Perjalanan dan Famili

Assalammualaikum,

Kali ini saya ingin berbicara mengenai perjalanan kehidupan ini yang penuh pelbagai ragam dan juga tindakbalas keluarga terhadapnya.

Saya ada membaca berita Harian Metro dimana individu-individu warga emas ini mengatakan dalam tempoh beberapa tahun, duit hampir 1 juta habis dibelanjakan begitu sahaja oleh anak2 yang tidak bertanggungjawab. Di sini kita perlu lihat beberapa aspek yang lain.

Saya sendiri sebagai anak kepada seorang ibu tidak mungkin akan membuat perkara sedemikian kerana harta yang datang secara tiba-tiba ini akan menjadikan diri ini mungkin riak dan lupa daratan. Oleh itu, segala harta pusaka peninggalan arwah ayah saya diserahkan secara bulat-bulat dan ikhlas kepada ibu saya. Dan begitu juga adik-beradik yang lain.

Sini kita tengok, apakah sebabnya seorang anak atau beberapa anak mungkin merembat duit itu secara sah atau tidak. Ada kemungkinan mereka memang memerlukan duit untuk anak yang sangat sakit, atau mereka sendiri sakit, baru memimjam duit tersebut tetapi dibayar secara beransur-ansur dan diletakkan di dalam bank ibunya, atau mungkin mereka sengaja berniat mengabiskan duit tersebut dengan membeli benda-benda mewah, melancong dan sebagainya.

Didikan, dan doa kepada Allah S.W.T..

Jika didikan kita betul insyaAllah anak kita sentiasa akan bersikap baik dan kita sendiri akan bersikap baik. Jika dilihat betul2. Si bapa sendiri bermain mercun dan tidak melarang anak2nya daripada bermain mercun. Jadi siapa yang silap sekarang?

Contoh lain:-

  • Bapa atau Ibu itu sendiri membawa laju-laju kenderaan tetapi melarang anak bawak laju-laju, bagi signal time potong, jangan potong semasa double line, dan sebagainya. Bahkan Bapa atau Ibu itu sendiri tidak memakai helmet ketika membawa motor. Jadi anda expect something nice from your son/daughter? Forget about it if you are the one that champion in it.
  • Makanan yang dimakan juga diambil sambil lewa. Tidak peduli halal atau haram menyebabkan anak pun dibesarkan dalam keadaan yang tidak menentu. Hasilnya pasti anak tersebut ada elemen2 negatif di dalam dirinya.
  • Rakan-rakan yang dikawan oleh anak2 juga perlu dikawal. Mengapa saya sering mengatakan ibu bapa itu sebagai main factor, sebab ibu bapa tidak mengawal cara anak2 berkawan. Dengan siapa berkawan, apakah jenis kawannya dan sebagainya. Tiada kawalan.

Terdapat banyak lagi faktor lain yang menyebabkan seseorang itu menjadi tidak menjadi disebabkan faktor dia dibesarkan. Jika dibesarkan dan dididik secara betul dan mengikut sunnah dan Al-Quran, insyaAllah akan terpeliharalah anak-anak tersebut daripada unsur-unsur yang tidak baik. Kita juga terpelihara dari segala anasir-anasir buruk daripada menimpa diri kita.

Anak-anak akan mewarisi apa yang kita ada pada diri kita. bersiap sedialah memperbetulkan mereka kerana sifat-sifat itu kebanyakkannya lahir dari diri kita sendiri. Siapa lagi yang membentuk anak kita yang paling utama melainkan ibu bapa itu sendiri. Jika seorang bibiklah yang membentuk anak kita, maka anak kita dibesarkan dan dididik oleh seorang bibik lebih daripada ibubapanya. Silap2 jika ibubapa itu lebih ganas dan asyik kerja 24 jam sahaja, tetapi pembantu rumah membesarkan dengan didikan Al-Quran dan Sunnah, maka insyaAllah anak itu jadi lebih baik dari ibu atau bapanya. Semuanya bergantung kepada dengan siapa kita dibesarkan.

Tapi harus diingat, sebenarnya anak atau rezeki merupakan suatu ujian besar daripada Allah S.W.T. kepada kita. Bagaimana kita hendak mencorakkannya adalah terserah kepada kita dengan pertolongan dari Allah S.W.T. dan doa kepada Allah S.W.T.

September 3, 2011 – Syawal 5, 1432 Hijrah – 4.19 am – Saturday – KL

Tiga Hari Berhari Raya 1432 Hijrah

Assalammualaikum,

Pada raya kali ini, saya ingin membuat entry berkaitan 3 hari berhari raya pada 1432 Hijrah

Hampir seminggu menjelang raya, hujan turun hampir setiap hari pada pagi dan petang.

Namun, pada hari pertama raya hingga hari ini (hari ketiga). Alhamdulillah cuaca sangat baik dan sangat cerah. Dapat beraya di kampung halaman dan juga melakukan kunjungan ke Perak dengan senang.

Tapi, seperti biasa, kesesakan berlaku di Jitra ini kerana banyak kenderaan luar keluar dan masuk melawat sanak saudara. Dahulu, 10 ke 15 tahun yang lepas, jumlah kereta amat sedikit dan jalan pun hanya single lane sahaja. Mudah untuk saya pergi ke sekolah dan tanpa sebarang kesusahan atau kepayahan menyeberangi jalan kerana kereta memang sedikit.Mungkin 10% dari sekarang. Secara purata katakan jumlah kereta yang melintas di hadapan saya pada 1996 dalam masa 5 minit pada waktu 6.30 petang adalah sebanyak 30 buah(tidak termasuk motosikal). Tetapi sekarang sudah bertambah menjadi 200-300 buah kereta dalam waktu dan masa yang sama kecuali berlainan tarikh sahaja iaitu 2011 (15 tahun yang lepas). Jadi, untuk naik basikal ke Jitra, kena benar2 berhati-hati.

Ini menunjukkan terdapat warga Jitra yang sudah tamat sekolah dan bekerja dengan mantap di luar sana dan mampu mempunyai kereta dan pulang berhari raya. Maka menunjukkan Jitra melahirkan ramai pekerja-pekerja dan orang-orang yang mantap dan berkaliber. Tempat lain pun pastilah hampir sama bahkan mungkin lebih banyak lagi peratusan peningkatannya berbanding di Jitra mungkin.

Jalan raya pula jika tiga lane pun sudah tidak mencukupi. percaya atau tidak, buatlah sampai 100 lane pun, tidak akan cukup juga kerana sifat manusia itu mungkin tidak pernah cukup dan puas termasuklah diri saya sendiri mungkin.

Antara intipati2 Syawal kali ini adalah:-

1) Terdapat banyak orang menaiki motosikal dan membawanya tanpa helmet. Mereka mencelah-celah dan tidak memikirkan keselamatan mereka sendiri. Dan terbukti kemalangan melibatkan motosikal sentiasa berada di tangga No.1 dalam kemalangan jalan raya di Malaysia tercinta ini.

2) Mercun. Sungguh tidak faham ada ibubapa yang tidak melarang langsung anak mereka main mercun bahkan mereka juga main bersama. Membakar duit sahaja dan merugikan duit. Katakan satu mercun itu RM10 (yang jenis sederhana mahal sedikit), jadi kalau ada 10 kali bakar bermaksud RM100 sudah dileburkan.

3) Sebaiknya kita menggunakan waktu yang ada di hari raya ini untuk menziarahi sanak saudara kerana anda mendapat pahala jika melawat/menziarahi sanak saudara/jiran tetangga/dll.

Cukup setakat ini sahaja, feel free to comment anything on my website. Thanks.

Marah dan Penyebaran Maklumat

Assalammualaikum,

Kali ini pada 29 Ramadhan 1432 hijrah, mari kita berbicara mengenai perihal marah.

Tengok dua keratan berita dibawah:-

1) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Isterisimbahcukagetah/Article/index_html

2) http://www.hmetro.com.my/articles/Cekikisteriketikaberbuka/Article

Ada kedua-dua berita ini menunjukkan betapa satu perkara yang sangat kita kenali iaitu :perasaan Marah.

Hadith

Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari.

Sabda Nabi pada hadis yang lain: “Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam”. Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.

Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”.

Wallahu A’lam

(sumber Hadith 40 , Mustafa Abdul Rahman)

Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dlm hal ini spt kisah yg berikut :

Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid dtg dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dgn senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar

“Aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dgn baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dgn cara yang baik”

Nabi meminta shbt untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sbg tanda memujuk Zaid atas sikap Umar.Dgn sikap dan akhlak yg ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam

(hadith riwayat ibnu hibban al-hakim dan at-thabrani)

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2010/07/cara-cara-menahan-marah.html#ixzz1WP9Esmqk

.

.

