Salam.
Sedikit perkongsian hari keempat (26 Disember 2023) hingga hari ketujuh (29 Disember 2023)
Hari Keempat (26 Dec 2023) Selasa:
- Paginya bermula seperti biasa kami bawa berjogging
- Kemudian kami bersama-sama ke Mydin. Zayn duduk di dalam troli Mydin
- Dari segi perkembangan sunat makin mengering lukanya. Still mandi cover taknak air kena direct tp air lalu melalui sisi dari bhgn badan atas
Hari Ke-Lima (27 Dec 2023) Rabu
- Berjogging mcm biasa tp Zayn hanya duduk. Perkembangan semakin baik
- Sempat bawak ke Mydin bersarapan nasi lemak dan makan
- Beli Nenas untuk Zahra makan
- Luka sunat semakin baik

Hari Ke-6 (28 Dec 2023) Khamis
- Zayn ikut ke hospital follow up kakaknya. Zayn naik wheelchair bg memudahkan pergerakan
- Boleh berjalan laju sambil memakai seluar sunat yg dibeli di Shopee. Disarankan beli 5,6 helai kerana 3 helai agak sedikit dan terpaksa basuh setiap hari.
- Jalan pun laju dirumah. Tiada masalah dan tidur pun pakai seluar sunat

Hari Ke-7 (29 Dec 2023) Jumaat
- Berjogging macam biasa paginya (dia ikut) dan makan sarapan seperti biasa
- Ada pendarahan menitik disedari sekitar jam 10:30 pagi.
- Bawak ke klinik dan doktor buat dressing dan compress bg menghentikan pendarahan.
- Apa yg berlaku sebenarnya adalah kupingnya terkopek dan berdarah. Zayn menangis jugak meraung tp Alhamdulillah okeh
- Cuma selepas jumpa doktor, esok jumpa lg doktor untuk tengok progress.
- Dirumah setelah tidur selepas melawat doktor, agak sukar menarik gauze tersebut kerana ianya melekat di kuping. Contact klinik dan disarankan untuk melembabkan dgn titis air pada tempat tersebut.
- Alhamdulillah dpt tanggalkan dalam masa 10-15 minit juga. Menangis juga si Zayn tapi sebab takut dan maybe pedih sedikit
- Klinik whatsapp kembali tanya update dan amat bagus bertanyakan perkembangan.
- Sekarang Zayn dah pakai seluar sunat balik dan kembali bertenaga. Cuma kena jaga2 takut luka kembali jika terlalu aktif.
