Assalammualaikum,

Artikel dibawah ini hasil pandangan dan juga hujahan saudara AB Rahman Bin Mahmood . Disiarkan dengan credit kepada original author.

.

Salam dan selamat hariraya fitrah utk tuan2/puan2  semua,

Keikhlasan membesarkan dan mendidik anak2 adalah perasaan semulajadi ibubapa, ia adalah naluri yang Allah SWT tanamkan dalam hati  manusia yang bergelar ibubapa. Sekiranya ada ibubapa yang tidak ikhlas dalam mendidik dan membesarkan anak2 mereka atau menjadikan anak2 sebagai pelaburan harta ia adalah kes terpencil sahaja. Bagi keseluruhan ibubapa jauh dalam sudut hati mereka merasakan  keikhlasan perbuatan mereka walaupun kadang2 perbuatan mereka seolah2 dilihat tidak ikhlas pada tafsiran orang lain atau anak2 mereka. Antara perbuatan ibu bapa yang boleh menyebabkan boleh ditafsirkan oleh orang ketiga yang ibubapa tidak ikhlas ialah dia suka mengungkit yang mereka akan dan telah berkorban untuk anak2 dalam pendidikan dan pembesaran mereka. Perkatan itu kalau sekiranya keluar adalah atas sebab ibubapa merasa risau nanti mereka akan di biarkan oleh anak2 mereka apabila mereka dalam keadaan kesusahan dan sudah tua. Ibubapa hendaklah mengelak dari berkata2 begitu kerana anak2 mungkin akan mentafsirkan yang ibubapa mereka tidak ikhlas kerana suka mengungkitkan perkara tersebut.

Sekiranya anak2 tidak mendapat pendidikan Islam yang baik dari ibubapa atau dari guru2 agama mereka anak2 mungkin akan merasakan hubungan mereka dengan ibubapa mereka seperti hubungan bank dengan pelanggan. Meraka anak2 jenis ini berkemungkinan akan mengira2 berapa puluh ribu wang yg dibelanjakan oleh ibubapa seterusnya mengira2 macamana dan berapa jumlah utk membayar balik wang tersebut, dan selepas mereka merasakan ‘hutang’ itu sudah dilangsaikan hubungan mereka dg ibu bapa sudah selesai lalu mereka sudah taada lagi tanggungjawab utk menjaga dan berihsan dg ibubapa mereka. Nauuzubillah.

Ibubapa bertanggung jawab menyampaikan message islam kepada anak2 tentang tuntutan Islam dari anak2 terhadap ibubapa bukan sebab nak menuntut hak tapi demi menyelamatkan mereka anak2 dari seksaan Allah terhadap mereka sekiranya mereka jatuh dalam kategori anak durhaka. Perkataan atau tindakan yang sebaik2nya yang perlu diucapkan atau dilakukan oleh ibubapa ialah sedari kecil anak2 mereka disampaikan nasihat dan teguran supaya sentiasa mentaati dan berlaku ihsan (berlaku baik dan berbakti) kepada ibubapa kerana ia adalah tuntutan Islam.  Berbakti kepada ibubapa bukan pilihan tetapi ia adalah suatu kewajipan, anak2 yang tidak berbakti kepada ibubapa adalah anak2 yang durhaka kepada ibubapa, anak2 yang durhaka kepada ibubapa adalah anak2 yang tidak mendapat keberkatan hidup walaupun ia seorang pembesar sesuatu syarikat atau pembesar negara yang hidup mewah dan tinggi darjatnya pada pandangan dunia. Hidup yang berkat adalah hidup yang diredhai oleh Allah swt, keredhaan dari Allah adalah bersyaratkan keredhaan ibubapa terhadap anak2. Mahukan kita melihat anak2 hidupnya tidak berkat, seorang ibubapa sepatutnya bercita2 melihat anak2 nya hidup berkat walaupun anak2nya bukan seorang kaya.

Didiklah anak2 kita dengan doa setiap lepas sembahyang: RABBANAGHFIRLANA ZUNUUBANA WALIWAALIDIINA WARHAMHUMA KAMAA RABBAYAANA SHOGHIIRA (ya Allah ampunilah kami atas segala dosa kami dan ampunilah dosa kedua ibubapa kami dan rahmatilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka mendidik dan membesarkan kami sedari kecil). Semuga dg amalan doa ini mereka sentiasa mengingati segala perbuatan baik yang dilakukan oleh ibubapa mereka, supaya mereka tahu siapa diri mereka dan siapa pula orang tua yang membesar dan mendidik mereka. Beritahu mereka jasa ibubapa membesar dan mendidik mereka tak terbalas oleh mereka, yang mampu mereka lakukan adalah tidak derhaka kepada keduanya yakni sentiasa berbakti kepada kedua mereka, gembirakanlah kedua ibubapa apabila mereka sudah tua kerana yang membahagiakan kehidupan ibubapa adalah melihat anak2 hidup dalam keredhaan Allah. Ceritakan kepada mereka dizaman nabi dulu satu kisah, ketika Abdullah bin Umar melihat seseorang mengendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan kemana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?” Jawab Abdullah bin Umar: ”Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”

