“Impact Factor” dan Apa disebaliknya

Published on

in

Assalammualaikum,

Mesti rakan-rakan penyelidik sudah biasa dengan terma “Impact Factor” dan ada yang merungut betapa susahnya nak masuk jurnal berimpak ini.

Sebenarnya, untuk menjadikan jurnal tersebut berimpak itu, lihat bagaimana ianya dikira

Journal Ahmad (contoh)

Pada tahun 2009, ada 20 article di dalam jurnal tersebut. Biasalah jurnal baru.

Pada tahun 2010 pula ada 40 article pula.

Kemudian pada tahun 2011, terdapat 250 citations untuk tahun 2009 dan 2010 (sepanjang dua tahun tersebut)

Maka saya setkan A = 250

Kemudian, terdapat sejumlah 60 articles semuanya bukan? sepanjang 2009 hingga 2010 (dua tahun)

Maka B = 60

Maka Impact Factor untuk tahun 2011 adalah = A/B = 250/60 = 4.167

Dan untuk ini, Keputusan Impact Factor akan dipublish untuk public pada tahun 2012.

bermaksud sebarang jurnal baru pada tahun 2012 akan diterbitkan Impact Factornya pada tahun 2015.

Iaitu 2012 dan 2013 mengumpul articles

2014 pula masa untuk citations

2015 untuk publish result 2014 Impact Factor

.

.

Cuba lihat betapa banyaknya ruang dan longgarnya undang-undang Impact Factor.

Dengan sedikit perancangan teliti, pasti dapat menjadikan jurnal yang biasa ke peringkat high impact journal

Tetapi tepuk dada tanyalah selera.

Kualiti versus kuantiti.

 

Leave a Reply


HA
Hamzah Asyrani Sulaiman
// lecturer · researcher
Computer Graphics Animation Simulation Teaching Research
Teaching · 3D Game Dev, Graphics & Vis
Research · CG, Animation, Simulation
Publishing · Research papers & consultation

Discover more from asyrani.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading