Ramadhan 09, 1432 Hijrah

Assalammualaikum,

Kali ini saya suka berbicara mengenai perihal kehidupan disekeliling kita yang penuh dengan pancaroba dan juga cabaran yang mendatang.

Manusia biasalah apabila melakukan kesilapan, sudah menjadi lumrah untuk kita meminta maaf dan seterusnya kalau boleh memaafkan seseorang tersebut atas kesilapannya. Walaupun tidak ramai yang bersifat seperti demikian, tetapi apalah salahnya kita sering memaafkan serta melupakan apa yang berlaku dan sterusnya dijadikan tauladan untuk kita jauhi.

Dalam soal teguran misalnya, tidak boleh kita terus menegur secara kurang sopan jika individu terbabit melakukan sesuatu yang tersilap. Kes yang dimaksudkan ini adalah seperti kita tersilap taip sesuatu dokumen, terlupa memasukkan sesuatu isi atau terlupa dengan tidak sengaja untuk membawa barang yang dimaksudkan, dan lain-lain lagi. Contohnya pada zaman Nabi Muhammad S.A.W., Baginda sanggup datang melawat dan menziarah jirannya yang sakit, walaupun jiran tersebut membaling najis kepada Nabi ketika sihat. Ini menunjukkan betapa mulianya peribadi Nabi Muhammad S.A.W. walaupun sebegitu sekali. Ini sesuatu yang pasti sangat sukar kita contohi dan kita mesti berazam untuk bersifat demikian sedaya upaya kita.

Selain itu, teguran yang dibuat haruslah kita berikan secara membina dan juga mampu menaikkan semangat pelajar tersebut. Sebagai contoh, kita tidak perlu mendoakan pelajar tersebut yang tidak baik sekiranya mereka mendapat kita sebagai penilai. Siapalah kita satu ketika dahulu. Kita dahulu pun mengharapkan penilai yang baik-baik dan bagus-bagus agar kita tidak susah dan dipermudahkan segala urusan. Jadi apabila kita pula diminta menjadi penilai, berusahalah menjadi penilai yang bagus dan mampu menolong pelajar terbabit dengan membina. Walaupun mungkin pelajar tersebut agak teruk juga hasil presentationnya, kita haruslah memberikan option-option dan pandangan yang membina agar pelajar tersebut dapat memperbaiki keputusan dan present semula dihadapan kita. Tidaklah sekadar kita melepaskan kemarahan begitu sahaja.

Seterusnya, dalam soal kehidupan ini, masalah tersepit antara dua pihak juga menyebabkan kita merasa tertekan dan tidak pasti apa hendak dibuat. Sebagai contoh, anda mungkin diberi  kepercayaan oleh pihak A untuk melaksanakan tugas tersebut dan anda berazam menjadi yang terbaik. Tetapi pihak B pula tidak berapa percaya walaupun pihak B membuat keputusan berdasarkan pihak A. Ini menyebabkan anda menjadi tersepit antara dua pihak dan tidak tahu untuk bertindak. Inilah lumrah dunia yang dihadapi.  Bagi saya, ianya satu cabaran hidup yang perlu dihadapi dan percayalah, kebenaran akan mengatasi segalanya kelak. Manusia bukanlah penilai yang terbaik. Manusia hanya berpandukan sesuatu negatif untuk membuat keputusan. Bahkan, satu keputusan yang tersilap akan dipandang buruk oleh manusia yang lain walaupun jasa individu terbabit sangat banyak dan tidak pernah diambil kisah oleh individu terbabit. Tetapi, berdasarkan satu kesilapan yang tidak disengajakan pun, akan menyebabkan manusia memandang serong. Itulah sebabnya penagih dadah kembali menagih kerana dipandang hina walaupun telah menjalani hukuman dan insaf. Akibat ketiadaan orang yang menerimanya, maka peratusan untuk terjebak kembali sangatlah tinggi. Inilah dikatakan, jika satu kesilapan pada masa silam, walaupun orang tersebut telah insaf dan kembali menjadi baik sehingga akhir hayatnya, kesilapan itu terus dipandang oleh segelintir manusia yang hanya memandang hina dan serong. Fikirkanlah!, siapalah anda menilai manusia lain berdasarkan kesilapan yang dilakukan hanya sekali dan telah insaf. Allah tidak pernah mendukacitakan anda bahkan memberi peluang bertaubat kepada hambanya walaupun melakukan penghinaan terhadap Allah S.W.T. Allah S.W.T. memberikan hidayah dan petunjuk kepada individu terbabit untuk insaf walaupun masa silamnya sangat terus. Sungguh mulia penilaian Allah kepada hambanya.

