Assalammualaikum,
Kali ini saya hendak “share” kepada pelajar-pelajar sekalian bagaimana mahu mendapat score yang baik semasa mempelajari matematik di peringkat universiti. Mungkin kepada undergraduate kerana peringkat postgraduate mereka sudah pun mempelajari subjek matematik. Mana mungkin anda terus ke peringkat Master/PhD tanpa melalui undergraduate
Baiklah, saya mengajar hampir 2 tahun setengah juga (baru aje lagi) matematik di peringkat Diploma Level dan juga Bachelor Level (sebenarnya disebut sebagai undergraduate).
Oleh itu, saya tahulah setakat 2 tahun setengah ini apa yang sebenar seorang pelajar itu perlu buat untuk mendapatkan markah yang baik dalam matematik.
Kita sedia maklum bahawa setiap semester terdapat hampir 16 ke 18 jam kredit terpaksa dihabiskan dalam masa 5 ke 6 bulan dan banyak pula tugasan perlu dilakukan.
Tetapi mujurlah matematik dipelajari pada semester mula-mula anda masuk universiti. Mungkin pada tahun 1 atau tahun 2 pengajian dan ada yang pada tahun ketiga (ikutlah apa yang universiti anda susun untuk kursus anda).
Baiklah
Diperingkat undergraduate, terdapat Matematik Kejuruteraan dan Persamaan Pembezaan. Di mana anda boleh anggap sahaja
Matematik Kejuruteraan = Kamiran Tinggi
Persamaan Pembezaan = Pembezaan Tinggi
berbanding apa yang anda belajar di sekolah (SPM atau STPM) atau mungkin matrikulasi? tapi saya kira peringkat matrikulasi mungkin sudah ada subjek ini (Saya tak pasti kerana saya bukan asal dari matrikulasi).
Jadi, pertama sekali, buangkan perasaan takut terhadap “Matematik Tambahan” yang anda pelajari semasa disekolah menengah dahulu.
Jika anda fobia kemungkinan anda mungkin terus “setkan” minda anda bahawa matematik ini susah.
[PERTAMA] Maka timbulkan dalam diri anda rasa ingin belajar dengan semangat yang baru dan yakin anda boleh buat.
Ini yang pertama.
Mengapa?
Kerana apa jua subjek bahkan kehidupan anda, jika anda setkan terus ianya susah maka pasti mendatangkan kesulitan di kemudian hari. Anda harus mencuba ke peringkat yang anda boleh capai. Yakin dengan diri anda dan kapabiliti anda sebagai seorang manusia yang berusaha
[KEDUA] Kemudian, SARANAN SAYA JANGAN SALIN SEMASA PENSYARAH MENGAJAR DIHADAPAN. Ianya memerlukan tag team yang bagus.
Jika anda bijak bermain strategi, susun strategi seperti ini.
1. Antara anda dan rakan anda saya anggap anda paling bijak dalam memahamkan sesuatu subjek atau boleh bahagikan. Maksudnya subjek A, B, dan C anda yang ditugaskan untuk memahamkan pengajaran pensyarah. dan subjek D,E, dan F rakan anda pula yang ditugaskan memahamkan pengajaran.
2. Anda akan menumpu seluruh perhatian untuk setiap slide/pengajaran di papan whiteboard tanpa menyalin sebarang nota. Anda ingin memahamkan diri anda dan anda bertanya jika tidak tahu setiap step. (kecuali ada sempat untuk menyalin serba sedikit, diberi waktu dsb)
3. Pastikan rakan anda itu hanya ditugaskan mencatat dan menyalin sahaja (kecuali jika sempat memahamkan diri)
4. Seterusnya, setelah kelas tamat, yang ditugaskan mendengar akan cuba menerangkan kepada yang menyalin dan seterusnya yang menyalin memberikan nota yang disalin kepada anda. Setkan selama 30 – 60 minit untuk setiap subjek dalam seminggu.
5. Ini bermaksud, jika ada 6 subjek, maka anda perlu study 6 jam sahaja seminggu dan selebihnya anda boleh study sendiri atau pergi lepak bersama rakan dsb (aktiviti yang berfaedah)
[KETIGA] Sentiasa berdoa sebelum dan selepas solat agar anda dapat memahami isi pengajaran pensyarah dengan mudah. Jangan lupa doakan juga agar semua rakan-rakan anda juga dapat sama-sama skor yang terbaik. Tolong jangan sekadar mendoakan diri anda sendiri.
Ini penting untuk memastikan keberkatan ilmu itu dan ilmu itu diturunkan oleh Allah melalui pensyarah anda. Ilmu Allah perlu dijaga dan dipelajari sebaik mungkin serta dijaga ilmu tersebut dan tidak boleh disalah gunakan. Sebarkan ilmu Allah dan ganjaran pahala yang besar insyaAllah akan diperoleh
[KEEMPAT] Sentiasa memperuntukan masa untuk membuat latihan matematik. AWAS, MATEMATIK MEMERLUKAN ANDA MEMBUAT LATIHAN DAN ELAKKAN “MEMBACA MATEMATIK”
Ini penting kerana tabiat membaca matematik perlu dihapuskan. Ianya perlu difahamkan dengan sebaik mungkin dan percayalah jika anda faham, anda tidak perlu membuang masa membuat pelbagai latihan matematik dan menumpu kepada matapelajaran yang lain.
Ada juga pensyarah yang tidak langsung memberi tutorial kepada pelajar-pelajarnya kerana tutorial ini seperti latihan sekolah. Anda bebas sebagai mahasiswa dan berhak menentukan diri anda sendiri mahu membuat latihan atau tidak.
Anda perlu belajar berdikari dan mencari sendiri latihan-latihan yang boleh dibuat dan bertanyakan jika tidak faham.
Ianya bukan seperti sekolah yang anda perlu semak jika dah buat latihan yang diberi.
Universiti tempat anda belajar mencari latihan, bertanyakan jika tidak tahu sesetengah soalan dan bukannya mendidik anda menjadi robot yang apabila diberi latihan, anda perlu buat dan hantar kecuali berbentuk assignment.
Saya kurang bersetuju dengan pendapat bahawa sesi tutorial itu perlu kerana sesi tutorial ini hanyalah sesi latihan yang ianya terpulang kepada pelajar untuk membuat latihan atau tidak di rumah/asrama.
Maka selalunya saya membuat kelas semasa sesi tutorial dan jika ada tutorial sekalipun, saya bagi berserta jawapannya untuk memudahkan mereka membuatnya
.
Akhir kata, selamat belajar kepada bakal-bakal pelajar Matematik Kejuruteraan saya pada sem hadapan iaitu Semester 1 2012/2013.
Semoga anda semua berjaya dalam subjek ini dan saya mendoakan anda semua berjaya dalam setiap bidang yang diceburi (yang baik).
en hamzah saya minta emel en pelajar DE
saya tak faham maksud kamu