Windows 8 : Develop Apps

Assalammualaikum,

Dengan kepelbagaian jenis OS untuk peranti seperti iPhone, iPad, Tablet2 seperti Samsung, LG, Acer, dll serta pelbagai jenis telefon pintar Android dan Symbian (Belle dari Nokia). Sudah pasti para developer sangat gembira kerana dapat menjana pendapatan dengan pelbagai OS di luar sana.

Selain itu, peluang ini merupakan peluang yang sangat ditunggu-tunggu oleh para developer walaupun pengguna mungkin ada yang tidak mahu menggunakan sebarang telefon lain kecuali telefon yang dimiliki. Jika pemilik iPhone sudah pasti akan berkata sesuatu kepada pemilik telefon Android dan telefon Android pula berkata sesuatu kepada Symbian dan sebaliknya.

Tetapi di pihak developer, tidak kisah kerana mereka memang target untuk semua platform dan yang penting semua user dapat merasai permainan yang mereka buat atau application yang dibuat.

Buat masa ini, ada empat OS utama yang saya rasa paling utama

iaitu Windows 8 http://msdn.microsoft.com/en-us/windows/apps/br229516

iPhone IOS (perlu ada macbook) https://developer.apple.com/devcenter/ios/index.action

Android OS http://developer.android.com/sdk/index.html

Symbian OS http://www.developer.nokia.com/Devices/Symbian/

Jika dilihat kembali, apa yang penting adalah menjadi programmer dan anda juga boleh mendidik anak anda yang berusia belasan tahun untuk develop aps untuk setiap OS ini. Terpulang kepada andalah jika dia berminat atau tidak. Tetapi at least anda boleh mencuba dan jika dia berminat, mana tahu dia boleh generate more income and more profit than your salary.

Tetapi itu dari segi pandangan business kerana of course business adalah disebabkan ianya sunnah Rasullulah dan kita disarankan berniaga kerana punca pendapatan itu 9 per 10 daripadanya adalah perniagaan.

Selain sebab income, ianya juga merupakan satu titik permulaan untuk anak-anak kita atau generasi muda berkembang dalam bidang IT dan juga computer science serta computer graphics.

Maka, pilihlah satu dan jadilah part time programmer pun jadilah. Yang penting -> minat!!

 

Aktiviti Bulan March 2012

Assalammualaikum,

Kali ini saya nak berbicara mengenai aktiviti di bulan march pula

Pada Bulan March ini, hampir setiap hari saya akan berada di fakulti (kecuali sabtu ahad la) berbanding bulan januari dan bulan februari ini.

Jadi, sudah pastilah kelas pun akan sentiasa ada dan kebetulan pula ada terlibat menjaga peperiksaan akhir pada 19 march 2012 dan juga 22 march 2012.

Pada 17,18 March pula dijangka untuk menghadiri suatu mesyuarat berkaitan ICOS 2012. Tetapi tidak pasti samada 17/18 March atau 24/25 March 2012.

Pada 23 March dijangka ke Tanjung malim.

berbalik pada 10 March 2012, dijangkakan akan ada Karnival Sukan SAJ 2012. InsyaAllah pagi itu akan berentap untuk 1500 meter tetapi tidak pasti kerana 11 March 2012 ada kenduri. So, mungkin akan dapat hadir atau tidak. Tengoklah macam mana. 10 march tu adalah hari sabtu.

Kelas last untuk DACS 2222 (TAHUN DUA SAHAJA) adalah pada minggu pertama bulan March 2012. Selepas itu mereka study week dan menghadapi final pada 19 march 2012.

Tetapi kelas DACS 2222 untuk TAHUN TIGA SAHAJA diteruskan setiap selasa pagi dan khamis petang.  Walaupun hanya 11 orang tetapi semangat belajar mereka kental dan yang penting hadir. Saya kagum dengan semangat mereka. Sebenarnya walaupun ada dikalangan pelajar ini cuba berusaha seperti yang kita harapkan, yang penting jika mereka hormati kita, cukuplah, insyaAllah ilmu itu akan sampai kepada mereka suatu hari nanti.

Sebab itu saya nasihatkan mereka, yang penting datang kelas dan hormati guru/pensyarah.

Tetapi, seingat saya, pada 11 March 2012, ada sepupu saya akan kahwin. jadi saya tidak pasti pula bagaimana untuk cater perkara ini. jadi, mungkin juga saya tidak dapat hadir ke SAJ atau mungkin dapat hadir. tengoklah macam mana pula. Dan disebelah rumah mertua ada majlis (kemungkinan besar) Majlis doa selamat untuk isteri saya dan kakaknya agar selamat bersalin kelak.

Jadi, 10 march 2012, mungkin tidak boleh kot memasuki SAJ 2012.

Bulan April dan May 2012 pula merupakan bulan yang sibuk bagi kehidupan peribadi saya dan saya berdoa semuanya berjalan lancar.

Doakan

Amin.

Oh ya, selain itu, terdapat beberapa paper perlu disubmit.

Boleh lihat di www.gravslab.com untuk keterangan lanjut.

Pemimpin Agung : Nabi Muhammad S.A.W.

Assalammualaikum,

Saya duduk sejenak dan berfikir mengenai keperibadian Rasulullah S.A.W. yang tersangat unggul dan amat dikagumi.

Saya cuba mendalami betapa sukarnya Rasulullah S.A.W. mengharungi pelbagai rintangan untuk menyebarkan agama Islam.

Bayangkan, dari seorang diri, bagaimana mahu memberitahu orang yang lain untuk meninggalkan penyembahan berhala kepada agama Islam agama yang benar?

Sungguh takjub dengan perjalanan hidup manusia agung ini yang sememangnya kita sebagai umatnya patut kagum dengan keperibadian Rasulullah S.A.W. dalam menyebarkan syiar Islam.

Saya bukanlah seorang ustaz untuk menerangkan perkara ini. Saya sekadar memberitahu apa yang saya tahu sahaja dan segala permasalahan dan penerangan lengkap boleh rujuk dengan ustaz-ustaz sekeliling taman anda duduk atau terus berjumpa dengan ustaz-ustaz di facebook yang banyak sudah ada facebook.

Mereka lebih layak tetapi saya sekadar menerangkan dari segi pemikiran akademik saya. InsyaAllah

Lihat

Cuba kita lihat bagaimana cara Rasulullah berdakwah.

Ianya bermula dengan akhlak.

Bayangkan setiap inci akhlaknya sangat sempurna dan cuba anda tanya diri sendiri pula

Peratusan pendakwahan kita bergantung kepada tahap akhlak kita

Jika kita menjaga akhlak kita, pasti orang akan suka dengan dakwah kita

Kita ambil contoh

Anda berada di sebuah kampung yang semuanya makan nasi yang banyak karbohidrat.

Bagaimana untuk anda mengubah corak pemakanan mereka kepada makan sup sebagai makanan ruji?

Pastilah sangat susah.

Tetapi jika anda benar-benar yakin dan ikhlas dan sanggup berkorban. pastinya peratusan berjaya itu sangat tinggi.

Tetapi anda perlu mulakan dengan akhlak yang baik.

Mulakan dengan berkawan dengan semua ahli-ahli kampung. Datang ke surau, datang ke majlis2 ilmu dan menjadi penceramah pula.

Kemudian, anda buat majlis di rumah anda pula dan anda buat makanan sup. Pulak tu sup anda pula sedap.

Maka anda buat setiap bulan majlis makan sup di rumah anda.

Disitu, makin ramai peratusannya yang akan order sup bila keluar dari kampung itu kerana terlalu biasa makan sup pula.

Tamat contoh

Itulah salah satu cara yang baik untuk dikongsi bersama. Ada pelbagai kaedah dan pelbagai cara tetapi apa yang penting kita perlu lakukan dengan menarik minat.

Ada yang tertarik dengan akhlaknya

Ada yang tertarik dengan gaya dan ucapannya

dan pelbagai lagi.

Kita cuba lihat hari ini, sebahagiannya tidak berani menegur antara satu sama lain. Bahkan dibiarkan sahaja seseorang itu dalam dosa. Seperti dalam entry post saya sebelum ini. bahawa kita perlu mengasihi saudara seislam yang lain seperti kita mengasihi diri kita.

Bayangkan ada satu komuniti sebanyak 100 orang.

kemudian ada seorang individu X yang melakukan silap.

Individu A ternampak dan menegur X, tetapi X buat tak endah. Maka Individu A cuba mencari jalan lain tetapi pada masa yang sama secara lembut cuba menegur X

Maka kemudian Individu B pula nampak, maka sekarang sudah ada dua orang menegur X secara baik. Kemudian jika baki 97 orang lagi membuat perkara yang sama, 99% kemungkinan X akan berubah adalah sangat tinggi.

Tetapi apa berlaku jika individu A tidak tegur dan terus menyebarkan perkara tak baik kepada semua orang. Dari 98 orang yang tidak tahu, terus semuanya tahu dan tidak tegur pula. Maka terbiarlah individu X dalam kesesatan yang nyata.

Perkara di atas adalah sekadar salah satu situasi contoh yang mungkin berlaku di masyarakat kita.

Kesimpulan

Nabi Muhammad S.A.W merupakan pemimpin agung yang patut kita contohi selama-lamanya. Baginda adalah contoh tauladan untuk kita agar menjadi insan yang baik disisiNya.

Contohilah akhlak Rasulullah S.A.W. dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Saya juga berdoa agar saya dan diri pembaca juga sentiasa memperbaiki diri kerana saya akui kita semua ini lemah sahaja. Tidak terdaya menapis pengaruh luar seperti nafsu dan syaitan.

Maka marilah kita bermuhasabah diri dan ke arah kebaikan. Yang buruk kita lupakan dan insaf dan yang baik kita perbaiki dan bandingkan dengan diri kita yang lebih baik daripada kita.