Nasihat atau Biarkan sahaja?

Assalammualaikum,

Saya baru-baru ini menulis satu artikel yang tujuannya menguji minda dan daya teguran individu-individu di luar sana kepada tulisan tersebut.

Ianya saya tulis dengan cuba pergi ke arah “sebelah kiri” di mana ianya menyuarakan pendapat yang terlalu duniawi dan ianya bermotifkan eksperimen semata-mata.

Ternyata setelah sekian lama, at least saya tahu berapa orang yang datang ke blog saya sebenarnya dan berapa orang yang mampu menegur sebenarnya. Inilah sebenarnya sahabat.

Cuba tanya diri kita

Mengapa kita lihat sering kali seseorang itu mengutuk sekeras-kerasnya seseorang yang lain tanpa langsung menegur secara langsung individu tersebut terlebih dahulu?

Adakah disebabkan masa silam yang dahulu kita pernah menasihati orang tetapi tiada orang mahu ikut maka kita pun malas lagi untuk menasihati orang?

Ataupun kita bersikap terlalu baik dan kita sudah tanam dalam diri sifat riak kerana kita terlau baik maka dipandang hina semua yang tidak baik.

sabda Nabi SAW “ Tidak sempurna iman seseorang kamu itu, sehinggalah ia mengasihi saudaranya sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri.”

( Al-Bukhari dan Muslim)

Sebelum apa2 kita kena tahu dulu adakah

“Orang Jahat Itu Sangat Jahat”

atau

“Adakah Orang Baik Itu Sebenarnya Jahat”.

Tanya diri sendiri adakah anda rasa diri anda sudah cukup baik, Semakin tinggi perasaan itu, semakin mudah anda menempah tiket ke neraka!!!

Tapi sikap kita lebih suka menghukum orang salah, tanpa menyelidiki apakah punca dia berbuat salah 🙂

Saya kagum dengan sebahagian sahabat saya yang benar-benar boleh dianggap rakan kerana sifatnya ingin sama-sama membuat kebaikan dan mengajak sahabatnya yang lain juga ke arah kebaikan

kadang-kadang, cuba anda fikir. Anda tengok jiran anda selalu membuang sampah merata-rata ketika keluar berjalan-jalan di bandar. Tetapi anda tidak pernah tegur!!!

Anda terus sahaja mengata kepada orang lain yang jiran itu dan ini dan akibatnya timbullah pelbagai perkara buruk.

Kenapa anda tidak pergi menegur secara baik. Ajaknya berborak dan tegur secara ilmiah. Jangan terus menegur membabi buta, tetapi cuba pendekatan sedikit demi sedikit.

BERAPA BANYAK YANG BERDOA KEPADA JIRANNYA ATAU SAHABATNYA YANG DALAM KESESATAN?

Cuba bertanya diri anda?

Saya juga melakukan dosa rakan-rakan sekalian. Tetapi saya ada isteri, ada keluarga, ada rakan-rakan yang menegur jika saya buat silap dan alhamdulillah saya sedikit demi sedikit sentiasa ke arah kebaikan.

Cuba anda tidak menegur seseorang itu dan memperluaskan lagi kutukan kepada orang lain. Akibatnya tiada siapa yang menegur dan jadilah mereka orang yang tidak diingini.

Ubahlah cara pandangan dan pemikiran.

Ubahlah diri anda kepada sentiasa menerima teguran untuk kebaikan.

Jum masuk syurga ramai-ramai. Dan jangan biar ahli keluarga kita serta sahabat-sahabat kita dalam kesesatan.

 

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: