17 Jun 2012 – Suatu petang di Kuala Lumpur

Assalammualaikum,

Sekadar untuk menulis secara santai pada petang ini di rumah keluarga isteri saya di Kuala Lumpur.

Pagi tadi bertolak dari Jitra dalam jam 7.15 pagi rasanya dan tiba di Kuala Lumpur dalam jam 11.50 pagi. Dalam 4 jam 35 minit rasanya kerana jalan agak lapang.

Esok harinya membawa si kecil Izz Nur Zahra mendapatkan suntikan seterusnya iaitu pada usia dua bulan (sekarang sudah dua bulan dan 4 hari)

Majlis perkahwinan berjalan agak lancar juga di Kedah cuma pada kali seterusnya, saya memang berazam sangat-sangat untuk tidak membebani emak saya untuk sebarang tugasan.

Mungkin saya akan membahagi-bahagikan tugas dan memanggil secara telefon atau bersemuka untuk merancang majlis perkahwinan adik-adik saya seterusnya dengan lebih teratur dan tersusun agar emak saya tidak dibebani tugasan berat lagi.

Cukuplah untuk emak saya membuat macam-macam. Saya rasa terkesal kerana selaku seorang anak patut saya boleh buat lebih bagus lagi dan tidak membebankan emak saya.

Saya belajar dari kesilapan dan akan memperbaikinya pada masa hadapan. InsyaAllah

Ramadhan

Ramadhan 1433 dijangka pada 21 Julai 2012. Iaitu bersamaan hari sabtu (Di Malaysia tidak akan ada cuti ganti bagi cuti umum yang jatuh pada hari Sabtu).

Bermakna tinggal sebulan lebih sahaja lagi untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Saya harap saya boleh bersedia disamping isteri dan anak serta keluarga di KL dan Kedah.

Tahun ini saya akan berasa di KL pula dan kemudiannya di semasa raya haji di Kedah pula.

Tidak dilupakan juga,

Pelajar-pelajar saya yang akan mengikuti pengajian Matematik Kejuruteraan pada bulan Jun 2012 ini sehinggalah pada penghujung bulan 9 nanti (genap 15 minggu).

Saya mengharapkan semuanya berjaya dan mengekal prestasi cemerlang dalam kelas iaitu tidak mengantuk dan memperbanyakkan latihan.

Saya bukan jenis memberi latihan seperti cikgu sekolah kerana di universiti adalah “Siapa berusaha dia yang dapat”.

Saya sudah bagi kebebasan dan terserah kepada individu terbabit hendak mengulangkaji atau tidak.

Bagi yang dahagakan ilmu, pasti akan bertungkus-lumus membuat latihan dan bertanya.

bagi yang sebaliknya, pasti akan membuang masa sahaja.

Oleh itu berusahalah, sebaik mungkin dan sehebat mungkin yang anda boleh.

Wasalam

5.52 petang, 17 Jun 2012, hari ahad

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: