Rabu 2011-11-30 Makanan Pasar Malam

Assalammualaikum,

Saya sendiri tak tahu nak tulis buat beberapa ketika ini, disebabkan sekarang saya sedang menulis beberapa kertas kerja melibatkan penyelidikan terbaru saya, maka baik saya buat beberapa entri yang santai2 sahaja.

Hari ini saya ke pasar malam, membeli beberapa lauk seperti

Taufu Fa

Cakoi!!(hasil bantuan daripada rakan sepejabat yang kebetulan melaluinya kawasan itu dan memberitahu saya lokasi cakoi, maka naiklah motosikalnya (membonceng) dan ke gerai terbabit lalu menghantar saya kerumah pula). Terima kasih kepada rakan saya tersebut

Keropok Lekor

Apam Balik Garing

Hah, yang ini masakan saya hasil bimbingan isteri saya. Ikan bilis berpatato sambal.

hahahaha.

Azam Tahun Baru Hijrah 1433

Alhamdulillah,

For this year of 1433 Hijrah, I have quite few targets that I am going to achieve until the next Hijrah year. As usual, it is not a big thing for someone out there that have no obstacle at all to achieve my target. For a normal person like me,  I would like to stay calm and steady to continue pursue my targets.

First for my personal and family, I would like to settle down or at least cut down few expense that is not necessary for me as I will having my first child within few months from now. So, it’s better for me to stay focus on budget tighter than the previous year. Better prevent than cure isn’t it?

Then, I will try my best to prepare everything to my soon to born child and her mother as for the comfort and safety.

As for my career, an improvement compared to the previous year. Trying to have at least one journal in any Journal Publication that  has an Impact Factor. Or maybe at least two journals in the not-quite-an-impact-factor Journal Publication. And with at least six(6) publications in the local or international conferences. I’m targeting for CASA 2012 (Singapore) and CGI 2012 (UK)

Of course for my “education”, trying my best to create a good proposal and submit it for the first proposal. Hopefully will get accepted and then proceed with a FRGS or ERGS or E-Science Fund. I will try my best to do it and get the grant so it can be used for my expense for stuff and going for conferences.

Almost every months I have prepared at least one conference or short course or special holiday including Hari Raya, etc. So much exciting stuff will happens every months and that is how me and my wife will enjoy it every precious month.

So, that is the major breakdown of my “duniawi” target. For the “akhirat” stuff, InsyaAllah I always be prepared for an improvement of my ibadah. InsyaAllah.

Perlawanan bola sepak Malaysia lawan Bahrain 2011-11-27

Assalammualaikum,

Pada perlawanan malam semalam, walaupun seorang yang jarang juga menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen, namun saya ingin mengulas sedikit mengenai perlawanan tersebut.Walaupun saya juga bukan pakar pengulas bola sepak tapi saya mengulas dari kaca mata seorang penyelidik atau pensyarah di sebuah instituisi awam di Malaysia ini. Kita perlu lihat dari pelbagai sudut dan pandangan orang. Jadi, dibawah ini adalah pandangan saya.

Semasa pada awal separuh masa pertama, Malaysia dan Bahrain sama-sama secara am nya menyerang dan bertahan dengan kadaran normal dan tiada pergerakan agresif sangat ditonjolkan. Masing-masing bermain dengan baik dan percubaan ke arah gol juga dilakukan oleh setiap pasukan. Pasukan Bahrain nampak suka menggunakan hantaran jauh kepada rakannya dan tidak memerlukan larian sangat berbanding pemain Malaysia yang melakukan larian dan hantaran rendah sahaja. Tapi itu kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap pasukan.

Setelah mendahului dua gol pada sekitar 60 ke 70 minit. Ada pemain cedera dan ada pemain Bahrain dibuang padang. Tetapi semangat dan usaha berterusan pasukan Bahrain yang tidak langsung mengenal penat menyebabkan dalam masa 5 ke 6 minit sahaja, tiga gol disumbat dan saya menyaksikan sendiri betapa pantasnya gol diperoleh dan semangat “attacking” yang dilakukan oleh Bahrain. Mereka seperti tidak kepenatan dan pasukan Malaysia pula dihambat dengan bertungkus-lumus mencari gol penyamaan mereka namun tidak kesampaian. Maka sia-sia sahaja gol Nazmi dan Mahalli dijaringkan setelah kalah. Biasalah, bila menang pastinya mereka dianggap sebagai wira kemenangan Malaysia.

Pada pendapat saya, bola sepak harus dimainkan selama 90 minit. Anda tidak boleh bertahan sahaja tanpa menyerang dan anda tidak boleh menyerang sahaja tanpa bertahan. Perlu menambah gol sebanyak mungkin dan bertungkus-lumus ke arah itu. Kita bermain 90 minit dan itulah yang diungkapkan oleh jurulatih Bahrain (LINK)

Selain itu, perlu diingatkan bahawa setiap pemain perlu hebat dan bukan ditumpukan kepada sesetengah pemain sahaja. Kita pastikan semuanya bintang atau “star” dan bukan mengharapkan pemain utama sahaja. Pemain di bangku simpanan pun perlu diberikan peluang untuk mengalas cabaran menentang.

Stamina juga perlu dipastikan agar menepati 90 minit perlawanan. Maaf saya katakan, saya jarang melihat latihan bola sepak tetapi semasa saya berlatih larian (10 pusingan padang), ada satu pasukan bola sepak tempatan di tempat saya hanya melakukan sekadar beberapa pusingan sahaja. Saya berpendapat adalah sesuai jika mereka diberi latihan 90 minit larian atau masukkan mereka ke dalam marathon 42 kilometer atau 21 kilometer. Stamina 90 minit perlu diperkuatkan.

Dalam soal ilmu dan amal ibadah juga kita perlu sentiasa tingkatkan diri dan tidak berada di tempat asal selama-lamanya. Kerana ilmu dan amal ibadah itu tidak akan putus-putus dan sangat ditekankan agar sentiasa meningkat.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas juga kepada pemain Malaysia yang cuba sedaya upaya. Mereka Bahrain bermain bagus dan pemain Malaysia juga bermain bagus. Namun apakan daya, Bahrain dengan semangat tidak berputus asa dan siap sujud lagi selepas menjaringkan gol. Ini yang kita perlukan dalam bola sepak. Pemain bola sepak Islam yang sejati. Bukan sekadar menjerit sahaja tanpa sebarang rasa syukur kepada Allah S.W.T. Pakaian juga harus dijaga.

Sekadar pandangan saya untuk dibaca dan dibiarkan jika tidak menyukainya.

Terima Kasih

November 28, 2011 Isnin 8.01 am