2007-2024-2030

Kita tengok bagaimana inflasi berfungsi

56.66%

Tahun 2008: RM23.30
Tahun 2024: RM36.50

16 tahun naik more than half. Or at least half.

Sepatutnya, jika korang time tu basic gaji fresh graduate RM1800. Patutnya sekarang kena RM2700.

Itu baru tiket bas. Belum makanan dan lain2.

Tiket bas 2008 tu mase zaman aku master. Nak balik dari KL ke Johor. Time tu boleh naik kat Puduraya lagi. Skg kena dari TBS.

Itu belum musin perayaan lagi. No wonder budak univ skg. If makan sehari pun aku rase RM25 kot. Sarapan RM5, Tengahari RM10, malam RM10? Aku kira dari segi makanan berkhasiat dan cukup zat. So RM25 x 30 hari dah RM750. Duit untuk keperluan lain yg penting sebulan katakan RM150. Dan RM100 lagi untuk rencam. Total dah RM1k ke pelajar universiti sekarang perlukan?

Aku dulu perlukan (2003-2007)
RM 2 pagi, RM3-4 aje tengahhari dan RM3-4 malam. So dalam RM10 aje sehari. Topup RM30 sebulan. So sebulan RM300 + topup RM30 and rencam RM100-RM150. Total RM500.

Fuhh. Dah mmg berganda after 15/16 tahun (2024).

Aku unjurkan anak aku masuk univ nanti 2030. Expectation akan jadi RM1200-RM1500 sebulan kos beliau kat univ.

Inilah Inflasi.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a comment