Life of Yours

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Anda dan saya adalah dipanggil manusia yang dijadikan Allah S.W.T. untuk beribadat kepadaNya dan melakukan suruhanNya disamping melakukan kebaikan sesama manusia yang lain

Kita adalah manusia yang terdiri pelbagai ragam dan peringkat kehidupan

Ada yang miskin, ada yang kaya, ada yang sederhana, ada yang miskin sederhana, ada yang kaya sederhana, ada yang terlalu kaya dan ada yang sederhana kaya dan pelbagai lagi.

Ada yang pakar bidang A, ada yang pakar bidang B dan ada yang pakar bidang C

Ada minat memancing, ada minat melukis komik, ada yang minat menulis kertas kerja dan ada yang minat melayari internet mencari maklumat.

Sungguh indah kejadian manusia yang pelbagai walaupun pada zahirnya lahir ke dunia ini tidak tahu apa dan membesar mengikut didikan ibubapa dan persekitaran masing-masing.

Ianya tidak sama seperti robot yang tetap berfungsi seperti yang dijalankan kerana sememangnya disettingkan sedemikian dan sesungguhnya ciptaan manusia itu tidak akan sempurna sampai bila-bila dan sebab itulah pelbagai versi ada

Ada iPad 1, kemudian iPad 2 dan yang terbaru iPad 3. Manusia terus memperbaiki tetapi percayalah tidak akan sampai ke tahap kesempurnaan kerana manusia merekabentuk benda berdasarkan nafsu semata-mata dan ianya terpulang samada yang membawa kebaikan atau keburukan. (pendapat saya)

Bayangkan iPad boleh digunakan untuk menyimpan ayat-ayat Al-Quran dan iPad juga boleh digunakan untuk menyimpan bahan-bahan tidak berfaedah.

Penggunaannya bergantung kepada nafsu manusia dan sebab itulah benda itu tidak sempurna.

Tetapi kejadian manusia sempurna dan tidak berubah-rubah sampai bila-bila. Tetapi apa yang tidak sempurna? Penggunaannya itu tidak sempurna.

Jika iPad ada pelbagai versi tetapi manusia ada satu versi sahaja dan tidak akan improve lagi.

Takkan kita akan improve manusia yang akan ada dua hidung, dua jantung pula? Jika ada itu menunjukkan kebesaran Allah S.W.T. semata-mata tetapi pada hakikatnya itu dipanggil tidak normal. Benarkan individu yang ada dua jantung, dan lain-lain lagi dipanggil tidak normal tetapi dianggap istimewa kerana kejadiannya unik untuk menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T.

berbalik kepada iPad pula, kita perlu sentiasa update tetapi fungsinya tetap sama dan hanya penggunaannya bergantung kepada manusia.

Sama seperti manusia, manusia biasa dipengaruhi nafsu. Samada nafsu itu dididik dengan baik atau dididik dengan tidak baik.

Itu menjadikan diri manusia itu tidak sempurna dan terdiri daripada pelbagai ragam tetapi sempurna dari segi kejadiannya.

Manusia paling sempurna adalah Nabi Muhammad S.A.W. yang kita perlu ikuti dan menjadi contoh kepada kita. Baginda merupakan pelengkap dan juga contoh akhlak yang perlu kita ikuti dalam dunia ini untuk mencapai tahap kesempurnaan tertinggi.

Baiklah,

Cuba lihat diri kita semula

Kita kagum dengan orang lain yang dapat beli rumah berjuta-juta harganya

Ada kereta yang lebih hebat dari kita

Ada pangkat lebih hebat dari kita

Ada duit lebih dari kita

Dan pelbagai lagi

Kenapa manusia seperti kita ada perasaan sebegitu?

Adakah jika kita sedang bekerja sekarang ini kita rasa seperti kerja cukup makan sahaja dan menyalahkan kerja anda?

Pada pendapat saya, jika anda tidak minat apa yang anda sedang buat sekarang baiklah anda berhenti sahaja.

Anda hanya membuang masa anda untuk membuat perkara untuk kepuasan hati orang lain

Bagi saya, ada tidak perlu bekerja langsung!!!

Kerana jika anda minat dan suka apa yang anda sedang buat, anda sebenarnya tidak perlu bekerja langsung. Bahkan tiada istilah bekerja 8 pagi hingga 5 petang dan sebagainya.

Pastikan perkara tersebut diredhai Allah S.W.T.

Kadang-kadang kita tengok orang lain dan kita rasa tidak seronok kerana tidak seperti mereka yang dapat hidup senang dan sebagainya.

Tetapi sebenarnya, kepuasan hidup yang hebat adalah merasa diri sangat hebat dengan apa yang anda lakukan

Anda tidak perlu kisah hidup senang atau tidak kerana anda seronok melakukan perkara yang anda sukai dan insyaAllah perkara-perkara lain akan datang secara automatik kepada anda.

Seperti soal kesenangan hidup, rezeki dan sebagainya insyaAllah akan datang kepada anda jika anda semata-mata melakukan perkara tersebut kerana Allah S.W.T. dan kerana diri anda menyukainya dan penuh minat melakukannya

Tetapi anda harus ingat, soal akhirat adalah lain. Untuk memastikan anda sentiasa berpegang teguh dengan prinsip Islam. Maka anda hendaklah berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki diri anda.

Kita disarankan untuk tengok orang yang di atas kita dalam soal akhirat. Jika ada orang lain solat zohor dan asar di masjid, maka kita pun nak buat solat lima waktu di masjid.

Kemudian kita lihat lagi ada yang buat solat berjemaah di masjid lima waktu dan kemudian melakukan ibadah sampingan lagi di Masjid.

Maka anda pun buat perkara yang sama dan cuba menuntut ilmu dan memberi tazkirah pula

Persaingan dari segi akhirat penting tetapi dalam soal dunia, kita disarankan untuk tengok orang yang di bawah kita pula

Ini untuk mewujudkan perasaan bersyukur.

Tetapi anda haruslah berusaha juga ya.

Sekian.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: