Assalammualaikum,
Saya duduk sejenak dan berfikir mengenai keperibadian Rasulullah S.A.W. yang tersangat unggul dan amat dikagumi.
Saya cuba mendalami betapa sukarnya Rasulullah S.A.W. mengharungi pelbagai rintangan untuk menyebarkan agama Islam.
Bayangkan, dari seorang diri, bagaimana mahu memberitahu orang yang lain untuk meninggalkan penyembahan berhala kepada agama Islam agama yang benar?
Sungguh takjub dengan perjalanan hidup manusia agung ini yang sememangnya kita sebagai umatnya patut kagum dengan keperibadian Rasulullah S.A.W. dalam menyebarkan syiar Islam.
Saya bukanlah seorang ustaz untuk menerangkan perkara ini. Saya sekadar memberitahu apa yang saya tahu sahaja dan segala permasalahan dan penerangan lengkap boleh rujuk dengan ustaz-ustaz sekeliling taman anda duduk atau terus berjumpa dengan ustaz-ustaz di facebook yang banyak sudah ada facebook.
Mereka lebih layak tetapi saya sekadar menerangkan dari segi pemikiran akademik saya. InsyaAllah
Lihat
Cuba kita lihat bagaimana cara Rasulullah berdakwah.
Ianya bermula dengan akhlak.
Bayangkan setiap inci akhlaknya sangat sempurna dan cuba anda tanya diri sendiri pula
Peratusan pendakwahan kita bergantung kepada tahap akhlak kita
Jika kita menjaga akhlak kita, pasti orang akan suka dengan dakwah kita
Kita ambil contoh
Anda berada di sebuah kampung yang semuanya makan nasi yang banyak karbohidrat.
Bagaimana untuk anda mengubah corak pemakanan mereka kepada makan sup sebagai makanan ruji?
Pastilah sangat susah.
Tetapi jika anda benar-benar yakin dan ikhlas dan sanggup berkorban. pastinya peratusan berjaya itu sangat tinggi.
Tetapi anda perlu mulakan dengan akhlak yang baik.
Mulakan dengan berkawan dengan semua ahli-ahli kampung. Datang ke surau, datang ke majlis2 ilmu dan menjadi penceramah pula.
Kemudian, anda buat majlis di rumah anda pula dan anda buat makanan sup. Pulak tu sup anda pula sedap.
Maka anda buat setiap bulan majlis makan sup di rumah anda.
Disitu, makin ramai peratusannya yang akan order sup bila keluar dari kampung itu kerana terlalu biasa makan sup pula.
Tamat contoh
Itulah salah satu cara yang baik untuk dikongsi bersama. Ada pelbagai kaedah dan pelbagai cara tetapi apa yang penting kita perlu lakukan dengan menarik minat.
Ada yang tertarik dengan akhlaknya
Ada yang tertarik dengan gaya dan ucapannya
dan pelbagai lagi.
Kita cuba lihat hari ini, sebahagiannya tidak berani menegur antara satu sama lain. Bahkan dibiarkan sahaja seseorang itu dalam dosa. Seperti dalam entry post saya sebelum ini. bahawa kita perlu mengasihi saudara seislam yang lain seperti kita mengasihi diri kita.
Bayangkan ada satu komuniti sebanyak 100 orang.
kemudian ada seorang individu X yang melakukan silap.
Individu A ternampak dan menegur X, tetapi X buat tak endah. Maka Individu A cuba mencari jalan lain tetapi pada masa yang sama secara lembut cuba menegur X
Maka kemudian Individu B pula nampak, maka sekarang sudah ada dua orang menegur X secara baik. Kemudian jika baki 97 orang lagi membuat perkara yang sama, 99% kemungkinan X akan berubah adalah sangat tinggi.
Tetapi apa berlaku jika individu A tidak tegur dan terus menyebarkan perkara tak baik kepada semua orang. Dari 98 orang yang tidak tahu, terus semuanya tahu dan tidak tegur pula. Maka terbiarlah individu X dalam kesesatan yang nyata.
Perkara di atas adalah sekadar salah satu situasi contoh yang mungkin berlaku di masyarakat kita.
Kesimpulan
Nabi Muhammad S.A.W merupakan pemimpin agung yang patut kita contohi selama-lamanya. Baginda adalah contoh tauladan untuk kita agar menjadi insan yang baik disisiNya.
Contohilah akhlak Rasulullah S.A.W. dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Saya juga berdoa agar saya dan diri pembaca juga sentiasa memperbaiki diri kerana saya akui kita semua ini lemah sahaja. Tidak terdaya menapis pengaruh luar seperti nafsu dan syaitan.
Maka marilah kita bermuhasabah diri dan ke arah kebaikan. Yang buruk kita lupakan dan insaf dan yang baik kita perbaiki dan bandingkan dengan diri kita yang lebih baik daripada kita.