Sentiasa Berfikir dan Berkongsi Pendapat

Assalammualaikum,

Saya sangat teruja apabila terdapat banyak perkongsian ilmu berlaku disekeliling saya dimana pelbagai pendapat dan pandangan dari segi fakta dan juga logikal diutarakan oleh rakan-rakan saya dalam sesuatu hujah mereka. Dan kebanyakkan disampaikan secara ilmiah dan tanpa dipengaruhi emosi langsung dalam mengutarakan pendapat dan pandangan masing.

isu-isu yang saya hendak sentuh kali ini adalah dari segi logikalnya (berdasarkan setakat ilmu yang saya ada) dan islamik (setakat ilmu yang saya ada insyaAllah) berkaitan hal-hal semasa.

Baru-baru ini ada satu artikel saya dapat yang pandangannya menyebut mengenai peranan ibu bapa dalam membesarkan dan mendidik anak-anak hingga besar dan boleh berdikari atau bekerja.

Dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, memang diakui sebenarnya keikhlasan itu penting dan ianya amat dititik beratkan oleh Islam. Kita tidak boleh beranggapan lahir sahaja anak di dunia ini, maka kita berharap agar mereka kelak akan membantu kita. Ini sebenarnya satu anggapan yang salah kerana ini menyebabkan kita mendidik anak tersebut tanpa keikhlasan sebenar. keikhlasan anak untuk memberikan wang sara hidup atau membela ibu dan bapanya apabila telah dewasa dan bekerja  akan muncul sekiranya anak tersebut dididik secara baik dan ikhlas dalam membantu ibubapanya. Oleh sebab itu, Allah akan sentiasa mendoakan rezeki itu sentiasa ada asalkan kita berpaut kepada prinsip keislaman yang menuntut keikhlasan dalam membesar dan mendidik anak2.

Sumber/Pandangan Tambahan :- http://zulyusoff.blogspot.com/2006/10/hak-ibu-atas-gaji-anak-lelakinya.html

Download Artikel :- IKHLASKAH KITA MENDIDIK ANAK

Sebenarnya diakui, bagi sesetengah keluarga yang berpendapatan rendah, kemungkinan mereka sebenarnya memang ingin membesarkan anak-anak mereka dengan ikhlas. Mungkin disebabkan faktor ekonomi terbabit, mereka ter”keluar” perkataan “Belajar rajin-rajin, nanti dah besar boleh jadi orang senang dan boleh tolong emak dan ayah”. Mungkin secara tidak sengaja, atau kekurangan ilmu, ibubapa tersebut melafazkan perkataan tersebut. Tetapi mereka ikhlas sebenarnya mungkin dalam membesarkan anak2.

Selain daripada itu, terdapat keluarga yang Alhamdulillah dikurniakan anak yang banyak sehingga tidak termampu untuk menyaranya. Oleh itu, ada anak terpaksa diserahkan sebagai anak angkat kepada keluarga yang lain (memang benar dan ada berlaku). Menurut pendapat Jabatan Mufti Negeri Melaka

Harus menghentikan buat sementara waktu proses melahirkan anak dengan cara menjarakkan tempoh kehamilan atau menggantungkannya untuk masa tertentu apabila terdapat keperluan darurat menurut pandangan syarak yang meliputi faktor ekonomi dan sosial, berdasarkan persetujuan daripada suami isteri, dengan syarat tidak menimbulkan kemudaratan kepada mereka yang terlibat. Teknik yang digunakan pula hendaklah tidak melibatkan pencerobohan ke atas kandungan yang sedia ada. 

Sumber:- http://www.muslimdiary.com/forum/viewthread.php?thread_id=405

Sebenarnya, boleh merancang mengikut kemampuan ekonomi kita asalkan kita tidak melakukan sesuatu yang melawan perintah Allah S.W.T. Rezeki itu kurniaan Allah dan wajib bagi kita sentiasa bersyukur terhadap rezeki yang melimpah ruah. Tetapi sekiranya tidak ada kemampuan, maka dibolehkan untuk merancang seperti mendapatkan anak setiap selang 2,3 tahun dan sebagainya. Mengikut keupayaan kita dan tidak mendatangkan darurat kepada ibu tersebut. Kelahiran anak sebenarnya dianggap satu ujian dan membesarkan dan mendidik mereka juga merupakan satu tugas kepada ibubapa terbabit dalam mengembangkan umat Muhammad S.A.W.

Ianya sama juga seperti kita mendapat tugas yang diamanahkan. Suka atau tidak selagi tidak bertentang dengan hukum syarak, maka kita wajib menjalankan tugas tersebut dengan penuh keikhlasan dan sedaya upaya meningkatkan prestasi.

Keikhlasan dalam menuntut ilmu juga penting. Ianya samada melahirkan seorang yang berlagak pandai tetapi kurang pintar atau berlagak seperti kurang pandai tetapi pintar. Riak sebenarnya menentukan seseorang itu samada benar2 pintar atau tidak. Semakin tinggi riaknya dengan kelulusan yang ada, semakin itulah individu terbabit bertambah kurangnya kepintarannya. Jauhilah riak dan perkara ini sememangnya langsung tidak disukai Allah S.W.T.

Oleh itu, saya sering menasihati pelajar-pelajar saya agar jangan risau dan ambil peduli mengenai keputusan peperiksaan-peperiksaan yang lepas2. Yang lepas adalah lepas kerana setiap hari adalah hari baru dan semua adalah samarata. Anda bangun sahaja pagi, semua orang adalah samarata sahaja, selepas itu bertindaklah dengan azam baru dan pertingkatkanlah kemahiran yang ada dan skill yang ada untuk berjaya. Walaupun anda bukan 3.7 keatas, tetapi disebabkan hari ini adalah hari yang baru, maka anda sama sahaja seperti yang mereka.Lipat gandakan usaha dan teruskan mencapai keputusan yang lebih cemerlang.Keputusan di masa silam tidak menjamin masa depan yang gemilang. Yang menjanjikan masa depan yang gemilang adalah keupayaan untuk berfikir secara rasional dan sentiasa bersemangat dalam apa jua keadaan.Percaya dengan diri sendiri dan terus maju  kehadapan tanpa menghiraukan perkara remeh yang lain.

Waallahualam. Sekadar pandangan dan pendapat dari saya.

Sabtu – 6.05 pagi – 10 September 2011 – Syawal 12, 1432 Hijrah.

 

Somalia

Assalammualaikum,

Misi Bantuan Kemanusiaan di Somalia menyaksikan seorang rakyat Malaysia terkorban akibat serangan peluru sesat semasa hampir tiba di perkarangan hotel tempat peserta-peserta misi menginap.Pelbagai berita di dalam dan di luar negara mengeluarkan berita mengenai Allahyarham menunjukkan bahawa misi ini sememangnya sangat penting dalam membantu warga Somalia yang di dalam kebuluran untuk terus hidup.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menderma di untuk tabung Misi Kemanusiaan di Somalia ini samada secara langsung atau melalui pertubuhan-pertubuhan yang dilantik secara rasmi untuk menghulurkan bantuan yang kita mampu.

Andai kata jika anda diberi tiket free ke Palestin ataupun Somalia sekalipun, pasti tidak ramai mahu pergi melainkan tiket free ke negara-negara seperti UK, USA, dan negara2 yang lebih selamat untuk dikunjungi. Tapi, Allahyarham beserta peserta-peserta misi yang lain sanggup berkorban nyawa jika apa-apa berlaku untuk memberi gambaran jelas kepada kita yang warga Somalia seislam kita juga memerlukan bantuan. Mereka majoritinya lebih miskin dan melarat berbanding sebahagian besar rakyat miskin kita di Malaysia ini.

Sama-samalah kita menderma demi masa depan Islam kita.InsyaAllah

Monday – September 05, 2011 – 4.33 am

Kekeluargaan Dahulu Dan Sekarang

Assalammualaikum,

Kali ini, saya hendak berbicara mengenai soal kekeluargaan dahulu dan sekarang di mana ianya amat berlainan sama sekali dari segi cara pengendaliaannya. Walaupun saya baru sahaja berkeluarga dalam beberapa bulan, tetapi ianya melahirkan suatu pemikiran yang dapat difikirkan bersama agar otak kita dapat cerdas berfikir mengenai kebesaran Allah S.W.T. dan kehebatan Islam.

Berbanding masa silam, kebanyakan ibubapa mengamalkan pemakanan secara tradisional untuk menjaga badan berbanding masa sekarang yang banyak menelan pil yang mengandungi kandungan yang dibenarkan. Jika dilihat, pada zaman dahulu, kita dibesarkan dalam keadaan apa yang ibubapa ada pada masa tersebut. Walaupun pada zaman dahulu klinik dan hospital kerajaan telah lama ada. Tetapi dari segi teknologi pharmacy dan juga ubat-ubatan semestinya kurang berbanding pada masa sekarang. Sekarang terdapat banyak penyakit telah ditemui penawarnya dan alhamdulillah perkembangan kesihatan lebih baik berbanding pada zaman ibubapa kita. Semuanya atas pertolongan Allah S.W.T. yang banyak membantu kita untuk memikirkan solution untuk penyakit2 dan melahirkan ramai Doktor2 yang bergerak di landasan Allah S.W.T. Taraf kesihatan makin lama makin menunjukkan peningkatan dan purata umur di Malaysia juga semakin bertambah setiap tahun.

Seterusnya, pada zaman ibubapa kita, tidak terlalu banyak dugaan dan juga cabaran hidup di mana pada ketika itu, masalah sosial juga tidak banyak seperti sekarang. Sekarang dengan pelbagai hiburan yang mudah didapati di Internet, siaran televisyen dan lain-lain media menyebabkan anak-anak sekarang samada dibesarkan dalam keadaan penuh keislaman atau dalam keadaan kebaratan atau terbiar. Ini menyebabkan kewujudan tiga peringkat golongan remaja. Satu yang sememangnya bersifat alim, yang keduanya bersifat sederhanaan dan tahu baik dan buruk suatu perkara. Yang ketiga adalah golongan yang degil dimana mereka ini samada tahu atau tidak tahu, mereka tidak mengendahkannya. Kesemua peringkat golongan ini semakin hari semakin bertambah. Walaupun semakin bertambah ustaz-ustaz kita, tetapi semakin banyak juga kadar jenayah yang berlaku setiap hari. Berbanding pada tahun-tahun sebelumnya iaitu zaman ibubapa kita, Tiada apa yang boleh dibuat sangat kerana ketika itu memiliki televisyen pun memerlukan lesen dan ramai yang tiada televisyen berbanding zaman sekarang yang dianggap satu keperluan hidup.

Zaman dahulu keperluan dari segi duniawi – tempat tinggal, pakaian, makanan & minuman

Zaman sekarang dari segi keperluan duniawi – sama seperti zaman dahulu tetapi ditambah seperti kenderaan, internet, komputer, alat-alat hiburan seperti televisyen, radio, mp3 player dll, handphone, Katil (bukan sekadar tilam sahaja), kamera, junk foods, dan pelbagai lagi.

Ianya dari segi positifnya, dapat kita anggap satu pencapaian bagus yang menunjukkan kita semakin maju dan berjaya tetapi disamping itu menyebabkan peningkatan budaya leka dan mengabaikan perkara-perkara wajid. Contohnya, solat semakin bertangguh, pembaziran bertambah kerana membeli barang yang tidak perlu (kerana hiburan sahaja), dan lain2 lagi.

Selain itu, dari segi harta pusaka pula, kebanyakan ibubapa zaman sekarang tidak sangat mempunyai tanah2 berbanding pada zaman ibubapa kita. Pada zaman mereka (ibubapa kita), tanah berlambak2 dan amat murah. Tapi pada zaman kita ini, tanah dan juga harga rumah amat mahal. Dan rekabentuk rumah juga agak kompleks berbanding zaman ibubapa kita.

Budaya hidup juga telah berubah, wanita berkeluarga juga keluar bekerja untuk menyara kehidupan dan menyebabkan pengambilan pengasuh atau dihantar ke nurseri untuk dijaga kerana ibubapa zaman sekarang sebahagiannya amat sibuk menguruskan kerja mereka. Hanya pada waktu lewat petang hingga ke malam sahaja mereka bersama keluarga dan hujung minggu. Ini merupakan satu cabaran kepada mereka. Bagi saya, saya percaya rezeki itu Allah tentukan dan tidak timbul soal isteri perlu bekerja keras atau tidak. Mungkin ada ramai mengatakan wanita perlu pegang duit sendiri atau sebagai protection jika suami sudah tiada dibumi ini, tetapi alasan itu tidak boleh dijadikan sebagai satu sebab untuk bekerja. Soal rezeki ini Allah tentukan, jika anda bekerja keras sekalipun, jika rezeki anda dan pasangan anda tetap kekurangan wang, maka kuranglah wang tersebut. Tetapi jika ada famili yang suaminya sahaja bekerja dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T., rezekinya mungkin sangat cukup kerana si suami percaya rezeki ditentukan oleh Allah S.W.T. Tidak guna bekerja sehingga larut malam jika tanggungjawab keluarga diabaikan dan anak2 bersikap liar akibat dididikan yang tidak betul. Sebagai contoh, anak2 bermain mercun. Siapakah yang sepatutnya melarang dan memonitoring anak2? pastilah ibubapa.

Zaman sekarang juga menyaksikan walaupun anak telah bekerja kuat, tetapi ibubapa juga yang tetap mempunyai wang yang secukupnya. Mereka tidak perlu membeli Ipad 2, tidak perlu membeli kereta mewah, tetapi kita yang ingin membeli semua itu dan akhirnya duit tidak cukup. Oleh itu, jangan dipersalahkan wang rezeki yang diperoleh tetapi salahkan diri sendiri kerana tidak cerdik menguruskan wang dengan baik.

Oleh itu, marilah kita sama-sama membina keluarga yang lebih baik dan lebih menjurus ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.

Sunday September 04, 2011 – 4.42 AM