Naruto lawan Tobi (Review Naruto Chapter 570)

Assalammualaikum,

Saya mengikuti perkembangan Naruto ini semenjak hampir 8 tahun yang lalu iaitu ketika di universiti lagi.

Setelah pelbagai liku dilalui oleh Naruto. Saya mendapati komik ini sedikit sebanyak mengajar saya dan mempertingkatkan keupayaan diri saya dalam memastikan pelbagai perkara positif berlaku dalam hidup saya.

Naruto Episod 570 kali ini menampilkan Naruto akhirnya membebaskan Nine-Tails atau Kuruma dari belenggu Seal yang telah dibuat oleh ayahnya sendiri iaitu Minato (4th Hokage). Walaupun ayahnya jika diikutkan terbunuh kerana proses Seal Kuruma, tetapi sebenarnya Naruto boleh melupakan apa yang berlaku dan memaafkan Nine Tails hasil daripada sikap yang ditunjukkan oleh Naruto.

Sebenarnya dalam Islam telah lama ditunjukkan tetapi at least dengan komik ini, generasi baru dan masa kini sedar sebenarnya, akhlak memainkan peranan penting.

Setinggi mana pun pangkat anda

Sebanyak mana pun harta anda

Sehebat mana pun anda

di dunia ini

Sekiranya akhlak tidak dibentuk dan ditonjolkan dengan baik, pasti lebih ramai yang tidak menyukai anda.

Cuba anda lihat peribadi Rasulullah. bersikap pemaaf dan berlapang dada. Suatu peribadi yang sempurna yang seharusnya kita ikut. Cuba lihat bagaimana keperibadian mulia dapat menarik minat orang untuk memasuki agama Islam.

Manusia ini ciptaan Allah yg menakjubkan.

Menerima Kesilapan Orang Lain sebagai Pemimpin

Assalammualaikum,

Sebelum saya menulis, saya hendak ingatkan apa jua tulisan dan artikel yang ditulis di laman web ini adalah semata-mata berbentuk pandangan dan juga fakta yang saya tahu sahaja. Ianya jauh dari memaksa anda untuk menerima bulat-bulat pandangan saya dan apa yang saya tahu. Bukankah kita mengetahui yang hanya Allah S.W.T sahaja Maha Mengetahui segala-galanya? Oleh itu, marilah kita berlapang dada dan bersikap terbuka dalam sesuatu pandangan dan pendapat yang dilontarkan. Jika anda merasakan anda benar, dan saya salah, tidak mengapa, maka saya cadangkan anda untuk memberikan pandangan anda dan sudah pasti saya sangat menghormati pandangan anda. Sebab saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu dan memberi pandangan dari perspektif saya sahaja

Baiklah, tajuk kali ini adalah menerima kesilapan orang lain

– Contoh (ingat, contoh sahaja)

Katakan ada 100 orang penduduk yang merokok yang telah diberi penerangan khas selama 3 hari dua malam berkaitan bahaya merokok

Daripada 100 orang ini, kita cuba anggap ada 20 orang yang benar-benar terus berhenti merokok

Kemudian, 30 orang lagi berhenti rokok secara perlahan-lahan

20 orang lagi berhenti setelah mendapat penyakit paru-paru yang kronik

dan selebihnya tidak juga berhenti merokok

– Tamat Contoh

Kita sebenarnya boleh menganggap bahawa tidak semua akan berjaya dinasihati walaupun pelbagai kempen telah dijalankan.

Oleh itu, kadang-kadang orang melihat seperti sia-sia sahaja usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dalam membasmi sikap merokok ini dikalangan rakyat

Tetapi apa yang penting, kita berpeluang menasihati mereka secara terus menerus menerusi kempen-kempen yang diadakan

Walaupun kita tidak dapat 100%, yang penting kita berusaha keras membasminya

Sama juga seperti kita di dalam jabatan atau tempat kerja kita

Ada yang berhempas pulas bekerja untuk memastikan kerja di jalankan sepenuhnya. Maksudnya, bagi arahan terus difahami.

Tetapi ada yang jenis masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri

Tetapi adakah kita perlu cepat menghukum mereka yang tidak tahu buat kerja atau tidak mendengar arahan ini?

Maka kita disarankan untuk cuba mendekati mereka dengan baik. Cuba anda panggil ke pejabat anda (jika anda sebagai ketua), dan dengan baik bertanyakan apakah masalah yang dihadapi yang boleh dikongsi bersama.

Mungkin boleh mengajak minum atau makan tengahhari dan cuba berlawak dengan pekerja anda yang tidak perform ini.

Sebenarnya mungkin dia tidak produktif disebabkan faktor-faktor peribadi atau sememangnya perangainya begitu.

Kadang-kadang ada pekerja yang memang mahir buat kerja tetapi jenis lambat sedikit kerjanya dan sehingga terover masanya.

Ada yang rajin buat kerja tetapi selalu silap pula.

Kita tengok disini, terdapat pelbagai ragam manusia yang kita tempuhi.

Adakah kita menghukum terus tanpa melihat terlebih dahulu apa sebenarnya yang berlaku?

Peluang seharusnya diberikan

Sememangnya juga orang atasan perlu dihormati dan perlu dijaga oleh orang bawahan

Tetapi adakah jika kita sebagai orang atasan, kita perlu menggunakan kuasa itu sewenang-wenangnya dan tidak menerima pandangan dan pendapat orang lain?

