Dunia Penerbitan

Assalammualaikum,

Anda ada sebuah geran penyelidikan.

Maka anda melakukan penyelidikan dengan bersungguh-sungguh kerana minatnya anda terhadap bidang tersebut dan sebagai ahli akademik anda dibayar gaji pensyarah dan melakukan tugas selaku pensyarah dan juga penyelidik.

Tiba suatu masa maka anda ingin menerbitkan satu penerbitan untuk hasil kerja anda.

Maka anda perlukan wang untuk membayar yuran persidangan.

Timbul soal memilih persidangan samada ianya berindeks atau tidak.

Ada SCI atau SCOPUS atau sebagainya.

Sedangkan jika anda publish di laman web sebegitu sahaja maka ramai dapat melihatnya berbanding di dalam hardcopy proceeding dan database berbayar.

Sebagai contoh, jika anda mahu mendapatkan artikel IEEE maka anda perlu bayar kecuali di bawah universiti.

Tiada peluang bagi orang luar atau orang awam mendapatkannya dengan percuma.

Jika anda publishkan secara sendiri di laman web anda, maka senanglah orang memuat turun. Tetapi harus difahami setelah dipublish di IEEE contohnya, maka anda tertakluk kepada peraturan IEEE yang mungkin ada peraturan untuk anda publishkan sendiri di laman web.

Tetapi sebenarnya, ramai sahaja yang meletakkan publication tersebut di laman web sendiri.

Eh!, ramai ke antara penyelidik-penyelidik ini meletakkan publication tersebut di laman web mereka sendiri?

Saya sendiri tidak meletakkannya di laman web saya kerana peraturan Copyright IEEE telah ditandatangani oleh saya.

Rasa menyesal juga ada tetapi itulah dunia yang saya tengah duduki dna hidup sekarang ini.

Di era dunia penerbitan ini juga timbul perkara cara untuk menilai sesebuah penerbitan.

Impact Factor, Citation Index, dan pelbagai lagi.

Adakah ini bermakna jurnal yang memasuki high impact database adalah lebih bagus dari jurnal biasa?

Habis?

Jurnal keluaran tempatan hanyalah untuk kita “dump” ini tahap biasa jurnal/penerbitan sahaja?

Maksud saya hantar publication yang sekadar biasa sahaja dan yang penerbitan yang hebat kita hantar ke journal2 antarabangsa

Jadi, bagaimana mahu menaikkan jurnal tempatan jika kita asyik “dump in” penerbitan tahap2 biasa sahaja?

Ataupun menggunakan strategi menaikkan jurnal tempatan dengan menggunakan citation terhadap jurnal sendiri dalam penerbitan yang lain.

Jurnal A citekan Jurnal B dan Jurnal B citekan Jurnal A.

Dengan strategi yang bagus kedua-dua jurnal akan naik.

Tidak kisah artikel yang di dalamnya kualiti yang bagaimana.

Adakah ini bermakna jika saya hantar the finest publication ke jurnal biasa maka ianya digelarkan sebagai jurnal tahap biasa?

Betapa rumitnya dunia penerbitan akademik yang semakin parah ini pada pendapat saya.

Semuanya mengejar sesuatu dan patutlah ramai yang tidak bersetuju dengan penggunaan high impact dan sebagainya.

Terus terang saya katakan, impact factor tidak mencerminkan kualiti jurnal anda.

Ianya hanyalah untuk kepuasan database jurnal itu sahaja dan tidak kisah walaupun process review anda berbulan-bulan atau bertahun lamanya, anda boleh memasukkan jurnal anda ke dalamnya dengan syarat ada yang anda kenal di dalam jurnal tersebut.

Ingat, penilaian manusia adalah sentiasa berubah-rubah.

Tidak kira betapa hebat pun penerbitan anda yang dihantar ke jurnal tersebut, tetapi jika individu yang menilai itu sememangnya amat memusuhi anda atau negara anda atau AGAMA anda, maka pasti tidak diterima masuk kecuali dengan professional.

Sekali lagi, wujudkah professionalism yang sebenar-benar di dunia barat? atau di Malaysia?

Kesimpulannya, saya amat menentang jika impact factor digunakan untuk menilai sesebuah jurnal.

Ianya tidak mencerminkan kualiti 100%

Submitlah di mana jua pun publication anda kerana yang penting niat anda itu adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan.

Saya memandang tinggi semua publication tidak kisah ianya disubmit sekadar persidangan biasa, indexed, atau jurnal berindeks atau tidak.

Yang penting penyelidik itu sendiri tahu bahawa dia benar-benar menyelidik dan bukannya sekadar syok sendiri dan meletakkan nama sahaja.

Saya sendiri akui bahawa saya rasa tiba masanya untuk publish for the sake of research. Ada juga saya meletakkan nama sahaja sebelum ini tetapi mengakui bahawa saya telah tersedar dan ingin publish apa yang sebenar kerja saya sahaja.

Kesilapan itu memanglah lumrah, yang penting perubahan untuk masa hadapan. Saya akan pastikan saya tidak sekadar meletakkan nama sahaja di masa hadapan.

Impact Factor sekadar permainan dunia akademik yang menggunakannya untuk kenaikan pangkat.

Dan saya ulang, tidak berguna juga jika 100 pun publication anda buat, tetapi jika kualitinya tidak dapat menandingi kualiti 1 paper jurnal yang terbaik. Tetapi apa-apa pun, dunia akademik tetap memandang kuantiti over kualiti.

Lumrah permainan dunia akademik.

 

Published by razorjr

Research and Academician

2 thoughts on “Dunia Penerbitan

  1. Inilah ‘dunia hitam’ akademik…cuma yg terlibat atau pernah terlibat memahami, tetapi yg terlibat dan dah dpt manfaat daripadanya pasti berasa selesa dgn situasi ini..dan lazimnya mereka inilah yg memegang kuasa utk melakukan perubahan..masakan mereka mahu berubah sebab mereka dah habiskn byk masa,tenaga dan wang utk berjaya dlm sistem ini?

    Bagi saya, kita perlu kembali kepada budaya ilmu itu sendiri..apa yg sebenarnya memberikan maafaat dan nilai dari ilmu yg kita selidiki dan sebarkan..contohnya satu poster berkaitan halal/haram atau menutup aurat yg disebarkan oleh org ramai melalui facebook dan email mungkin mempunyai real impact yg lebih tinggi dari paper yg entah apa2 yg org ramai even organizer sendiri pun xminat nak baca..artikel yg terbit secara percuma di blog Dr MAZA juga lebih ramai yg ‘cited’ dan berikan kefahaman kepada ramai audiance…tapi yelah menda mcmni susah sikit nk measure

    1. pendapat saudara amat tinggi pointnya dan saya amat bersetuju dengan kenyataan ringkas dan padat saudara.
      Benar, mereka ini mempunyai kuasa untuk membuat perubahan tetapi disebabkan desakan dan faktor yang lain, mereka memilih untuk terus berkecimpung dalam ketidakadilan dan isu yang melibatkan etika.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: