Live the life we always wanted

Bersyukur dan menikmati hidup.

Apa yang kita kehendaki tak semestinya itu yang Allah akan bagi.

Bila aku tengok setiap individu sekeliling aku, aku rasa ianya petunjuk buat aku yang memberitahu aku, “Baik engkau bersyukur dengan apa yg ada pada sekarang dan jika mahu lebih berusahalah dengan baik”.

Bukan apa, aku pun rasa kadang2 macam ada orang lebih dari aku, tp aku tak sedar yang ada part yang org itu lebih tapi dia kurang yg amat untuk part yg satu lg.

Menunjukkan tiada yang Allah bagi itu seseorang itu tanpa ada kekurangan pada yang lain. Contohnya nak masa lapang yang banyak tapi Allah bagi kehidupan yang biasa2. Nak yang kehidupan hebat tp masa amat terhad dan sibuk yang amat pada masa2 yang lain.

Memang pelbagai benda yang bila aku tengok, seolah-olah macam seseorang itu mcm power and hebat kehidupannya tetapi rupanya ada masalah lainnya yang if menimpa kita takkan mampu kita hadapi. Seolah-olah Allah tunjuk dekat kita yang “hang tu bersyukurlah sedemikian”.

Jadi betullah kot, buatlah sebarang benda di dunia ini kerana Allah aje. Tak usah dengki dan hasad dengan sesiapa. Ujian setiap org berlainan. Ada sebab Allah tak bagi apa yang kita kehendaki tapi Allah bagi apa yang kita sebenarnya perlu. Sebab tu doa kena spesifik. Apa sebenarnya kita kehendaki? Adakah kerana nak tiru mcm org lain atau nak kerana diri kita sendiri atas usaha kita sendiri?

Antara sebab sekarang aku dan famili nak follow apa yang aku and famili perlukan. Tak perlu fikirkan nak jadi mcm org lain. Apa kami usaha, kami dapat. Live to the fullest. Enjoy what we want. Dont bother with other people dream.

Live your own dream. And enjoy the life that we always wanted. Dont bother other people’s dreams

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a comment