Bazar Ramadhan

Assalammualaikum,

Alhamdullilah, dunia akademik kali ini berubah kepada transformasi pembelaan pengawai-pengawai akademik. Sebagai contoh. Anda sebagai penjawat awam yang memiliki Master dan Phd, dan bertanggungjawab menghasilkan kertas kerja, mengajar, penyelidikan dan terlibat dalam pelbagai perkara dalam memastikan universiti membangun dengan jayanya, maka amatlah perlu sistem gaji tersebut dirombak dan akhirnya muncullah Sistem Saraan Universiti (PU). Marilah kita sama-sama berdoa agar permohonan kita berjaya.

Berbalik kepada tajuk diatas,

Bazar Ramadhan.

Seperti kita sedia maklum, masa bulan puasa ini amatlah ramai manusia akan ke bazar untuk membeli makanan. Sebagai contoh. Anda membeli kuih muih katakan RM2. Air RM1.00 ke RM1.50, Nasi Beriyani Gam Rm7, kemudian lauk sampingan murtabak katakan berharga RM2.50. Maka jumlahnya telah melebihi RM10. Dalam sebulan, saya pasti jika setiap hari membeli di bazar, jumlahnya adalah RM300 ke RM400 hanya untuk seorang. Jika anda berkeluarga dan asyik beli sahaja. Pastinya dianggarkan RM500 ke Rm600. Ada anak2 dalam dua ke tiga orang? Sudah pasti dianggarkan RM1000 sahaja di bulan Ramadhan.

Ok,

Katakan anda memasak. Beras hanya Rm30 untuk 10 KG. Ayam seekor RM13. Daging dalam RM10, ikan2 dan udang2 serta telur mungkin untuk bahan2 mentah adalah dalam RM30 sahaja seminggu. Air anda boleh berlatih minum air suam ataupun beli milo serbuk dan bancuh sendiri. Ais buat sendiri jika hendak. Tambah satu Kordial jika mahu berharga RM5. Jadi pada minggu pertama berpuasa. Anda mengeluarkan mungkin RM100. Seterusnya, setiap 7 hari (seminggu) anda memerlukan RM30 sahaja untuk bahan mentah. Bermakna. RM30 x 4 minggu = RM120. Ditambah RM100. Maka sebenarnya RM220 ke RM300 sahaja sudah cukup. Itu bagi dua orang (saya dan wife saya). Lauk dimasak hanya 2 jenis sahaja. daging/ayam/ikan dan sayur. Tidak perlu banyak2 kerana puasa mengajar kita mengingati apa yang orang susah ada. mereka hanya makan 1 lauk sahaja mungkin. Oleh itu, berlatihlah untuk jangan kerap makan. Makan bila lapar sahaja dan banyakkan bersenam.

Banyak rakyat Malaysia diluar sana menghadapi krisis perut kehadapan akibat membantai makanan tetapi tak bersenam. Spend 30 minit sahaja di track atau berjogging 2 ke 5 km sehari. Saya tengok ada orang tua umur dalam lingkungan 60-an lagi hebat dari saya. Katakan saya sudah membuat 10km, tetapi orang tua ini masih berjogging dan juga agak laju juga berbanding saya. Agak takjub dan saya amat bangga. Ini perkara benar dan berlaku di Taman Botanikal, Melaka.

Tahukah, ada banyak insan-insan lain yang kelaparan. Tolonglah mereka di luar sana. Kenkadang anda mengeluh tidak cukup duit. Tapi tengok balik apa silapnya. Sekali makan sampai 5,6 jenis lauk. Sekali beli sampai 6,7 jenis makanan, membeli terlalu banyak junk food dan simpan dalam simpanan makanan di rumah, air kordial sampai 3,4 jenis, dan pelbagai lagi. Ini merupakan routine yang tidak sihat dan makan akan menjejaskan kesihatan anda. Anda mungkin pandai menyelidik, mengajar dan sebagainya tetapi tidak pandai mengajar dan melatih tubuh badan anda. Anda tibai sahaja apa ada depan anda.

Saya hanya dua kali setakat ini ke bazar ramadhan. Tidak salah sekali sekala tapi tidak perlu dijadikan “selalu ke bazar”. Cukup dengan “jarang ke bazar”. Bazar ramadhan menyebabkan kita spend untuk dua orang mencecah RM20 atau lebih. Masak sendiri lebih sihat, afdal, mendapat keberkatan berbanding orang di luar sana masak tanpa membasuh telur ayam, guna air paip yang kotor, makanan yang sudah basi mungkin (dari lebihan semalam yang tak laku) dan sebagainya.

Dan selepas berbuka, pernahkah anda terfikir yang makanan yang anda buang sebab sudah banyak beli itu membazir namanya? jangan ikut nafsu tetapi ikut akal. Anda patut praktis beli yang cukup. Bila minda anda kata tak cukup itu bermaksud itu sudah cukup. Bila menyuruh pelajar patuhi peraturan menghantar assignment, jangan bising dan sebagainya anda boleh lakukan (dengan tegas). Tetapi jika diri sendiri membazir, anda tidak tegas.

