Izz Nur Zahra – Day 76th

Assalammualaikum,

Anak saya pada umur 76 hari

Pada usia 76 hari ini, berikut merupakan pencapaianya

  • Boleh mengangkat kepala dengan sendirinya dan meniarap
  • Boleh gelak-gelak dan senyum apabila diagah
  • Boleh mengengam apa yang ada berdekatan dengannya – gengam teddy bear kecil
  • Suka memandang pemandangan dan tidak mahu didukung secara kebelakang(mahu sentiasa pandang hadapan)
  • Kerap memandang corak-corak dan sebarang gambar atau lukisan berbentuk seperti abstrak/corak2
  • Menghisap jari sendiri dan suka tangannya bergerak bebas
  • dan pelbagai lagi termasuk sudah boleh dealing dengan kembung perut

Alhamdulillah, antara kurniaan Allah yang paling bernilai dalam hidup saya dan isteri

Semoga dapat dididik dengan penuh kasih sayang dan gembira.

Dunia Penerbitan

Assalammualaikum,

Anda ada sebuah geran penyelidikan.

Maka anda melakukan penyelidikan dengan bersungguh-sungguh kerana minatnya anda terhadap bidang tersebut dan sebagai ahli akademik anda dibayar gaji pensyarah dan melakukan tugas selaku pensyarah dan juga penyelidik.

Tiba suatu masa maka anda ingin menerbitkan satu penerbitan untuk hasil kerja anda.

Maka anda perlukan wang untuk membayar yuran persidangan.

Timbul soal memilih persidangan samada ianya berindeks atau tidak.

Ada SCI atau SCOPUS atau sebagainya.

Sedangkan jika anda publish di laman web sebegitu sahaja maka ramai dapat melihatnya berbanding di dalam hardcopy proceeding dan database berbayar.

Sebagai contoh, jika anda mahu mendapatkan artikel IEEE maka anda perlu bayar kecuali di bawah universiti.

Tiada peluang bagi orang luar atau orang awam mendapatkannya dengan percuma.

Jika anda publishkan secara sendiri di laman web anda, maka senanglah orang memuat turun. Tetapi harus difahami setelah dipublish di IEEE contohnya, maka anda tertakluk kepada peraturan IEEE yang mungkin ada peraturan untuk anda publishkan sendiri di laman web.

Tetapi sebenarnya, ramai sahaja yang meletakkan publication tersebut di laman web sendiri.

Eh!, ramai ke antara penyelidik-penyelidik ini meletakkan publication tersebut di laman web mereka sendiri?

Saya sendiri tidak meletakkannya di laman web saya kerana peraturan Copyright IEEE telah ditandatangani oleh saya.

Rasa menyesal juga ada tetapi itulah dunia yang saya tengah duduki dna hidup sekarang ini.

Di era dunia penerbitan ini juga timbul perkara cara untuk menilai sesebuah penerbitan.

Impact Factor, Citation Index, dan pelbagai lagi.

Adakah ini bermakna jurnal yang memasuki high impact database adalah lebih bagus dari jurnal biasa?

Habis?

Jurnal keluaran tempatan hanyalah untuk kita “dump” ini tahap biasa jurnal/penerbitan sahaja?

Maksud saya hantar publication yang sekadar biasa sahaja dan yang penerbitan yang hebat kita hantar ke journal2 antarabangsa

Jadi, bagaimana mahu menaikkan jurnal tempatan jika kita asyik “dump in” penerbitan tahap2 biasa sahaja?

Ataupun menggunakan strategi menaikkan jurnal tempatan dengan menggunakan citation terhadap jurnal sendiri dalam penerbitan yang lain.

Jurnal A citekan Jurnal B dan Jurnal B citekan Jurnal A.

Dengan strategi yang bagus kedua-dua jurnal akan naik.

Tidak kisah artikel yang di dalamnya kualiti yang bagaimana.

Adakah ini bermakna jika saya hantar the finest publication ke jurnal biasa maka ianya digelarkan sebagai jurnal tahap biasa?

Betapa rumitnya dunia penerbitan akademik yang semakin parah ini pada pendapat saya.

