Anugerah
Sebelum itu.
Tadika ni dibuka masa 2016. Anak aku antara pioneernya. Masa tu ada 4 org aje kot. Leps tu mendadak naik. So masa 2023 anak aku yg kedua masuk masa 6 tahun. Si Zahra batch pertama dah darjah 5 time tu.
31 Jan 2024 aritu last day anak aku si Zayn tadika kat situ. Dia nak masuk darjah 1 dah pasni. So dah tinggal kenangan menghantar kedua dua anak aku kat area sini.
Aku berbangga and seronok bila ada ramai rakan2 FB aku anak2 mereka ada dpt anugerah. Ada yang post and ada yg taknak postkan. Benda ni depend on niat dan setiap org ada niat samada nak bg org lain bersemangat untuk org lain juga berjaya atau lain2nya.
Aku teringat adik aku (bukan aku), dpt straight A SPM (9A) tp nombor hampir last. Dah sekolah dia masuk tu power nak mampus ko dpt straight A pun tak menjamin top 10. Kene score all A1 with highest marks kot hahhaha.
Yang penting skg ni anak2 kita ni berjaya dpt result baik. Bab result baik ni di peringkat sekolah aje. Untuk di universiti kene ada dua dua element. Bab skill and bab result. If result biasa2 pun ok janji skill padu. Portfolio powerful. Company tgk portfolio skg. Pointer secondary. Sebab tu aku suruh budak2 dalam kelas aku tingkatkan skill. Ko dpt 4 flat tapi portfolio out pun susah nak fight budak yg masa kat univ buat byk freelance work berkaitan bidang atau skill padu.
Semoga kejayaan terus mencorakkan anak2 kita. Untuk aku dah makin menua dah tak perlu kot. Tunggu nak buat keje mcm biasa aje sebab umur nak 40 tahun next year (2025) mcm aku ni nak byk steady aje. Member2 byk berpenyakit dah aku tgk yg 40 an ni baik aku concentrate diri aku dari nak terkejar pangkat sgt. seram beb. Ada yg kene stroke, sakit jantung dll. Fuhh.
Anak aku si Zayn nanti akan mulakan kelas muzik dia march 2024 nanti. Lepas tu nak masukkan dia kelas art mcm kakak dia belajar melukis betul2. Online aje.
Belajar Al Quran of course la ade.
Bukan apa. Aku nak balancekan hidup diorang. Bidang seni aku introduce (art and music) SEBAB dua benda ni tiada siapa boleh ukur kejayaannya. Setiap SENI ITU UNIK. Setiap SENI itu menarik dan ada objektifnya. Berbanding AKADEMIK yang terlalu mengukur ranking.
Jadi aku balancekan.
Hamzah-3:01am
