[Teknikal] Part One : Pengenalan dalam menjana objek 3D berdasarkan fail wavefront (.obj) menggunakan OpenGL

Assalammualaikum,

Entri ini sebenarnya ditulis dalam keadaan masih di peringkat 70% siap di mana kita menjaga objek 3D berdasarkan fail wavefront (.obj) menggunakan OpenGL. Oh ya, baru setakat 3 jam programming sahaja.

Setelah berhempas pulas selama baru 1 hari. Berikut merupakan step by step prosedur yang diperlukan untuk menjana objek 3D menggunakan fail wavefront (.obj).

Pertama : Download Blender 3D Open Source Application
Perisian ini diperlukan untuk anda mereka bentuk objek 3D dan seterusnya convert objek tersebut kepada fail wavefront (.obj).
Jika anda malas anda boleh terus sahaja download Stanford Bunny versi .obj .
Terdapat pelbagai lagi jenis 3D objek yang boleh diperoleh.

Kedua : Pastikan anda ada Visual C++ tidak kisah versi apa tetapi saya sarankan Versi Microsoft Visual Studio 2010 Ultimate edition. Kita menggunakan persekitaran C++

Ketiga :  Kemahiran OpenGL dan C++
Ini diperlukan untuk anda bermain dengan 3D objek dan Computer Graphics programming
Pastikan kemahiran adalah ditahap at least moderate. Kalau setakat Object Oriented itu seperti anda tahu cara gunanya. Jika tidak bukak balik buku. Atau search tutorial kat internet

Keempat : OpenGL library (.dll, .lib, header files) and GLM library
Ini anda perlukan. Dapatkan GLM library di sini 

Maka, setelah itu, anda perlu setup Visual C++ anda, Blender 3D anda, semua fail library dan header di tempatnya

Part Kedua kita akan berjumpa lagi di mana tibalah masanya saya terangkan dengan teliti apa yang diperlukan untuk menjana objek 3D menggunakan fail .obj. Sebenarnya kita boleh guna 3DS, boleh guna .PLY. tetapi untuk saya, saya lebih kepada testing collision detection (continuous collision detection) between rigid bodies. So, implementation for texturing is not applicable.

Tetapi saya akan cuba cater tengok berkaitan texture untuk dimasukkan dalam .obj. (perlukan fail image itu dalam TGA)

Links

en.wikibooks.org/wiki/Blender_3D:_Noob_to_Pro/UV_Map_Basics

video-tutorial

 

Membaca Jenis Tayar Anda

Assalammualaikum,

Disebabkan minggu ini minggu tayar bagi saya, maka saya ingin menulis berkaitan tayar.

Sedikit sebanyak menambah ilmu saya berkaitan tayar kereta

1. Rotation hendaklah dilakukan selang 5000 km atau 10000 km bergantung tempat anda tinggal samada heavy bum road atau low bum road.

2. Cara membaca tayar anda.

Saya sertakan sekali gambar tayar saya

dan

apakah yang dimaksudkan dengan

a) 5211 – difahamkan ianya dibuat pada minggu ke 52 pada tahun 2011

b) JBMR – belum diketahui

c) T8RB – belum diketahui

d) DOT – bermaksud macam dapat cap SIRIM la tayar ni

Gambar seterusnya

dan

Apakah yang dimaksudkan olehnya?

a) 195/ 60R15

  • 195 bermaksud ukur lilit tayar tersebut
  • 60 bermaksud 60% – sesuatu berkaitan kelebaran tayar tersebut dari segi percentage.
  • R bermaksud Radial
  • 15 bermaksud 15 inches

b) 88V –

  • 88 bermaksud Load Indexnya bersamaan dengan 560 KG
  • V bermaksud kelajuannya paling maksimum adalah 210 KPH sahaja dan sekiranya lebih akan menyebabkan kerosakan tayar

Carta

 

Sumber-Sumber

Terima Kasih!!

 

Alignment dan Balancing

Assalammualaikum,

Baru-baru ini kereta Persona Elegance saya yang berkilometer 51,500 KM telah pun mengalami kerosakan atau gegaran di stereng kereta saya.

Maka tanpa membuang masa, seminggu lepas itu baru telefon Proton dan mereka minta untuk datang ke tempat mereka jumaat 2 March 2012(semalam).

Saya datang pada waktu pagi dan mendapati rupanya Proton tidak pernah membuat alignment untuk kereta dan saya kena pergi ke kedai biasa kerana ianya juga tidak cover dalam warranty.

Maka saya memang telah agak yang alignment dan balancing tidak pernah dibuat Proton kerana sepanjang masa tiada langsung dalam bil saya tertulis alignment dan balancing. Walaupun setiap kali servis biasa di Proton adalah menghampiri RM200 untuk servis biasa dan RM500+- untuk servis major.

Maka setelah tiba ke sebuah kedai ini yang bernama SOON HWAT TYRES & BATTERIES SDN. BHD (102477-M)
yang terletak di kawasan perindustrian Air Keroh. Berdekatan sahaja dengan Pejabat Pos Air Keroh.Alamatnya adalah No. 119, Jalan Usaha 10, Kawasan Perindustrian Ayer Keroh, 75450 Melaka.

GPS : 2.258779,102.292274

Jika menggunakan Google Map, areanya disini

atau HTMLnya

Saya datang awal dan kemudian pulang ke pejabat semula dan datang semula lebih kurang 1 jam kemudian.

Apabila sampai saya pun bagi tokey tersebut periksa dengan mekanik-mekaniknya dan mendapati daripada keempat-empat tayar saya
1 tayar sudah terkeluar benang sepanjang 30 cm (lebih kot)
2 tayar botak ditepi(bahagian dalam)
1 tayar lagi agak daif juga tetapi boleh guna.

Sebabnya ianya botak tepi adalah disebabkan tidak alignment atau balancing setiap at least 5km (jalan tidak berapa elok) atau 10km (jalan elok atau highway selalu). Sebab mekanik akan tukarkan tayar belakang dengan yang depan setaip 5km atau 10km tersebut.

Maka satu tayar Goodyear 15 inci berharga RM220 setiap satu perlu dibeli. dan dibuat juga balancing dan alignment

Maka terteralah resit berharga RM956 setelah dicampur-campurkan semuanya.

Dan alhamdulillah tayar dan pergerakan steering kembali baik dan bagus.hehe

Maka nasihat saya adalah

Sentiasa lakukan alignment dan balancing jika anda kerap menduduki kawasan yang jalannya tidak rata terutamanya Jalan kawasan Durian Tunggal yang sememangnya tidak rata dan bertampal2 secara tidak rata.

Tahukah anda juga bahawa tayar anda akan pecah sekiranya terkeluar benang seperti kereta saya itu.

Gambar

Sport rim pula saya tiada, sekadar rim biasa. Mungkin di masa hadapan saya akan tukar sport rim tersebut.

teringat saya kereta lama saya Proton Saga yang ada sport rim, enjin overhaul dengan mantap, tayar hebat, tinted hebat, power streering mitsubishi punya, dijual dengan harga RM3000.00 sahaja kot melalui abang saya. Tetapi tidak mengapa, itu kereta keluarga.