Ramadhan 28, 1432 Hijrah

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, kita telah hampir sampai ke penghujung Ramadhan 1432 Hijrah. Disini kita perlu melihat beberapa perkara.

Adakah kita telah memperoleh manfaat sebenar Ramadhan?

Adakah sambutan raya Aidil Fitri kali ini disambut dengan penuh kesyukuran kerana dapat menyelesaikan Ramadhan dengan sempurna dan juga penuh keabadian kepada Allah S.W.T.?

Adakah kita telah berubah kepada insan yang lebih baik setiap kali Ramadhan tiba dalam hidup kita?

Percayakah anda bahawa Ramadhan sering menjanjikan rahmat kepada orang yang menunaikannya dengan penuh kenikmatan dan juga ketakwaan kepada Allah S.W.T.

Bagi orang-orang yang berjaya mengharungi Ramadhan dengan penuh ketakwaan kepada Allah S.W.T., pastinya Ramadhan yang bakal ditinggalkan ini amat dirasai dan merasa amat pilu. Allah telah memberi peluang kepada kita untuk beribadat, dan menggandakan ganjaranNya, namun adakah sebahagian dari kita masih lagi tidak insaf dan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja?

Jika sanggup membeli belah sehingga 3,4 pagi di bandar, adakah kita sanggup bangun dan mengerjakan solat dan beribadat kepada Allah S.W.T. sepanjang Ramadhan kali ini?

Saya berdoa agar saya, isteri saya, keluarga2 saya, dan umat Islam sekalian agar dapat sama-sama merenung kembali apakah amalan yang kita telah lakukan sepanjang Ramadhan kali ini.

Selamat Hari Raya AidilFitri.Semoga Allah menerima amalan kita semua. Amin.

Selamat Hari Raya AidilFitri

Assalammualaikum,

Kepada semua pembaca-pembaca sekalian (of course la jika anda sedang membaca artikel ini bermaksud anda), pelajar2, kawan2, dan lain2 lagi; Saya dan isteri serta keluarga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir dan Batin

Sekiranya ada kesilapan atau tersalah kata-kata di dalam blog seperti website ini, maka diharapkan dapat dimaafkan dan dihalalkan semuanya. Sebagai manusia seperti biasa tidak boleh lari dari kesilapan.

Pesanan saya:-

  1. Pandulah kereta dengan hati2. Tidak perlu laju. Jika perlu laju sedikit pun, berhati-hatilah. Kerana jika anda perlahan sangat pun lori atau bas kat belakang akan memotong anda dari lane kiri jika anda berada ditengah2 lane (Lebuh Raya 3 Lane).
  2. Dapatkan rehat yang secukupnya
  3. Pandu ketika segar bugar – Tidur di tempat yang selamat dan teduh
  4. Sentiasa rancang tempat perhentian dan juga tempat hendak ke tandas
  5. Sentiasa peka dengan keadaan dan olah gerak pemandu-pemandu di laluan bertentangan dan juga dihadapan serta dibelakang kita. Bukan terus pandang ke hadapan sahaja. Jika ada kereta sentiasa follow, masuk RNR dahulu dan bagi signal ke tepi (jangan parking), dan tengok dia buat apa. Telefon polis jika perlu.
  6. Sentiasa juga berhati-hati ketika di RNR
  7. Jaga isteri/suami, anak2 anda dan keluarga anda
  8. Kunci kereta dengan cermat dan selamat
  9. Pastikan rumah dikunci dengan selamat dan pasangkan lampu jika perlu
  10. Tutup bekalan air atau elektrik jika kawasan anda adalah kawasan terang.
  11. Dan lain2 lagi langkah2 keselamatan yang difikirkan sesuai

Selamat Hari Raya!! 1432 Hijrah. berdoalah agar kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan 1433 yang akan datang. InsyaAllah

 

National Geographic Wild Channel

Assalammualaikum,

Sebenarnya sewaktu saya dan isteri bersahur, channel yang kami tonton semasa makan tersebut 15-20 minit adalah National Geographic Wild.

Saya mendapati semakin lama atau semakin hari saya melihat rancangan National Geographic ini, saya merasa amat takjub dengan alam semulajadi dan juga makhluk2 bergelar haiwan ciptaan Allah S.W.T. ini berkeliaran di muka bumi ini dengan bebasnya.

Saya juga dalam hati bertanyakan dimananya orang-orang Islam untuk terlibat sama dalam aktiviti meneroka khazanah alam ini. Mungkin ada segelintir yang terlibat tetapi alangkah bagus, jika kita sendiri sebagai umat Islam, cuba meneroka alam ciptaan Allah S.W.T. ini seperti mencipta roket ke bulan, masuk ke hutan2 di dunia ini, mengembara di padang pasir, dan penyelidik-penyelidik menjalankan kajian.

Saya tahu ada antara kita boleh menjinakkan ular, singa, dan sebagainya, tetapi di manakah penyelidik-penyelidik PhD kita untuk sama-sama menjalankan kajian di muka bumi ini dengan turun padang?

Adakah kita mungkin mengambil PhD disebabkan

  1. faktor untuk kenaikan pangkat
  2. kawan semua dah tengah amik, takkan kita tak amik?(jadi trend)
  3. nak dapat gelaran Dr. tu
  4. bangga skit balik kampung cakap ada Dr.
  5. dan lain2 lagi
jadi dimanakah keikhlasan untuk menuntut ilmu dan benar-benar untuk contribute itu ada dalam diri? Tangga ke berapakah agak2 daripada senarai diatas? Saya juga sentiasa memunasabah diri saya agar saya sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu walaupun saya akui saya juga menpunyai elemen2 seperti diatas yang saya sedang hindarkan dan buang terus dalam diri saya. Saya ingin tuntut ilmu disebabkan saya sendiri suka dan ikhlas kerana Allah S.W.T.
Oleh sebab itu, saya amat berharap sekiranya anda diberi geran dan kepakaran anda cukup tinggi, turunlah padang untuk membuat penyelidikan. Walaupun mungkin bidang kita elektronik tetapi mungkin kita boleh tingkatkan kepada kejuruteraan elektronik dalam laut (underwater). Jadi kita cuba menguji bahan-bahan ekprimen kita untuk kegunaan dasar laut yang sejuk contohnya di Artartika (jika ada budget la) dan lain2 tempat.
Saya juga ingin melatih diri saya agar sentiasa turun padang dan melihat sendiri keadaan sesuatu tempat sebelum divisualizekan dalam bentuk 3D.
Sebagai contoh, mungkin perlunya saya mengambarkan secara maya persekitaran 3D sebuah urban area contohnya di KL. Maka seharusnya saya ada team untuk tangkap gambar dan mendesign secara 3D objek2 tersebut dan memuatkannya ke dalam satu program yang akan load segala objek tersebut dan ada capability untuk navigate through the simulation. Contohnya UCLA telah membangungkan Virtual Los Angeles dan terdapat banyak lagi team yang sama.
Disitu kita lihat, betapa indahnya penyelidikan ini dan berharap semua dapat berganding bahu membangunkan penyelidikan dan komersialisasi dalam Islam.
Waallahualam
Rabu Ogos 24, 2011 – 7.01 am