Teguran Membina

Assalammualaikum,

Kali ini saya ingin berbicara pula berkaitan satu perkara yang selalu berlaku di mana jua saya rasa. Iaitu bagaimana menjadikan teguran kita itu bermanfaat dan seterusnya membolehkan kita dapat menyampaikan mesej itu dengan baik.

Sebagai contoh, kerjaya saya sebagai pensyarah sememangnya memerlukan teguran dan menegur sekiranya berlaku sebarang kesilapan samada diri saya atau pelajar.

Bagaimanapun, teguran perlu dibuat dengan berhati-hati dan kita perlu memastikan ianya tidak mendatangkan keburukan dan jika tidak mendatangkan keburukan sekalipun, akan berlaku salah sangka terhadap teguran kita.

Ada yang mampu menerima teguran dengan baik samada secara lembut atau kasar. Jika secara lembut sudah pastilah senang kita menerima sedikit teguran tersebut tetapi jika secara kasar, memerlukan daya ketahanan emosi yang tinggi untuk mengawal perasaan marah tersebut. Sebab perlu diingatkan, tidak semua mampu menegur dengan baik dan tidak semua mampu menerima teguran

Saya sendiri akui kadang-kadang berasa amat marah dengan teguran tetapi itulah sifat manusia. Apa yang saya boleh buat adalah cuba sedaya upaya mengawal perasaan marah tersebut.

Sebagai contoh dalam memandu kereta di jalan raya. Saya sendiri kadang-kadang tidak faham mengapa ada sahaja berlaku kes cucuk mencucuk di belakang kereta dan juga tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Kadang-kadang ada kereta sengaja slow dihadapan kereta atau kereta kita sengaja dislowkan agar yang belakang tidak dapat memotong.

Semuanya itu memerlukan tahap kesabaran tinggi untuk menjadikan anda insan terbaik. InsyaAllah pasti semua dapat menjadi terbaik sedikit demi sedikit sepanjang usia kita di dunia ini untuk ganjaran pahala di akhirat kelak

Kefahaman atas dibuat untuk menunjukkan tidak semua mampu mengawal teguran dengan baik apabila membuat teguran atau menerima teguran.

Pelajar tidak semuanya sama dan setiap teguran juga perlu dibuat secara penuh teliti dan ilmiah.

Teguran tidak sama antara satu pelajar dengan pelajar yang lain. Biasalah, pengaruh dari rakan dan persekitaran memungkinkan mereka bersikap sedemikian. Oleh itu, kita sebagai orang muda dewasa atau dewasa perlu bijak dalam menangani masalah ini dengan pengawalan emosi dan diri yang stabil.

Pelajar juga harus dididik agar sentiasa bersedia menerima teguran. Bagaimana hendak lakukan sebegitu?

Mudah sahaja, mengamalkan prinsip seperti “berkawan”

Bukankah apabila anak kita membesar dewasa kita perlu bertindak seperti kawan mereka?

Bayangkan jika anda masuk ke kelas dan semua pelajar menunggu anda kerana anda sememangnya berjaya menarik minat pelajar. Tetapi harus berhati-hati juga jika terlalu longgar membuatkan pelajar terlalu santai.

Oleh itu, ianya memerlukan kajian rapi dalam mengenal pasti pola kehidupan pelajar-pelajar dalam kelas.

Bermaksud, penegasan yang lembut tetapi dengan prinsip pengajaran secara “berkawan”.

Kita selalu rekabentuk software yang user friendly tetapi masih ada sedikit restriction.

Maka oleh sebab itu, kita juga digalakkan user friendly dengan pelajar dan adakan juga penegasan.

Kombinasi yang mantap diperlukan untuk memastikan tahap penegasan dan penerimaan pengajaran oleh kita kepada pelajar dapat disampaikan dengan baik.

Maka dengan ini tidak akan timbul soal kutuk-mengutuk serta caci-mencari (atau mengata belakang) jika berlaku sesuatu.

Selain itu, banyakkan juga berdoa agar mereka ini juga berjaya dan menjadi insan yang akhlak tinggi dan mulia. Tidak berguna juga pandai tapi akhlak kurang sempurna. Tetapi doakan mereka semua tanpa memilih untuk mendoakan yang pandai sahaja berjaya.

Cuba tanya diri kita, berapa kerat yang mendoakan ahli keluarganya sahaja berbanding jiran tetangga dan anak buah di pejabat?

Itulah pendapat saya pada post kali ini, selamat hari jumaat. Jam 12.16 pagi. Jumaat, April 06, 2012

Kebolehan dan Pengalaman?

Assalammualaikum,

Terpanggil saya untuk memanggil diri saya sendiri untuk menceritakan perihal diri saya yang tidaklah beberapa bagus tetapi berdasarkan pengamatan dan pandangan saya.

Program

Dalam mengetuai apa jua program sekalipun, kerapkali saya diuji dengan perkara yang bagi saya sekarang saya tidak ambil peduli langsung tetapi still take it into account. Perkara tersebut adalah apabila dilantik oleh orang lain dan kemudian dipertikaikan pula oleh orang lain.