Berdasarkan maklumat2 di atas. kita mengenai bawaha Marah ini satu sifat yang kita tidak boleh membuat keputusan dengan rasional

Segala tingkah laku, atau perbuatan ketika marah adalah dijamin keputusan semasa marah tersebut adalah 100% tidak bagus. Ini kerana kita tidak dapat berfikir dengan betul ketika itu.

Cuba kita lihat dari segi berita pula, penyebaran berita tersebut ada bagus dan buruknya. Berita ini boleh dijadikan tauladan buat semua orang agar jangan berlaku sedemikian ketika marah. Bagi pasangan suami isteri, mungkin pada awal2 perkenalan tidak kisah sebelum atau selepas berkahwin, masing-masing sangat baik dan menjaga antara suatu sama lain. Tetapi apabila sudah bertahun lamanya dan dasar rumah tangga tidak dibina dengan kukuh, maka sudah pastilah akan hancur suatu hari nanti. Ibarat membina masjid tanpa tiang yang kukuh. Walaupun cuba ditampal tapi akan runtuh juga. Oleh itu, pastikan dasar itu dibina dengan baik dan insyaAllah rumah tangga tersebut akan bertahan selama-lamanya dengan izin Allah S.W.T.

Di bulan Ramadhan ini, saya tengok banyak individu2 yang tidak berpuasa dan makan minum. Adakah mereka dibina dengan asas kekeluargaan yang kukuh? Pelik juga kenapa ada orang lain boleh berpuasa, membuat amal ibadat dengan baik tetapi ada juga yang tidak berpuasa?

Mungkinkah ini suatu dipanggil ingat mengingati antara satu sama lain?

Anak2 kepada Keluarga A misalnya mungkin dibesarkan dengan suasana penuh keislaman dan membesar menjadi orang yang beriman di sisi Allah S.W.T. Tetapi anak2 keluarga B dibesarkan dengan suasana yang penuh kekecauan dan hasilnya anak2 yang membesar menjadi zalim dan tidak beriman. Ada juga anak2 keluarga C dibesarkan dengan penuh keislaman tetapi anak2nya tetap menjadi insan tidak berguna dan ada anak2 keluarga D dibesarkan dengan huru hara tetapi akhirnya anak2 mereka masing2 beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T. Sungguh menakjubkan kuasa Allah S.W.T. ini. Perkara ini sesuatu yang dipanggil sebagai satu cara untuk kita saling mengingati dan menginsafkan insan-insan yang lain juga. Mereka yang terlalai akan diberi dakwah dan menunjukkan mereka ke jalan yang benar. Kesian mereka, mereka dibesarkan sebegitu dan menjadi tanggungjawab orang-orang yang sedar agar tidak terus menidakkan mereka selama-lamanya.

Oleh itu, Islam mengajar kita agar masing-masing berdakwah antara satu sama lain. Jangan sekadar kepada orang kaya sahaja tetapi tidak di kawasan-kawasan pendalaman dan sebaliknya. Mendekati mereka pula perlu pendekatan yang secara berstrategi dan sistematik agar mereka sendiri merasai nikmat iman itu di dada.

berbalik kepada penyebaran maklumat pula, sebagai wartawan atau penyebar maklumat, kita harus sedar, jika tidak diselidiki maklumat itu dengan baik, maka azabnya amat pedih. Jika wartawan atau kita menyebarkan maklumat tidak benar kepada orang awam, maka berjuta-juta orang akan berdosa jika mempercayaainya dan wartawan itu menanggung dosa jutaan orang ini. Oleh itu sentiasa berhati-hati dan ingat kepada Allah S.W.T.

Sebagai contoh, kewujudan artikel mengenai simbahan asid menyebabkan makin banyak kes simbahan asik berleluasa. Orang yang tidak dapat mengawal dirinya daripada marah, akan berfikir option seperti menyimbah asid ke mangsanya disebabkan terlalu digembar gemburkan di masyarakat. Oleh itu, kita harus sedar bahawa setiap berita yang kita sampaikan tidak membawa maksud atau perkara yang tidak diingini. Ingatlah balasan Allah S.W.T. itu amat pedih.

Sempena Ramadhan 29, 1432 Hijrah iaitu hari ini, saya memohon maaf atas segala penyebaran maklumat yang sekiranya tidak betul yang saya sebarkan. Niat saya mungkin baik tetapi mungkin tersalah tafsir oleh sesetengah orang atau saya sendiri. Maka mohon maaf atas segalanya.

Selamat Hari Raya AidilFitri, Semoga amalan kita diterima oleh Allah S.W.T. amin

Ramadhan 29, 1432 Hijrah/ Ogos 29, 2011 , 4.44 petang, Isnin