Oleh itu, saya menyeru diri saya sendiri, anda-anda yang membaca artikel ini, agar dapat memanfaatkan ramadhan kali ini dan seterusnya, Alangkah bagusnya jika anda banyak menderma berbanding membazir. Masaklah sendiri di rumah berbanding membeli di luar sana. Makanan hotel? Lupa sahaja, mahal dan disyorkan sekali dalam tempoh dua tiga tahun sudah cukup. Apa bezanya? Baik anda spend duit buat majlis BBQ kat rumah keluarga anda. Lagi afdal walaupun mungkin kos untuk buat majlis itu RM200 ke Rm300.Tetapi tidak mengapa, kerana sekali sekala dan itu ahli keluarga anda dan anda jemput semua adik2 dan ahli2 keluarga meraikannya. Lagi bagus bukan?

berfikir2 lah wahai sahabat2 di luar sana

Selamat menjalani ibadah 10 malam terakhir bermula malam ini. Goodluck

Jumaat 4.50 petang. Ogos 19, 2011.

 

Apabila kita tidak mampu untuk menolong

Assalammualaikum,

Kali ini saya ingin berbicara mengenai soal tolong menolong dalam kehidupan seharian.

Tidak dinafikan, amalan tolong-menolong amat penting dalam masyarakat Islam di mana kita hidup mestilah bersatu padu dalam mempertingkatkan amalan yang kita lakukan setiap hari.

Tetapi kita juga kadang-kadang lupa yang kita hanya dapat menolong beberapa perkara sahaja tetapi tidak kesemuanya. Itulah yang dikatakan kita menolong apa yang kita mampu.

Artikel ini lebih menjurus kepada perbincangan bagaimana apabila berlaku sesuatu perkara itu, kita hanya mampu melihat dan berdoa kerana jika kita tersilap langkap untuk memperbetulkannya, kemudaratan yang lebih besar mungkin akan berlaku. Saya bukanlah seorang alim ulama untuk menerangkan berdasarkan hadis dan Al-Quran tetapi dalam Al-Quran dan Hadis saya percaya ada menyebut di mana kita tolong semampu yang kita boleh.

Mungkin dalam alam masyarakat kita, kita mendapati terdapat kepincangan yang berlaku tetapi tidak juga mampu berbuat apa2 kerana kedegilan sebelah pihak yang lain. Sebagai contoh, mungkin terdapat manupulasi dalam pembahagian sesuatu tugas di dalam masyarakat melibatkan individu A, tetapi kita tidak tahu untuk menegur bagaimana cara lain individu A ini kerana mungkin A adalah jiran kita, orang yang kita kenal tetapi telah berubah, atau terlalu berpengaruh dan jika kita betul sekalipun, kita tetap silap.

Ini membuatkan kita terpaksa berdiam diri dalam hal sebegitu kerana jika bertindak, dikhuatiri akan dipinggirkan, dibuang kerja, difitnah sehingga berpuluh-puluh tahun dan lain-lain ancaman lagi. Jika tidak kuat iman, pastilah tertewas jua. Tetapi jika iman itu kuat, seseorang itu pasti mampu menahan dan hidup dengan apa yang ada. Walaupun mungkin dipinggirkan, tetapi yang penting keimanan kepada Allah tetap diteruskan.

Kita tidak dapat lari dari fitnah dan juga masalah perebutan kuasa ini. Mana mungkin orang yang sudah mempunyai kuasa berkata beliau tidak berebutkan kuasa tersebut (sebahagian orang).

Kita juga sedih kerana tidak dapat menolong seseorang yang ditimpa fitnah dan juga musibah. Jika ditolong akan menyebabkan kita juga difitnah dan banyak perkara lain akan berlaku. Pendapat saya, selagi daya kudrat mampu melawan kerana benar, maka tegakkan kebenaran dan cari risiko yang minimum mungkin untuk berhujah. Berani kerana benar.

Waallahualam,

Thursday, August 18, 2011 – 11.29 pm

Cadangan Gaji Baru oleh Badan-Badan Staf Akademik Malaysia

Assalammualaikum

Disertakan di sini kertas cadangan skim saraan universiti yang dibincangkan dalam mesyuarat dan kertas kerja dasar untuk rujukan dan perhatian semua di Bengkel Pemantapan Sistem Saraan Universiti (SSU) di Concorde Hotel, Shah Alam pada 15 dan 16 Ogos 2011.

Sekadar Berkongsi (Ini baru diperingkat cadangan Majlis Ahli Akademik – Belum Dimuktamadkan lagi)

Skim baru pensyarah 15 Ogos 2011

Cadangan Skim Universiti 16 Ogos