Pos – 10 Disember 2011

Assalammualaikum

Di penghujung tahun ini, terdapat banyak perancangan yang saya perlu buat untuk tahun depan dan juga pelbagai perkara yang perlu dihabiskan. Antaranya adalah untuk menghabiskan game The Elder Scrolls V : Skyrim.

Game ini saya baru bermain peringkat sangat awal. Ternyata Graphics GTS 250 saya hanya mampu bertaraf medium sahaja dan kemungkinan besar saya akan dapatkan GPU card yang baru dan lebih bertenaga berbanding sekarang ini.

[Semua gambar adalah hakmilih laman web terbabit dan gambar-gambar ini diperoleh melalui enjin pencari Google – Images]

GTS 250. Specnya adalah 1 GB RAM. DDR 3. 256 Bit. 70 Gb/s Memory Bandwitdh. Last time bought around RM300 i think

Geforce 560 . 1 GB Ram. DDR 5. 120 Gb/s memory bandwidth. 256 bit. Price around RM900

Instead of that. I’m thinking about getting new Processor/RAM/motherboard and put it into the old casing of mine. 

But, since the processor cost and motherboard is a little bit expensive for current budget. So, better get the GPU card first.

.

harganya saya peroleh dengan pergi ke www.hardwarezone.com.my

Price list PC Zone Computer Trading – http://assets.hardwarezone.com/retailer_pricelist/PC%20ZONE%20Computer%20Trading_0.pdf

.

Baiklah, dengan adanya kad ini, permainan Battlefield 3, The Elder Scrolls V : Skyrim dan juga Need For Speed The Run juga dapat beroperasi dengan sedikit peningkatan mungkin iaitu ke peringkat High Quality berbanding sekarang Medium Quality. Apa-apa pun, yang penting kita dapat bermainnya dengan lancar sekali.

Saya juga dalam proses mengarang keras kerja untuk Computer Animation and Social Agent (CASA 2012) bertempat di Singapore pada bulan Jun 2012 nanti di mana due datenya adalah pada tahun hadapan bulan Januari atau lebih tepat lagi pertengahan Januari mungkin.

Berbalik kepada cerita hardware pula. Seperti yang sedia maklum. Thailand mengalami banjir besar dan WD juga ada terjejas pengoperasiannya dan mungkin suatu masa diperlukan untuk kembali ke pasaran global. Jadi harga sudah naik dan harga 2 TB Western Digital Element telah mencecah RM400++ berbanding dahulu saya dapatkan dalam RM280+ sahaja. Itu pun hampir setahun yang lepas.

WD Thailand Banjir

Syarikat seperti Honda juga terjejas dimana kereta mereka juga ditenggelami air.

Maka mereka memerlukan masa untuk kembali pulih dari segi kewangannya

Mujurlah terdapat pelbagai negara terlibat dalam penghasilkan produk-produk seperti kereta dan juga perkakasan komputer ini. Bayangkan jika anda membuka syarikat di satu kawasan sahaja. Apabila banjir semua mesin rosak teruk dan akibatnya pastilah kerugian yang tinggi. Maka seharusnya pertimbangkan kawasan-kawasan dahulu sebelum memulakan perniagaan.

Tetapi jika sudah ditimpa bencana, maka tidak dapatlah berbuat apa-apa melainkan meminta pertolongan Allah S.W.T. Ini juga merupakan suatu ujian.

Waallahualam.

[Semua gambar adalah hakmilih laman web terbabit dan gambar-gambar ini diperoleh melalui enjin pencari Google – Images]

Makluman SBPA oleh JPA

Latest Updated December 10, 2011

Sehingga waktu ini, Lampiran C masih belum dikeluarkan.

Namun info boleh didapati di laman web Kementerian masing-masing.

Ini info yang saya dapat mengenai pergerakan gaji.

sbpagajiguru-111209023917-phpapp02

Latest Updated December 08, 2011

Pekeliling sudah keluar! – Download – pp112011-umum

http://www.pelajaranperak.gov.my/v2/ untuk sebarang maklumat SBPA

Atau berikut merupakan attachment2 yang boleh didownload juga disini

slide_psm_-_INTRO 051211

Taklimat SBPA- Umum BP 6.12.2011

Taklimat SBPA 061211

TAKLIMAT_SBPA_7_DISEMBER_-_GURU

Link Web : http://www.interactive.jpa.gov.my/sbpa/

Makluman SBPA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.

Dalam tempoh ini, tumpuan utama penyampaian laman ini adalah ke atas penyebaran Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM.

Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

Jabatan Perkhidmatan Awam
02 Disember 2011
Putrajaya

atau boleh ke:-

Facebook KPPA – http://www.facebook.com/abubakar.kppa