Tetapi adakah kita bersifat demikian? Sanggup memberi peluang untuk orang yang insaf dan tidak lagi berbuat demikian? Katakan semasa usia mudanya, person A seorang yang teruk, tetapi akhirnya insaf jua pada usia pertengahannya. Adakah masih terselit rasa dendam dan tidak menerimanya? Satu persoalan yang harus kita tanya diri kita.

Sesungguhnya, saya hanya memberi pandangan dan pendapat berdasarkan ilmu agama yang saya ada. Segala kesilapan amat dikesali dan dipohon kemaafan.

Allahumma inna nas aluka salamatan fid diin, wal afiyatan fil jasad, waziyadatan fil ilmi, wabarakatan fir rizqi, wataubatan qablal maut, warahmatan indal maut, wamaghfiratan ba’dal maut!

1.20 pm. Tuesday. August 09, 2011. Ramadhan 09, 1432

 

Berkisar Ramadhan 7, 1432 Hijrah

Assalammualaikum,

Kali ini saya lebih suka berbicara mengenai perihal berkaitan orang-orang tua yang diabaikan tanggungjawabnya oleh anak-anak mereka. Sesungguhnya, kita tidak tahu apa yang berlaku apabila kita dewasa kelak dan bekerja dan berkahwin dan mempunyai anak. Tetapi sepatutnya mereka ini sebagai ibubapa seharusnya kita sayangi mereka dan menolong mereka yang dalam kesusahan.

JOHOR BAHRU: “Makcik tetap menanti kepulangan mereka setiap kali menjelang Aidilfitri biar pun Ina sanggup menipu kononnya mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia sebenarnya berhijrah ke sana semata-mata mahu melepaskan tanggung jawab menjaga mak cik,” kata warga emas, 66, di sini, semalam.

Baca berita selanjutnya di -> http://www.hmetro.com.my/articles/Disisihanak/Article/artikelMA

Diatas merupakan petikan akhbar metro yang berkisar mengenai kisah orang-orang tua yang dalam kesusahan. Sebenarnya, kita tidak tahu bila kita akan menemui ajal dan sebagainya. Oleh itu, untuk tidak memastikan suami atau isteri hidup susah, pastikan anda mempunyai simpanan atau apa jenis kewangan yang menjamin masa depan mereka kelak. Bagi sesetengah ibubapa, mereka telah pun mempunyai harta dan lebih kaya berbanding anak-anak mereka. Tidak dinafikan mereka ini bertuah kerana dikurniakan umur yang panjang dan seterusnya mempunyai rumah tetap yang besar, pencen yang agak besar untuk menyara keluarga biarpun salah seorang telah meninggal dunia dan sebagainya.

berbalik kepada cerita di atas, sememangnya kita tidak tahu fakta-fakta lain yang menyebabkan kehidupan warga emas tersebut tunggang terbalik. Tetapi berdasarkan sekadar berita yang diperoleh, kita dapat tahu anak-anak warga emas tersebut tidak mahu menjaga kerana dianggap beban tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Selain itu, terdapat juga anak warga emas terbabit yang telah keluar negara dan tinggal di sana.

Sebenarnya, jika ada masalah sebegini, sudah pastikan ramai lagi orang mempunyai masalah yang sama seperti ini bahkan mungkin lebih teruk lagi. Pelik juga, dibesarkan dan dididikan dengan penuh kasih sayang tetapi akhirnya kedua-dua anak terbabit hilang begitu sahaja. Tetapi ada yang dibesarkan dan dididikan dengan penuh kasih sayang juga tetapi anak-anak tetap menjaga dan menyayangi ibubapa mereka. Apakah yang telah terjadi?

