Teguran Membina

Assalammualaikum,

Kali ini saya ingin berbicara pula berkaitan satu perkara yang selalu berlaku di mana jua saya rasa. Iaitu bagaimana menjadikan teguran kita itu bermanfaat dan seterusnya membolehkan kita dapat menyampaikan mesej itu dengan baik.

Sebagai contoh, kerjaya saya sebagai pensyarah sememangnya memerlukan teguran dan menegur sekiranya berlaku sebarang kesilapan samada diri saya atau pelajar.

Bagaimanapun, teguran perlu dibuat dengan berhati-hati dan kita perlu memastikan ianya tidak mendatangkan keburukan dan jika tidak mendatangkan keburukan sekalipun, akan berlaku salah sangka terhadap teguran kita.

Ada yang mampu menerima teguran dengan baik samada secara lembut atau kasar. Jika secara lembut sudah pastilah senang kita menerima sedikit teguran tersebut tetapi jika secara kasar, memerlukan daya ketahanan emosi yang tinggi untuk mengawal perasaan marah tersebut. Sebab perlu diingatkan, tidak semua mampu menegur dengan baik dan tidak semua mampu menerima teguran

Saya sendiri akui kadang-kadang berasa amat marah dengan teguran tetapi itulah sifat manusia. Apa yang saya boleh buat adalah cuba sedaya upaya mengawal perasaan marah tersebut.

Sebagai contoh dalam memandu kereta di jalan raya. Saya sendiri kadang-kadang tidak faham mengapa ada sahaja berlaku kes cucuk mencucuk di belakang kereta dan juga tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Kadang-kadang ada kereta sengaja slow dihadapan kereta atau kereta kita sengaja dislowkan agar yang belakang tidak dapat memotong.

Semuanya itu memerlukan tahap kesabaran tinggi untuk menjadikan anda insan terbaik. InsyaAllah pasti semua dapat menjadi terbaik sedikit demi sedikit sepanjang usia kita di dunia ini untuk ganjaran pahala di akhirat kelak

Kefahaman atas dibuat untuk menunjukkan tidak semua mampu mengawal teguran dengan baik apabila membuat teguran atau menerima teguran.

Pelajar tidak semuanya sama dan setiap teguran juga perlu dibuat secara penuh teliti dan ilmiah.

Teguran tidak sama antara satu pelajar dengan pelajar yang lain. Biasalah, pengaruh dari rakan dan persekitaran memungkinkan mereka bersikap sedemikian. Oleh itu, kita sebagai orang muda dewasa atau dewasa perlu bijak dalam menangani masalah ini dengan pengawalan emosi dan diri yang stabil.

Pelajar juga harus dididik agar sentiasa bersedia menerima teguran. Bagaimana hendak lakukan sebegitu?

Mudah sahaja, mengamalkan prinsip seperti “berkawan”

Bukankah apabila anak kita membesar dewasa kita perlu bertindak seperti kawan mereka?

Bayangkan jika anda masuk ke kelas dan semua pelajar menunggu anda kerana anda sememangnya berjaya menarik minat pelajar. Tetapi harus berhati-hati juga jika terlalu longgar membuatkan pelajar terlalu santai.

Oleh itu, ianya memerlukan kajian rapi dalam mengenal pasti pola kehidupan pelajar-pelajar dalam kelas.

Bermaksud, penegasan yang lembut tetapi dengan prinsip pengajaran secara “berkawan”.

Kita selalu rekabentuk software yang user friendly tetapi masih ada sedikit restriction.

Maka oleh sebab itu, kita juga digalakkan user friendly dengan pelajar dan adakan juga penegasan.

Kombinasi yang mantap diperlukan untuk memastikan tahap penegasan dan penerimaan pengajaran oleh kita kepada pelajar dapat disampaikan dengan baik.

Maka dengan ini tidak akan timbul soal kutuk-mengutuk serta caci-mencari (atau mengata belakang) jika berlaku sesuatu.

Selain itu, banyakkan juga berdoa agar mereka ini juga berjaya dan menjadi insan yang akhlak tinggi dan mulia. Tidak berguna juga pandai tapi akhlak kurang sempurna. Tetapi doakan mereka semua tanpa memilih untuk mendoakan yang pandai sahaja berjaya.

Cuba tanya diri kita, berapa kerat yang mendoakan ahli keluarganya sahaja berbanding jiran tetangga dan anak buah di pejabat?

Itulah pendapat saya pada post kali ini, selamat hari jumaat. Jam 12.16 pagi. Jumaat, April 06, 2012

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: