Usaha itu fokus

Salam pagi semua.

Dalam kehidupan ini, antara yang membezakan antara kita adalah usaha.

Kita buat contoh seperti seorang atlit yang berlari.

Dan cuba banding dgn kita yang nak jadi pelari mcm atlit tapi tak kesampaian.

Sebab apa?

Celah mana nak sampainya kita pun usaha ciput dan ada komitmen kerja, keluarga dan pelbagai lagi berbanding atlit tadi yang fokusnya memang berlari as a job. Dia memang ada keluarga tapi fokusnya mengecil iaitu hanya fokus kepada kerjaya dia as atlit dan keluarga.

Tatkala kita pulak nak berlari mcm atlit, tp keje kene masuk jam 8, balik dekat mahgrib. Malam baru berlatih if rajin or awal2 pg. Takde jurulatih pulak tu.

Fokus adalah perkara utama dalam kita berusaha mencapai sesuatu. Banyak fokusnya, maka terbahagilah usaha tu dan susahlah mencapai apa yang dikehendaki.

Jadi? Buat yang kita mampu. Fokus yang kita mampu. Usah fokus kesemuanya. Ada effort perlu dikurangkan dan effort yang perlu dinaikkan.

Macam ko main game MMORPG.

Ko main game mane boleh naikkan semua stat 99 (if maksimum adalah 99). If korang tak main game RPG mmg takkan paham apa aku cakap.

Jadi katakan ada Strength, Agility, Vitality, Intelligent, Dexterity and Luck untuk sesuatu character yang maksimum boleh diset adalah 99. Semua stats tersebut bermula dgn 1. Dan awal2 bermain diberi 10 mata asas boleh dinaikkan. Jadi ko nak spend kat mana 10 mata asas tu? Strength? Agility? Or Luck? Itu belum tengok character type. Hunter ke, Assassin ke, Knight ke etc. Setiap character memerlukan build yang betul. Tak berguna ko naikkan LUCK tapi character ko Mage. Tak betul tu. nanti haru biru character ko dan kene bantai aje dalam MMORPG tu.

Jadi terpaksa setkan ke mata stat yang betul. Setiap kali naik level ada mata point diberikan. Dan korang jangan pulak distribute sama rata. Nanti tak power character korang.

Jadi itulah yang dimaksudkan usaha ikut apa yg difokus. Korang takkan boleh kaut semua kecuali di kenduri salam kaut. Fokus beb nak jadi apa. If taknak fokus, maka jadilah org yg bersederhana aje dlm kehidupan. Takla kaya, takla miskin, takla hebat dan takla tak hebat. Biase2 aje. Between tak terkenal dan terkenal.

Itu pilihan yang kita ada.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a comment