 

Semua nasihat peringatan dan ‘ibrah ini boleh kita sampaikan kepada anak2 semasa kita umpamanya bekumpul selepas sama2 bersolat berjamaah sekeluarga, selepas bertadarrus alquran bersama keluarga, atau semasa kita berkelah bersama. Sekiranya ada kes ibubapa yang menyaman anak2 atau ada anak2 yang menyaman ibubapa seperti yang kadang2 berlaku sekarang atau ada anak2 yang membuang ibubapa kerumah kebajikan atau ketepi jalan sekaramg ini adalah petanda kegagalan samaada dipihak ibubapa atau dipihak anak2 atau dipihak kedua2nya menghayati tuntutan Islam supaya anak2 berlaku ihsan kepada ibubapa atau ibubapa  kena berkewajipan  mendidik anak2 supaya menjalankan tugas masing2 sebagaimana dituntut oleh Islam. Sekiranya ibubapa tidak mampu untuk menyampaikan mesej islam tersebut berikanlah tugas tersebut kepada para pendidik samaada ulama atau ustaz atau orang2 yang berkemampuan untuk menyampaikan mesej tanggungjawab tersebut.

 

Ibubapa pula jangan terlalu bersikap lepas tangan terhadap nasib masa depan mereka sendiri, ada kes ibubapa yang menyerahkan segala harta kepada anak2 sebelum mereka meninggal dunia. Akibatnya ibubapa berkemungkinan pula menagih nafkah dari anak2 mereka, walaupun itu hak mereka disegi hukum tapi satu keadaan yang menghina dan mengaibkan ibubapa itu sendiri. Membahagikan harta benda sebelum meninggal dunia ada banyak keburukan dari kebaikan sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Kalau terlalu sayang sangat pun kepada anak2 lalu nak berikan harta kepada mereka, sebelum menyerahkan harta kepada anak2, ibubapa mestilah menjual sebahagian harta sekiranya perlu atas sbb taada simpanan tunai, dan tunaikan dan simpan tunai tersebut untuk bekalan masa tua supaya tidak meminta2 dengan anak2. Ada juga ibubapa yang mendapat pendapatan bulanan dari pencen, hasil kebun getah atau kelapa sawit, bahagian ini hendaklah dikekalkan dalam simpanan mereka sebagai jaminan kepada mereka apabila sudah tua manakala sumbangan bulanan dari anak2 yang berupa 3 ratus  ke 4 ratus sebulan pula jangan ditolak sebab ini sebagai didikan berihsan utk mereka, jadikan ia sumbangan anak2 sebagai perbelanjaan hidup atau simpanan tambahan kalau pendapatan sudah berlebihan kerana nanti bila mereka meninggal semua itu akan pulang kepada anak2 mereka juga.

 

Kalau bagi ibubapa yang miskin yang tidak ada apa2 pendapatan, sumbangan anak2 adalah penyambung keperluan hayat mereka, insyaAllah anak2 yang soleh natijah didikan yang ikhlas dan baik oleh ibubapa akan menjadikan anak2 mereka akan mengenal jasa ibubapa dan berlaku ihsan terhadap ibubapa mereka. Lihatlah petikan maksud ayat alQuran berikut berhubung dengan kewajipan anak2 berbakti kepada ibubapa. Perintah Allah bukan pilihan, desakan kepada anak2 untuk berbakti tanpa memberikan fahaman sebenar terhadap kewajipan berbakti kepada ibu bapa adalah bukan langkah yang terbaik. Kesedarn mereka yang utama dan lebih afdhal.

 

Surah Al – Baqarah, ayat 83 yang bermaksud;

Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling. [Al – Baqarah: 83]

Surah An – Nisaa’, ayat 36 yang bermaksud;

Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. [An – Nisaa’: 36]

Surah Al – An’aam, ayat 151 yang bermaksud;

 

Katakanlah:  “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia,berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa,   dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka,   dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya mahupun yang tersembunyi,   dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar.”  Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya). [Al – An’aam: 151]

Surah Luqman, ayat 14 yang bermaksud;

 

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. [Luqman: 14]

 

Surah Al – Israa’, ayat 23 yang bermaksud;

 

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” [Al – Israa’: 23 – 24]

Maaf kalau ulasan terlalu panjang .WALLAHU ‘ALAM

 

Ikhlas dari,

Ab Rahman Mahmood

FKP


 

 

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s