Assalammualaikum,
Saya sangat teruja apabila terdapat banyak perkongsian ilmu berlaku disekeliling saya dimana pelbagai pendapat dan pandangan dari segi fakta dan juga logikal diutarakan oleh rakan-rakan saya dalam sesuatu hujah mereka. Dan kebanyakkan disampaikan secara ilmiah dan tanpa dipengaruhi emosi langsung dalam mengutarakan pendapat dan pandangan masing.
isu-isu yang saya hendak sentuh kali ini adalah dari segi logikalnya (berdasarkan setakat ilmu yang saya ada) dan islamik (setakat ilmu yang saya ada insyaAllah) berkaitan hal-hal semasa.
Baru-baru ini ada satu artikel saya dapat yang pandangannya menyebut mengenai peranan ibu bapa dalam membesarkan dan mendidik anak-anak hingga besar dan boleh berdikari atau bekerja.
Dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, memang diakui sebenarnya keikhlasan itu penting dan ianya amat dititik beratkan oleh Islam. Kita tidak boleh beranggapan lahir sahaja anak di dunia ini, maka kita berharap agar mereka kelak akan membantu kita. Ini sebenarnya satu anggapan yang salah kerana ini menyebabkan kita mendidik anak tersebut tanpa keikhlasan sebenar. keikhlasan anak untuk memberikan wang sara hidup atau membela ibu dan bapanya apabila telah dewasa dan bekerja akan muncul sekiranya anak tersebut dididik secara baik dan ikhlas dalam membantu ibubapanya. Oleh sebab itu, Allah akan sentiasa mendoakan rezeki itu sentiasa ada asalkan kita berpaut kepada prinsip keislaman yang menuntut keikhlasan dalam membesar dan mendidik anak2.
Sumber/Pandangan Tambahan :- http://zulyusoff.blogspot.com/2006/10/hak-ibu-atas-gaji-anak-lelakinya.html
Download Artikel :- IKHLASKAH KITA MENDIDIK ANAK
Sebenarnya diakui, bagi sesetengah keluarga yang berpendapatan rendah, kemungkinan mereka sebenarnya memang ingin membesarkan anak-anak mereka dengan ikhlas. Mungkin disebabkan faktor ekonomi terbabit, mereka ter”keluar” perkataan “Belajar rajin-rajin, nanti dah besar boleh jadi orang senang dan boleh tolong emak dan ayah”. Mungkin secara tidak sengaja, atau kekurangan ilmu, ibubapa tersebut melafazkan perkataan tersebut. Tetapi mereka ikhlas sebenarnya mungkin dalam membesarkan anak2.
Selain daripada itu, terdapat keluarga yang Alhamdulillah dikurniakan anak yang banyak sehingga tidak termampu untuk menyaranya. Oleh itu, ada anak terpaksa diserahkan sebagai anak angkat kepada keluarga yang lain (memang benar dan ada berlaku). Menurut pendapat Jabatan Mufti Negeri Melaka
“Harus menghentikan buat sementara waktu proses melahirkan anak dengan cara menjarakkan tempoh kehamilan atau menggantungkannya untuk masa tertentu apabila terdapat keperluan darurat menurut pandangan syarak yang meliputi faktor ekonomi dan sosial, berdasarkan persetujuan daripada suami isteri, dengan syarat tidak menimbulkan kemudaratan kepada mereka yang terlibat. Teknik yang digunakan pula hendaklah tidak melibatkan pencerobohan ke atas kandungan yang sedia ada. ”
Sumber:- http://www.muslimdiary.com/forum/viewthread.php?thread_id=405
Sebenarnya, boleh merancang mengikut kemampuan ekonomi kita asalkan kita tidak melakukan sesuatu yang melawan perintah Allah S.W.T. Rezeki itu kurniaan Allah dan wajib bagi kita sentiasa bersyukur terhadap rezeki yang melimpah ruah. Tetapi sekiranya tidak ada kemampuan, maka dibolehkan untuk merancang seperti mendapatkan anak setiap selang 2,3 tahun dan sebagainya. Mengikut keupayaan kita dan tidak mendatangkan darurat kepada ibu tersebut. Kelahiran anak sebenarnya dianggap satu ujian dan membesarkan dan mendidik mereka juga merupakan satu tugas kepada ibubapa terbabit dalam mengembangkan umat Muhammad S.A.W.
Ianya sama juga seperti kita mendapat tugas yang diamanahkan. Suka atau tidak selagi tidak bertentang dengan hukum syarak, maka kita wajib menjalankan tugas tersebut dengan penuh keikhlasan dan sedaya upaya meningkatkan prestasi.
Keikhlasan dalam menuntut ilmu juga penting. Ianya samada melahirkan seorang yang berlagak pandai tetapi kurang pintar atau berlagak seperti kurang pandai tetapi pintar. Riak sebenarnya menentukan seseorang itu samada benar2 pintar atau tidak. Semakin tinggi riaknya dengan kelulusan yang ada, semakin itulah individu terbabit bertambah kurangnya kepintarannya. Jauhilah riak dan perkara ini sememangnya langsung tidak disukai Allah S.W.T.
Oleh itu, saya sering menasihati pelajar-pelajar saya agar jangan risau dan ambil peduli mengenai keputusan peperiksaan-peperiksaan yang lepas2. Yang lepas adalah lepas kerana setiap hari adalah hari baru dan semua adalah samarata. Anda bangun sahaja pagi, semua orang adalah samarata sahaja, selepas itu bertindaklah dengan azam baru dan pertingkatkanlah kemahiran yang ada dan skill yang ada untuk berjaya. Walaupun anda bukan 3.7 keatas, tetapi disebabkan hari ini adalah hari yang baru, maka anda sama sahaja seperti yang mereka.Lipat gandakan usaha dan teruskan mencapai keputusan yang lebih cemerlang.Keputusan di masa silam tidak menjamin masa depan yang gemilang. Yang menjanjikan masa depan yang gemilang adalah keupayaan untuk berfikir secara rasional dan sentiasa bersemangat dalam apa jua keadaan.Percaya dengan diri sendiri dan terus maju kehadapan tanpa menghiraukan perkara remeh yang lain.
Waallahualam. Sekadar pandangan dan pendapat dari saya.
Sabtu – 6.05 pagi – 10 September 2011 – Syawal 12, 1432 Hijrah.