Ini sebenarnya merupakan ujian buat ibubapa dan juga anak2. Mungkin pada masa silam, si ibu atau si bapa sedikit sebanyak beperangai juga seperti mereka dahulu, tidak mempedulikan ibubapa dan akhirnya dibalas juga anak-anak mereka tidak mempedulikan mereka. Ketahuilah sifat ibubapa tersebut akan meresap dalam jiwa anak-anak. Apa yang boleh kita buat adalah perbetulkan dari saat sekarang juga dan bukan dengan memperbetulkan anak-anak.Tetapi diri kita dahulu diperbetulkan.

Anak-anak juga seharunya tidak boleh bersifat seperti begitu. Mereka patut tahu betapa dosanya menderhakai ibubapa dan membiarkan ibu mereka sebegitu. Ini menyebabkan dosa berantai dimana ianya akan diteruskan dari generasi ke generasi. Percayalah, jika anak-anak ini mempunyai anak-anak kecil juga, peratusan besar mereka berperangai seperti anak-anak yang menderhakai ibubapa ini juga sama.

Oleh itu, berbincanglah dengan sempurna dan masing-masing saling memaaf antara satu sama lain. Terdapat banyak perkara lain yang menjadi penyebab situasi ini. Ada yang dibesarkan dengan tidak betul tetapi akhirnya anak tersebut yang menjaga dengan baik ibu dan bapanya walaupun dibenci sewaktu kecil. Ada yang dibesarkan dengan kasih sayang tetapi akhirnya anak menderhakai ibubapanya. Apakah sebabnya? Elemen Islam tidak cukupkah diserapkan dalam diri anak-anak tersebut? Adakah didikan itu ikhlas ataupun bertujuaan memaksa?Iman tidak dapat diwarisi, tetapi iman dapat ditanamkan dalam diri. Bagaimana dengan soal anak-anak yang dibesarkan dengan penuh keislaman tetapi akhirnya menjadi murtad (ada berita seperti ini dahulu). Apakah yang berlaku sebenarnya? Ini merupakan satu ujian dari Allah. Lagi tinggi ketakwaan kita, lagi besar ujianNya. Lagi besar ujianNya, lagi tinggi darjat pahalanya. Apabila tiba satu peringkat kita sabar menghadapi dugaan ini. percayalah sudah pasti Allah S.W.T. memberikan ganjaran yang terbaik buat kita.

Semoga pendapat ini dapat difikirkan bersama di bulan Ramadhan ini. Waallahualam. Maaf atas segala ketidakfahaman atau kesalahan kata-kata.

Sunday, August-07-2011, 9.41 am – KL

Menjual Bahulu

Dibawah adalah contoh gambar Bahalu Gulung (inti jem nenas) yang sebahagian daripada rakan-rakan telah merasainya semasa saya membawa samplenya. Ianya sedap dan berbeza dari Bahulu yang biasa kita nampak di pusat membeli belah dan sebagainya. 

Bahulu Gulung  (Saiz Besar) – 3 Gulung (Dalam Satu Bekas Berbentuk Tupperware) = RM10.00 

Bahulu Gulung  (Saiz Besar) – 5 Gulung (Dalam Bekas Plastik Biasa) = RM15.00

Terus terang saya katakan bahulu ini sedap dimakan dan gerenti best.

Oleh itu, saya ingin ambil kesempatan ini sekiranya ada yang berminat untuk menempahnya boleh menghubungi saya sebelum 15 Ogos.

Untuk makluman juga, tempahan ini untuk diambil selepas raya iaitu pada 6 September 2011 (Selasa) onward.

Bahulu ini boleh didapati dengan membuat tempahan dari saya. Sangat sedap dimakan terutamanya ketika sambutan hari raya, majlis perkahwinan dan sebagainya.
Sumber Gambar : Diambil dari internet dari sumber yang dipercayai. Saya hanya mengedarkan kepada sesiapa yang mahu membelinya