

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Anda dan saya adalah dipanggil manusia yang dijadikan Allah S.W.T. untuk beribadat kepadaNya dan melakukan suruhanNya disamping melakukan kebaikan sesama manusia yang lain

Kita adalah manusia yang terdiri pelbagai ragam dan peringkat kehidupan

Ada yang miskin, ada yang kaya, ada yang sederhana, ada yang miskin sederhana, ada yang kaya sederhana, ada yang terlalu kaya dan ada yang sederhana kaya dan pelbagai lagi.

Ada yang pakar bidang A, ada yang pakar bidang B dan ada yang pakar bidang C

Ada minat memancing, ada minat melukis komik, ada yang minat menulis kertas kerja dan ada yang minat melayari internet mencari maklumat.

Sungguh indah kejadian manusia yang pelbagai walaupun pada zahirnya lahir ke dunia ini tidak tahu apa dan membesar mengikut didikan ibubapa dan persekitaran masing-masing.

Ianya tidak sama seperti robot yang tetap berfungsi seperti yang dijalankan kerana sememangnya disettingkan sedemikian dan sesungguhnya ciptaan manusia itu tidak akan sempurna sampai bila-bila dan sebab itulah pelbagai versi ada

Ada iPad 1, kemudian iPad 2 dan yang terbaru iPad 3. Manusia terus memperbaiki tetapi percayalah tidak akan sampai ke tahap kesempurnaan kerana manusia merekabentuk benda berdasarkan nafsu semata-mata dan ianya terpulang samada yang membawa kebaikan atau keburukan. (pendapat saya)

Bayangkan iPad boleh digunakan untuk menyimpan ayat-ayat Al-Quran dan iPad juga boleh digunakan untuk menyimpan bahan-bahan tidak berfaedah.

Penggunaannya bergantung kepada nafsu manusia dan sebab itulah benda itu tidak sempurna.

Tetapi kejadian manusia sempurna dan tidak berubah-rubah sampai bila-bila. Tetapi apa yang tidak sempurna? Penggunaannya itu tidak sempurna.

Jika iPad ada pelbagai versi tetapi manusia ada satu versi sahaja dan tidak akan improve lagi.

Takkan kita akan improve manusia yang akan ada dua hidung, dua jantung pula? Jika ada itu menunjukkan kebesaran Allah S.W.T. semata-mata tetapi pada hakikatnya itu dipanggil tidak normal. Benarkan individu yang ada dua jantung, dan lain-lain lagi dipanggil tidak normal tetapi dianggap istimewa kerana kejadiannya unik untuk menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T.

berbalik kepada iPad pula, kita perlu sentiasa update tetapi fungsinya tetap sama dan hanya penggunaannya bergantung kepada manusia.

Sama seperti manusia, manusia biasa dipengaruhi nafsu. Samada nafsu itu dididik dengan baik atau dididik dengan tidak baik.

Itu menjadikan diri manusia itu tidak sempurna dan terdiri daripada pelbagai ragam tetapi sempurna dari segi kejadiannya.

Manusia paling sempurna adalah Nabi Muhammad S.A.W. yang kita perlu ikuti dan menjadi contoh kepada kita. Baginda merupakan pelengkap dan juga contoh akhlak yang perlu kita ikuti dalam dunia ini untuk mencapai tahap kesempurnaan tertinggi.

Baiklah,

Cuba lihat diri kita semula

Kita kagum dengan orang lain yang dapat beli rumah berjuta-juta harganya

Ada kereta yang lebih hebat dari kita

Ada pangkat lebih hebat dari kita

Ada duit lebih dari kita

Dan pelbagai lagi

Kenapa manusia seperti kita ada perasaan sebegitu?

Adakah jika kita sedang bekerja sekarang ini kita rasa seperti kerja cukup makan sahaja dan menyalahkan kerja anda?

Pada pendapat saya, jika anda tidak minat apa yang anda sedang buat sekarang baiklah anda berhenti sahaja.

Anda hanya membuang masa anda untuk membuat perkara untuk kepuasan hati orang lain

Bagi saya, ada tidak perlu bekerja langsung!!!

Kerana jika anda minat dan suka apa yang anda sedang buat, anda sebenarnya tidak perlu bekerja langsung. Bahkan tiada istilah bekerja 8 pagi hingga 5 petang dan sebagainya.

Pastikan perkara tersebut diredhai Allah S.W.T.

Kadang-kadang kita tengok orang lain dan kita rasa tidak seronok kerana tidak seperti mereka yang dapat hidup senang dan sebagainya.

Tetapi sebenarnya, kepuasan hidup yang hebat adalah merasa diri sangat hebat dengan apa yang anda lakukan

Anda tidak perlu kisah hidup senang atau tidak kerana anda seronok melakukan perkara yang anda sukai dan insyaAllah perkara-perkara lain akan datang secara automatik kepada anda.

Seperti soal kesenangan hidup, rezeki dan sebagainya insyaAllah akan datang kepada anda jika anda semata-mata melakukan perkara tersebut kerana Allah S.W.T. dan kerana diri anda menyukainya dan penuh minat melakukannya

Tetapi anda harus ingat, soal akhirat adalah lain. Untuk memastikan anda sentiasa berpegang teguh dengan prinsip Islam. Maka anda hendaklah berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki diri anda.

Kita disarankan untuk tengok orang yang di atas kita dalam soal akhirat. Jika ada orang lain solat zohor dan asar di masjid, maka kita pun nak buat solat lima waktu di masjid.

Kemudian kita lihat lagi ada yang buat solat berjemaah di masjid lima waktu dan kemudian melakukan ibadah sampingan lagi di Masjid.

Maka anda pun buat perkara yang sama dan cuba menuntut ilmu dan memberi tazkirah pula

Persaingan dari segi akhirat penting tetapi dalam soal dunia, kita disarankan untuk tengok orang yang di bawah kita pula

Ini untuk mewujudkan perasaan bersyukur.

Tetapi anda haruslah berusaha juga ya.

Sekian.