Semuanya mengejar sesuatu dan patutlah ramai yang tidak bersetuju dengan penggunaan high impact dan sebagainya.

Terus terang saya katakan, impact factor tidak mencerminkan kualiti jurnal anda.

Ianya hanyalah untuk kepuasan database jurnal itu sahaja dan tidak kisah walaupun process review anda berbulan-bulan atau bertahun lamanya, anda boleh memasukkan jurnal anda ke dalamnya dengan syarat ada yang anda kenal di dalam jurnal tersebut.

Ingat, penilaian manusia adalah sentiasa berubah-rubah.

Tidak kira betapa hebat pun penerbitan anda yang dihantar ke jurnal tersebut, tetapi jika individu yang menilai itu sememangnya amat memusuhi anda atau negara anda atau AGAMA anda, maka pasti tidak diterima masuk kecuali dengan professional.

Sekali lagi, wujudkah professionalism yang sebenar-benar di dunia barat? atau di Malaysia?

Kesimpulannya, saya amat menentang jika impact factor digunakan untuk menilai sesebuah jurnal.

Ianya tidak mencerminkan kualiti 100%

Submitlah di mana jua pun publication anda kerana yang penting niat anda itu adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan.

Saya memandang tinggi semua publication tidak kisah ianya disubmit sekadar persidangan biasa, indexed, atau jurnal berindeks atau tidak.

Yang penting penyelidik itu sendiri tahu bahawa dia benar-benar menyelidik dan bukannya sekadar syok sendiri dan meletakkan nama sahaja.

Saya sendiri akui bahawa saya rasa tiba masanya untuk publish for the sake of research. Ada juga saya meletakkan nama sahaja sebelum ini tetapi mengakui bahawa saya telah tersedar dan ingin publish apa yang sebenar kerja saya sahaja.

Kesilapan itu memanglah lumrah, yang penting perubahan untuk masa hadapan. Saya akan pastikan saya tidak sekadar meletakkan nama sahaja di masa hadapan.

Impact Factor sekadar permainan dunia akademik yang menggunakannya untuk kenaikan pangkat.

Dan saya ulang, tidak berguna juga jika 100 pun publication anda buat, tetapi jika kualitinya tidak dapat menandingi kualiti 1 paper jurnal yang terbaik. Tetapi apa-apa pun, dunia akademik tetap memandang kuantiti over kualiti.

Lumrah permainan dunia akademik.

 

“Impact Factor” dan Apa disebaliknya

Assalammualaikum,

Mesti rakan-rakan penyelidik sudah biasa dengan terma “Impact Factor” dan ada yang merungut betapa susahnya nak masuk jurnal berimpak ini.

Sebenarnya, untuk menjadikan jurnal tersebut berimpak itu, lihat bagaimana ianya dikira

Journal Ahmad (contoh)

Pada tahun 2009, ada 20 article di dalam jurnal tersebut. Biasalah jurnal baru.

Pada tahun 2010 pula ada 40 article pula.

Kemudian pada tahun 2011, terdapat 250 citations untuk tahun 2009 dan 2010 (sepanjang dua tahun tersebut)

Maka saya setkan A = 250

Kemudian, terdapat sejumlah 60 articles semuanya bukan? sepanjang 2009 hingga 2010 (dua tahun)

Maka B = 60

Maka Impact Factor untuk tahun 2011 adalah = A/B = 250/60 = 4.167

Dan untuk ini, Keputusan Impact Factor akan dipublish untuk public pada tahun 2012.

bermaksud sebarang jurnal baru pada tahun 2012 akan diterbitkan Impact Factornya pada tahun 2015.

Iaitu 2012 dan 2013 mengumpul articles

2014 pula masa untuk citations

2015 untuk publish result 2014 Impact Factor

.

.

Cuba lihat betapa banyaknya ruang dan longgarnya undang-undang Impact Factor.

Dengan sedikit perancangan teliti, pasti dapat menjadikan jurnal yang biasa ke peringkat high impact journal

Tetapi tepuk dada tanyalah selera.

Kualiti versus kuantiti.