Assalammualaikum,
Saya sendiri tak tahu nak tulis buat beberapa ketika ini, disebabkan sekarang saya sedang menulis beberapa kertas kerja melibatkan penyelidikan terbaru saya, maka baik saya buat beberapa entri yang santai2 sahaja.
Hari ini saya ke pasar malam, membeli beberapa lauk seperti
Taufu Fa
Cakoi!!(hasil bantuan daripada rakan sepejabat yang kebetulan melaluinya kawasan itu dan memberitahu saya lokasi cakoi, maka naiklah motosikalnya (membonceng) dan ke gerai terbabit lalu menghantar saya kerumah pula). Terima kasih kepada rakan saya tersebut
Keropok Lekor
Apam Balik Garing
Hah, yang ini masakan saya hasil bimbingan isteri saya. Ikan bilis berpatato sambal.
hahahaha.