Alignment dan Balancing

Assalammualaikum,

Baru-baru ini kereta Persona Elegance saya yang berkilometer 51,500 KM telah pun mengalami kerosakan atau gegaran di stereng kereta saya.

Maka tanpa membuang masa, seminggu lepas itu baru telefon Proton dan mereka minta untuk datang ke tempat mereka jumaat 2 March 2012(semalam).

Saya datang pada waktu pagi dan mendapati rupanya Proton tidak pernah membuat alignment untuk kereta dan saya kena pergi ke kedai biasa kerana ianya juga tidak cover dalam warranty.

Maka saya memang telah agak yang alignment dan balancing tidak pernah dibuat Proton kerana sepanjang masa tiada langsung dalam bil saya tertulis alignment dan balancing. Walaupun setiap kali servis biasa di Proton adalah menghampiri RM200 untuk servis biasa dan RM500+- untuk servis major.

Maka setelah tiba ke sebuah kedai ini yang bernama SOON HWAT TYRES & BATTERIES SDN. BHD (102477-M)
yang terletak di kawasan perindustrian Air Keroh. Berdekatan sahaja dengan Pejabat Pos Air Keroh.Alamatnya adalah No. 119, Jalan Usaha 10, Kawasan Perindustrian Ayer Keroh, 75450 Melaka.

GPS : 2.258779,102.292274

Jika menggunakan Google Map, areanya disini

atau HTMLnya

Saya datang awal dan kemudian pulang ke pejabat semula dan datang semula lebih kurang 1 jam kemudian.

Apabila sampai saya pun bagi tokey tersebut periksa dengan mekanik-mekaniknya dan mendapati daripada keempat-empat tayar saya
1 tayar sudah terkeluar benang sepanjang 30 cm (lebih kot)
2 tayar botak ditepi(bahagian dalam)
1 tayar lagi agak daif juga tetapi boleh guna.

Sebabnya ianya botak tepi adalah disebabkan tidak alignment atau balancing setiap at least 5km (jalan tidak berapa elok) atau 10km (jalan elok atau highway selalu). Sebab mekanik akan tukarkan tayar belakang dengan yang depan setaip 5km atau 10km tersebut.

Maka satu tayar Goodyear 15 inci berharga RM220 setiap satu perlu dibeli. dan dibuat juga balancing dan alignment

Maka terteralah resit berharga RM956 setelah dicampur-campurkan semuanya.

Dan alhamdulillah tayar dan pergerakan steering kembali baik dan bagus.hehe

Maka nasihat saya adalah

Sentiasa lakukan alignment dan balancing jika anda kerap menduduki kawasan yang jalannya tidak rata terutamanya Jalan kawasan Durian Tunggal yang sememangnya tidak rata dan bertampal2 secara tidak rata.

Tahukah anda juga bahawa tayar anda akan pecah sekiranya terkeluar benang seperti kereta saya itu.

Gambar

Sport rim pula saya tiada, sekadar rim biasa. Mungkin di masa hadapan saya akan tukar sport rim tersebut.

teringat saya kereta lama saya Proton Saga yang ada sport rim, enjin overhaul dengan mantap, tayar hebat, tinted hebat, power streering mitsubishi punya, dijual dengan harga RM3000.00 sahaja kot melalui abang saya. Tetapi tidak mengapa, itu kereta keluarga.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: