Selamat Hari Bapa – Menjadi pendorong seorang ibu terus bertambah cekal

Assalammulaikum,

Saya mempunyai seorang ibu kandung yang telah kematian suaminya yang merupakan ayah kandung saya pada tahun 2008.

Tatkala dengan kehilangan seorang suami itu, ibu saya terus tabah menempuh hidup dan perancangan tanpa pertolongan seorang suami yang juga ayah saya.

Jika orang lain ibunya mungkin bekerja, tetapi tidak bagi ibu saya.

Oleh itu, ianya pasti tidak sama dengan orang lain dan juga ibu-ibu lain yang setiap satunya ada karakter unik tersendiri.

Bayangkan seorang ibu yang menguruskan perkahwinan anaknya yang berlangsung.

semuanya terpaksa dibuat sendiri kerana anaknya tidak tahu untuk berbuat apa-apa untuk penduduk disekitarnya.

Saya sendiri terasa sedih kerana membiarkan ibu saya sendiri menguruskan soal tahlil dan sebagainya.

Sepatutnya soal yang memerlukan lelaki, patut diuruskan oleh anak lelakinya.

Oleh itu saya bertekad untuk masa hadapan, biarlah emak saya berehat daripada menguruskannya.

Soal katering, khemah dan membuat majlis tahlil diuruskan oleh pihak anak lelaki.

Saya juga sedih saya tidak dapat duduk dibarisan hadapan menguruskan perkahwinan kerana cuaca panas terik tengahari memang saya tidak tahan.

Sepatutnya mungkin Post Mortem perlu dibuat bagi mengenal pasti apakah masalahnya.

Mungkin itu sebabnya sepatutnya sesebuah majlis itu memerlukan dewan untuk membuatnya.

Lebih senang dan apabila pulang ke rumah tidak ada apa yang perlu dikemas.

Lebih mudah jika begitu.

Terima Kasih Ibu, Terima Kasih Arwah Ayah.

Baru saya tahu secara mendalam kenapa Ibu disebut tiga kali dan kemudiannya baru Ayah oleh Rasulullah S.A.W.

Kerana cekalnya lebih besar daripada seorang ayah.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: