Undang-undang Hak Cipta SOPA

Assalammualaikum,

Kali ini kita melihat apakah itu SOPA.

Difahamkan:-

SOPA membolehkan kerajaan US memerangi mereka yang secara langsung atau tidak langsung melanggar hak cipta seperti meletakkan pautan video atau berkongsi sebarang video yang merupakan sebahagian daripada hakcipta yang dibuat di US diambil tindakan

SOPA juga membolehkan seseorang yang menyanyikan lagu orang lain (penyanyi US) dan diletakkan di Youtube juga dikenakan tindakan.

Bahkan, jika ada drama, atau sebarang video klip kecil yang menggunakan suara penyanyi yang hakciptanya dilindungi di US tanpa kebenaran akan ditangkap dibawah SOPA ini. Maka sudah pastilah anda kena pastikan sebarang video klip yang anda letak di laman web anda tidak mengandungi nyanyian lagu daripada penyanyi luar ini (dari USA)

Apa yang akan terjadi domain anda akan disekat atau mungkin lebih teruk lagi anda akan didakwa. Maka dunia akan menjadi semakin sempit.

Fikirkan kembali, jika anda seorang penyokong SOPA, maka anda tidak layak menggunakan perkhidmatan berikut :-

a) Google

b) Wikipedia

c) Firefox

d) eBay

e) Facebook

f) Mozilla

g) Twitter

h) Yahoo!

i) LinkedIn

dan pelbagai lagi

Kerana syarikat-syarikat besar ini semuanya menentang SOPA.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama membanteras SOPA ini. Kerana ianya menyekat kebebasan

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: