Assalammualaikum,
Saya kali ini suka untuk menulis perihal pensyarah dan guru. Walaupun saya bukan background guru tetapi setelah 12 tahun mengadap guru maka saya boleh simpulkan saya tahu juga serba sedikit mengenai guru. Maklumlah, hampir semua orang melalui proses yang sama iaitu 6 tahun di bangku sekolah rendah dan 5 tahun di bangku sekolah menengah dan 1 tahun semasa di tadika.
Baiklah
1) Pensyarah dan Guru dari segi siapa yang mereka ajar
Bagi saya, pensyarah mengajar pelajar-pelajar yang sudah boleh dianggap sudah “akil baligh” manakala guru pula mengajar kebanyakan pelajar yang belum “akil baligh” bagi sekolah rendah dan sesetengahnya yang baru diperingkat akil baligh bagi sekolah menengah. Oleh itu, dari segi cabaran, adalah membentuk sahsiah pelajar-pelajar ini dari awal dan seperti yang kita tahu, mereka ini berada diperingkat awal remaja dan masih tercari-cari lampu kehidupan mereka. Itu bagi yang sekolah menengah, bagi yang diperingkat sekolah rendah pula, pelbagai kerenah terpaksa dihadapi oleh guru dan oleh sebab itulah bagi saya guru sememangnya aktif dalam membela nasib-nasib guru yang seangkatan.
Pensyarah lebih kepada mengajar pelajar-pelajar yang sudah boleh dianggap hampir matang dari segi pemikirannya dan fokus adalah membentuk pemikiran secara berdikari dan berdiri teguh di dalam kasut sendiri. Mereka akan diajar agar tidak terbawa-bawa pendekatan semasa di alam persekolahan kerana ianya tidak sama.
2) Dari segi gaji
Sememangnya, ada gaji guru dikatakan lebih tinggi daripada gaji pensyarah, tetapi harus diingatkan bahawa peluang kenaikan gaji bagi pensyarah lebih tinggi daripada gaji guru. JIka anda terus sambung ke peringkat PhD, anda keluar anda boleh mendapat gaji sebanyak RM6000++ (gaji pokok tambah elaun mengikut SBPA) permulaan gaji Pensyarah Kanan di sesetengah instituisi. Ada yang perlu menunggu sehingga disahkan jawatan terlebih dahulu. Tetapi tidak mengapa kerana disaat anda telah tamat PhD dan disahkan jawatan (dengan syarat mengambil Degree-Master-PhD straight) anda baru berumur dalam 29 ke 30 tahun (ada rakan saya ada PhD umur 28/29 dan bahkan 27).
Kemudian anda boleh mengumpul point2 tertentu dan dalam masa 5 ke 6 tahun jika aktif research secara kadaran normal juga boleh mendapat Professor Madya dengan jumlah gaji menghampiri RM10,000 mengikut SBPA (kemungkinan umur anda semasa itu adalah 35 ke 36 tahun). Dan jika anda bekerja keras lagi maka boleh mendapat Professor sebelum umur 45 tahun dengan gaji permulaan RM12,000 (belum ditambah elaun lagi). Itu belum ditambah duit-duit consultancy yang akan anda dapat dan juga sering mendapat jemputan untuk memberi talk dan sebagainya.
Jadi yang penting anda perlu tunjukkan diri anda itu pensyarah yang berkebolehan dan bukan sekadar hanya mengambil degree kemudian master sahaja. Sambung sehingga PhD dan mantapkan skill anda. Ilmu ini perkara yang sangat disukai Allah S.W.T. dan teruskan usaha anda itu.
Jika sebagai guru pula, saya tidak tahu maklumat sangat tetapi mungkin lebih menjurus kepada tugas-tugas adminstrator atau pengurusan sekolah tersebut. Walaupun kerja mudah tetapi sebenarnya terlalu banyak untuk diselesaikan. Dengan masalah pelajar, menaikkan ranking sekolah dan sebagainya. Universiti juga ada begitu tetapi ranking universiti tidak terlalu ketara sangat kerana ranking universiti susah untuk ditentukan. Jika disekolah boleh ditentukan dengan pencapaian UPSR, PMR dan SPM atau SPTM atau STAM.
3) Dari segi flexibility
Saya merasakan pensyarah universiti lebih flexible berbanding guru disekolah. Walaupun guru disekolah boleh bercuti semasa cuti sekolah yang panjang. Namun pensyarah juga boleh datang bila-bila masa asalkan projeknya siap dan pengajarannya juga bagus dan hadir ke kelas memberi kuliah. Cara pengajaran juga terlalu flexible dan kadang-kadang nota tidak diberi dan pelajar harus mencari sendiri nota-nota kerana pensyarah sebagai penunjuk jalan sahaja. Ini berbeza dengan di sekolah dimana segala latih tubi perlu diberikan kepada pelajar untuk memantapkan skill mereka.
Bagi pelajar-pelajar universiti, mereka harus tahu sekolah amat amat berbeza dengan universiti. Universiti bukan bertujuan menyuapkan makanan ke mulut pelajar dengan sudu emas. Tetapi universiti hanyalah menunjukkan kat mana boleh makan tanpa memberitahu spesifikasi termasuk lokasi kedai makan dan jenis makanan.
Pelajar : Kat mana saya nak makan nasi ulam?
Universiti : Kamu boleh makan di kedai makanan tengahhari yang berdekatan kerana masakan ulam ini dibuat pada waktu makan tengahhari
Kalau universiti itu baik sedikit (pensyarah itu baik sedikit) maka akan dicadangkan lokasi tempat-tempat yang sedap-sedap
Universiti : Kamu boleh makan sekitar Sri Putri kerana masakan-masakan mereka sedap dan mungkin ada nasi ulam tersebut.
Tugas pensyarah sekadar itu sahaja kerana kami melatih untuk pelajar mencari ilmu secara sendiri, berkumpulan dan bebas.
Ini jauh berbeza dengan tugas guru yang segala modul pengajaran telah ada dan semuanya benda yang sama sahaja setiap tahun kerana buku teks jarang juga disemak faktanya. DI universiti, para pelajar harus bertungkus-lumus menghadapi cabaran baru kerana setiap nota-nota itu akan dikemas kini dengan perkembangan terbaru (sebahagian besarnya).
4) Bilangan guru dan pensyarah
Sekolah terlalu banyak di Malaysia ini dan juga di negara-negara lain. Universiti hanyalah suatu option lain selain dari bidang-bidang perniagaan dan pertanian dll.Oleh itu, setelah mereka tamat sekolah, mereka bebas untuk samada masuk universiti atau pun bekerja sendiri. Majoritinya akan memasuki sekolah dan jika keputusan mereka bagus (SPM atau STPM atau STAM), mereka layak untuk memasuki universiti. Oleh sebab itulah, bilangan guru adalah terlalu banyak berbanding pensyarah dan ini membuatkan kumpulan mereka agak kuat berbanding pensyarah. Seharusnya pensyarah harus berjuang untuk persatuan jika mahu kuat seperti persatuan guru-guru
Kesimpulannya,
Apa yang penting adalah prestasi kita semata-mata dan sentiasa pertingkatkan diri sendiri. Pandang positif untuk setiap perkara yang berlaku kerana ini mungkin ujian Allah S.W.T. kepada kita. Maka berusahalah lebih tabah dan semoga memperoleh pahala dan ganjaran besar disisi Allah. Sesungguhnya, mengajar dan menyumbang ilmu ini suatu tugas mulia.
Waallahualam,
Rabu, Disember 21 2011, Jam 6.47 pagi