Sebagai contoh, anda bermain bola dipadang, tiba-tiba anda dipanggil oleh seorang individu A menyatakan anda diberi tanggungjawab memikul jawatan penolong jurulatih nombor 2 pada tahun 2013. Anda tidak melobi dan tidak membuat apa persediaan sekalipun kerana tidak menduga sebegitu sekali kepercayaan diberikan.

Puas bertanya dan menerima tanggungjawab tersebut dengan penuh tanggungjawab.

Tetapi malangnya ada individu lain yang nampak tidak sesuai dan bukannya mengadu kepada individu A tersebut tetapi terus berjumpa kita menyatakan kita tidak sesuai menjadi penolong  jurulatih nombor 2 untuk tahun 2013 kerana kurang pengalaman berbanding yang lain.

Ianya menjadi tanda tanya yang amat besar kepada saya.

Persoalannya adalah bukannya kita dilantik diri sendiri untuk memikul tanggungjawab tersebut tetapi ianya dilantik oleh individu A terbabit.

Jadi mengapa manusia terlalu bersikap sedemikian sehinggakan sanggup menyatakan sedemikian kepada kita sedangkan sepatutnya ianya diadukan kepada individu A terbabit?

Pada pendapat saya, saya tidak kisah samada dilantik sebagai ketua/AJK/etc atau tidak kerana saya lebih gembira kerana dapat menumpukan perkara yang saya minat berbanding kerja-kerja tambahan tersebut.

Tetapi apabila dilantik dan ianya menarik minat saya maka saya akan penuh bertanggungjawab memastikan kejayaannya.

Ini juga terjadi bila senario pengalaman atau kebolehan ditentukan dalam menentukan prestasi seseorang.

Adakah benar pengalaman sebenarnya memainkan peranan penting?

Saya berpandangan, pada zaman kini, pengalaman adalah sesuatu yang lepas (past) dan kebolehan adalah sesuatu yang sentiasa menuju ke masa hadapan. Kebolehan akan meningkat jika diikuti oleh pengalaman tetapi jika kebolehan itu sememangnya mengatasi pengalaman, maka kebolehan lagi diutamakan.

Kita mungkin mengambil masa 1 tahun untuk mahir photoshop. Tetapi ada individu lain yang mengambil masa 2 bulan sahaja untuk mahir dan jika anda mahu membandingkan tahun, maka yang 1 tahun lagi sesuai.

Tidak

Sebenarnya kita perlu adil dalam menilai, yang mahir 2 bulan dan 1 tahun kita cuba buat competition dan tengok siapa yang hebat. Boleh jadi yang 2 bulan tadi lebih hebat dan lebih fresh ideanya berbanding kita. Mereka menggunakan teknologi terkini dan perisian mereka lagi updated berbanding kita yang menggunakan komputer yang telah 1 tahun lamanya berbanding mereka yang baru beberapa bulan guna komputer dan mahir photoshop pula (contoh).

Saya tidak bersetuju langsung dengan pendapatan orang muda ini kurang hebat berbanding yang lebih tua.

Pandangan saya adalah sekiranya kebolehan mengatasi pengalaman, maka kita ambil yang berkebolehan. Tetapi yang berpengalaman jangan dilupakan.

Sebab itu dalam sesuatu kumpulan, seeloknya mengandungi kombinasi golongan muda banyak berbanding golongan yang berpengalaman. Mungkin pecahan 70% orang muda dah 30% golongan berpengalaman ini. atau apa juga kombinasi untuk melibatkan golongan muda kita.

Saya juga tidak suka terlalu banyak birokrasi sehingga menjejaskan produktiviti seseorang dengan menghasilkan surat yang pelbagai semata-mata untuk simpanan dan bersifat tidak green.

Kata kita mesti “green” tetapi terlampau banyak surat perlu dikeluarkan untuk kepuasan birokrasi.

Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa kebolehan dan pengalaman boleh digabungkan dan sekiranya kebolehan mengatasi pengalaman, maka ambillah orang yang energetic, muda, produktif dan mampu buat kerja dengan hebat.

Ayuh buktikan bahawa golongan muda dan belia mampu bekerja lebih hebat lagi.

Sekian

Selasa April 3, 2012 – 9.20 pagi

Berapa besarkah Alam Semesta kita ini?

Assalammualaikum,

Saya ada artikel yang menarik untuk dikongsi.

Ianya berkaitan sistem solar kita da alam semesta ini.

Tidak dinafikan, tiada siapa yang tahu berapakah besar alam semesta ini. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu sebagai Pencipta Alam Semesta ini.

Jika anda lihat kembali, bermula dari alam rahim, bayi yang dikandung hanya mampu bergerak dalam perut ibu sahaja

Kemudian apabila memasuki ruang dunia maka dirasanya dunia ini amat besar (termasuk alam semesta)

Tetapi cuba bertanya diri sendiri. Berapa besarkah Alam Akhirat nanti? yakni Padang Masyhar?

