Assalammualaikum,
Entri ini sebenarnya ditulis dalam keadaan masih di peringkat 70% siap di mana kita menjaga objek 3D berdasarkan fail wavefront (.obj) menggunakan OpenGL. Oh ya, baru setakat 3 jam programming sahaja.
Setelah berhempas pulas selama baru 1 hari. Berikut merupakan step by step prosedur yang diperlukan untuk menjana objek 3D menggunakan fail wavefront (.obj).
Pertama : Download Blender 3D Open Source Application
Perisian ini diperlukan untuk anda mereka bentuk objek 3D dan seterusnya convert objek tersebut kepada fail wavefront (.obj).
Jika anda malas anda boleh terus sahaja download Stanford Bunny versi .obj .
Terdapat pelbagai lagi jenis 3D objek yang boleh diperoleh.
Kedua : Pastikan anda ada Visual C++ tidak kisah versi apa tetapi saya sarankan Versi Microsoft Visual Studio 2010 Ultimate edition. Kita menggunakan persekitaran C++
Ketiga : Kemahiran OpenGL dan C++
Ini diperlukan untuk anda bermain dengan 3D objek dan Computer Graphics programming
Pastikan kemahiran adalah ditahap at least moderate. Kalau setakat Object Oriented itu seperti anda tahu cara gunanya. Jika tidak bukak balik buku. Atau search tutorial kat internet
Keempat : OpenGL library (.dll, .lib, header files) and GLM library
Ini anda perlukan. Dapatkan GLM library di sini
Maka, setelah itu, anda perlu setup Visual C++ anda, Blender 3D anda, semua fail library dan header di tempatnya
Part Kedua kita akan berjumpa lagi di mana tibalah masanya saya terangkan dengan teliti apa yang diperlukan untuk menjana objek 3D menggunakan fail .obj. Sebenarnya kita boleh guna 3DS, boleh guna .PLY. tetapi untuk saya, saya lebih kepada testing collision detection (continuous collision detection) between rigid bodies. So, implementation for texturing is not applicable.
Tetapi saya akan cuba cater tengok berkaitan texture untuk dimasukkan dalam .obj. (perlukan fail image itu dalam TGA)
Links
en.wikibooks.org/wiki/Blender_3D:_Noob_to_Pro/UV_Map_Basics