Bagi saya, saya sendiri tidak mengamalkan prinsip “saya hebat dari kamu dan tua dari kamu dan kamu jangan bangkang apa yang saya buat”.

Saya jenis suka berlawak dengan pelajar, menerima pendapat mereka dan berkongsi segala cerita yang boleh dikongsikan dengan mereka. Mungkin berkaitan permainan komputer, movies terbaru yang ada dan lain-lain lagi. Semuanya untuk merapatkan hubungan akademik dengan mereka agar mereka merasa senang dengan saya dan tidak takut bertanya dalam kelas.

Semangat inilah yang kita mahu, kerana pentingnya hubungan pekerja dan pegawai atasan dipermudahkan.

Mengapa begitu susah kita hendak berjumpa pegawai atasan?

Mengapa pelajar begitu susah hendak berjumpa dengan kita sebagai pensyarah?

Mentaliti sebegini harus diubah dan perlunya semangat bekerjasama dalam organisasi. Perlu tahu menahu antara satu sama lain agar prestasi kerja dapat dinilai dengan adilnya.

Sekadar itu dari saya.

Waallahualam. Hanya Allah S.W.T. Maha Mengetahui segalanya.

 

Setengah atau 1/2

Assalammualaikum,

Saya mulakan dengan satu contoh yang melibatkan setengah atau hampir setengah sebab jika angka 5 hendak dibahagi 2 sudah menjadi 2.5. Jadi mungkin setengah atau hampir setengah

Dalam satu kawasan ada 100000 orang penduduk

1/2 daripadanya merupakan generasi orang dewasa dan 1/2 yang lain kanak2

Daripada generasi dewasa tersebut, 25000 merupakan pekerja di Kilang A manakala yang selebihnya di Kilang B

Daripada pekerja di Kilang A, 12500 daripadanya ada lelaki

Hampir setengah daripada jumlah tersebut merupakan bertaraf Professional (mungkin 6000)

Setengah dari Professional itu pula memasuki persatuan sekitar negara C (dalam 3000)

Dalam persatuan tersebut, hanya 1/2 daripadanya aktif (iaitu dalam 1500)

Kemudian, 1/2 daripadanya orang yang bukan sahaja aktif, tetapi terlibat dalam gotong-royong dan sering mengatakan kenduri kendara (so, ambil 700 orang la katakan).

Daripada 700 orang tersebut, setengah daripadanya ada perniagaan sampingan yang diusahakan (350 orang)

Daripada 350 orang tersebut, sebanyak 170 terlibat dalam kepimpinan tertinggi negara C

Daripada 170 orang itu, 85 orang dipersetujui menjadi pemimpin setiap kawasan dalam negara C

Daripada 85 orang itu, 42 pula menggunakan duit yang diberikan untuk membuat bangunan dikawasan masing-masing dan 43 yang lain buat aktiviti kemasyarakatan.

Daripada itu, 20 orang sememangnya sering terlihat kalibatnya dikalangan penduduk-penduduk.

10 orang daripadanya menggunakan kemahiran pengucapan umum untuk memastikan masyarakat bersatu padu

5 daripadanya berpihak kepada kelab D dan 5 daripadanya kepada Kelab E

Maka, akhir sekali hanya 2 atau 3 orang yang benar-benar mengajak kepada kesatuan hati walaupun berlainan Kelab.

—————————————————–

Apa yang saya cuba bawakan daripada contoh di atas.

1) Ianya menunjukkan masyarakat terdiri daripada pelbagai lapisan dan pelbagai ragam

2) Betapa uniknya ciptaan Allah S.W.T. dalam menjadikan manusia pelbagai jenis. Cuba anda tengok robot. 100 yang dihasilkan semuanya sama sahaja fungsinya. Penggunaannya ditentukan oleh manusia. Tiada yang unik untuk robot.

3) Betapa banyaknya cabang dan pemikiran yang ada dalam masyarakat kita. Jika kita anggap semuanya sama, ianya suatu yang amat sangat mustahil. Ada yang berfikiran sama tetapi meletakkan syarat dan ada yang berfikiran lain tetapi syaratnya sama.

Sebenarnya dalam kehidupan kita ini, tidak perlu sangat kita terlalu mengeji dan mengutuk sesetengah yang lain. Kerana mereka ini unik. Jika mereka memberikan pendapat mereka, kita boleh juga kongsi pendapat kita. Tidak perlu bermasam muka dan tidak menegur sapa. Tiada faedahnya kerana sememangnya sehingga kiamat amal setiap orang tidak akan sama.

Allah S.W.T. juga menjadikan kita untuk bersatu padu dengan kepelbagaian ragam ini. Menunjukkan kita boleh mencari pelbagai jalan dalam mencari keredhaan Allah S.W.T. Jangan kita ingat kita ini baik dan orang lain tidak baik. Jika boleh, kita menasihati secara baik dan berlapang dada.

Jadi, nasihat saya untuk post saya kali ini. Biarlah manusia dengan ragamnya, kita boleh nasihat jika boleh. Tetapi tidak perlu sehingga mengumpat dan mengeji mereka. Sebab manusia ini sememangnya pelbagai ragam dan pemikiran. Jika semuanya sama, tidak ada uniknya. Cuba anda bayangkan anda seperti robot. Robot ikut sahaja walaupun arahan itu tidak baik. Sebagaimana kita, hendak ikut perintah Allah S.W.T. ataupun hendak ditipu oleh Syaitan?

Subhanallah.

Waallahualam