Menurut Imam Ghazali: “Padang Mahsyar itu suatu dataran bumi yang maha luas, saujana mata memandang yang keluasannya tidak dapat dihitung dengan ilmu manusia, keadaan bumi yang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tiada pokok kayu untuk dijadikan tempat berteduh.”

Baiklah, cuba kita anggap bumi ini ialah seorang manusia bernama Ahmad

Ahmad mempunyai beberapa rakannya yang bermain permainan konsol XBOX setiap minggu. Mereka ini dikira satu geng la

Ahmad mempunyai ketua pasukan bernama Sun. Sun dikatakan akan berbincang dengan ketua-ketua lain bernama Proxima dan juga Alpha Centauri. Pendek kata, Sun dan ketua-ketua ini juga rakan baik tetapi masing-masing ada team bermain Counter Strike tersendiri. Sun ada ahli-ahli Counter Strikenya dan Proxima dan Alpha Centauri juga ada ahli-ahlinya. Mereka bercadang untuk mengadakan satu pertandingan dengan mengajak ketua-ketua lain.

Maka, mereka mengajak setiap ketua-ketua sekitar kawasan disitu. Sun mungkin tidak kenal semuanya tetapi Sun, Proxima dan Alpha Centauri masing-masing memanggil ketua-ketua lain bernama Sirius, Procyon dan lain-lain untuk memasuki Competition Counter Strike yang akan dijalankan di satu peringkat daerah. Anggap sajalah pertandingan Counter Strike peringkat Daerah. So, dalam daerah ada banyak ketua-ketua pasukan yang hebat-hebat.

Tanpa diduga, rupanya bukan team-team Sun, Proxima, Alpha Centauri, Procyon dan lain-lain sahaja yang ada, rupanya ada banyak lagi team-team lain yang ada kat Daerah Milky Way ini. Maklum sajalah, sebelum ini ingatkan ada 6,7 team saja, tetapi rupanya ada banyak rupanya team Counter Strike yang Private ditubuhkan. Maka mereka masuklah pertandingan untuk mewakili Milky Way ke peringkat Negeri pula nanti. Bermaksud, Pertandingan Counter Strike bagi Mewakili Daerah Milky Way ke peringkat Negeri

Jadi, janganlah ingat Pertandingan Counter Strike itu dijalankan di Daerah Milky Way sahaja, tetapi juga di Large Magellanic Cloud dan Small Magellanic Cloud. Semuanya dalam Negeri yang sama. Tetapi anggaplah Daerah Milky Way ini diperintah oleh Encik Samad. Encik Samad ini ketua daerah. Dia ada rakannya juga di Large Magellanic Cloud dan juga Small Magellanic Cloud. semuanya sama jawatan dengannya iaitu Ketua Daerah.

Kemudian, ada daerah-daerah lain sebenarnya. Tetapi disebabkan jarak jauh, Ketua Daerah ini rapat dengan daerah lain sekelilingnya sahaja. Tetapi mereka ini semuanya dalam satu negeri yang sama. Anggap sajalah Local Group ini bermaksud satu Negeri yang ada pelbagai daerah samada luar bandar atau dalam bandar.

Ini pula merupakan Kepelbagaian Negeri dalam sebuah Negara. Local Supercluster ini bermaksud sebuah Negara yang ada pelbagai negeri (Group).

Gambar di atas pula seperti benua kecil. Seperti ASEAN yang terdiri daripada:

Brunei Darussalam Cambodia Indonesia Laos Malaysia
Myanmar Philippines Singapore Thailand VietNam

Oleh itu, mereka ini Nearest Superclusters

Baiklah, ASEAN ini part of the World. Jadi, gambar di atas menunjukkan sebuah dunia sebenarnya tetapi tidak lengkap kerana banyak tempat tidak dapat ditangkap oleh teleskop. Alam ini terlalu besar. Oleh itu ini merupakan peringkat terakhir yang manusia mampu meneroka dan sebenarnya gambar yang diperoleh juga agak tua kerana untuk cahaya travel, ianya memerlukan jangka masa yang panjang. Pendek kata, jika anda melihat sebuah gambar bintang yang diihat melalui teleskop Hubble contohnya, itu merupakan gambar bintang yang beberapa tahun (atau puluh/ratus/ribu/juta/etc) yang lepas.

Gambar diatas merupakan objek yang paling jauh manusia mampu lihat menggunakan teknologi setakat (May 25th, 2011).

Ianya terletak 13.14 billion light-years dari bumi.

Sumber

Oleh itu, kita boleh dapatkan kesimpulan disini bahawa, alam ciptaan Allah S.W.T. ini terlalu besar dan hebat untuk digambarkan. Manusia seharusnya bersyukur bahawa bumi ini boleh diduduki berbanding tempat lain di alam semesta ini. Kita tidak tahu apa disana, tetapi yang pasti, Allah S.W.T. Maha Hebat dalam mewujudkan alam semesta ini.

Sumber gambar:- Examine the Milky Way Galaxy at different scales.