Research and Teaching

Assalammualaikum,

Today, let us discuss something that is not related to the previous posts. Lets talk about research and teaching

Actually, I’ve been burden with a lot of teaching and seriously I’m a little bit struggling to do both teaching and research.

With two research reports that must be submitted before the end of this month, and a research grant to be corrected before the end of this week, plus a final exam for the Engineering Mathematics subject, I’ve to do all that.

So, perhaps it is time for me to take care of my research after been hiatus status for almost a few months.LOL.

I’m going to make sure that I will always prepared for the teaching from Monday to Friday (for next week teaching), and at the same time try to find any related works about my research on the net. So, I will use my 8 to 5 every work day to do this. On the weekend, During the free time I will stay up and work for my research. Of course, every week I’ve chosen just two days for me to stay up from 2 am until 5 am.

Writing paper is also another task to complete. Right now, two papers need to be written. One of them is for Computer Games conference which is more on the development of my research method while the other one is for the some sort of review with few experiments (with analysis too).

Perhaps you guys can suggest to me an idea about any computer graphics and visualization idea for upcoming paper.

Thanks!!

Apabila bayang-bayang sendiri mengejar

Assalammualaikum,

Kali ini kita berbincang dari segi bayang-bayang.

Bayang-bayang selalu mengejar kita, dan akan sentiasa mengejar kita sehinggalah kita tidak lagi bergerak dan tidak berada di dunia ini.

Bayang-bayang tidak boleh menipu sesiapa pun, apa yang dibuat oleh tuannya, akan diikut seratus-peratus dan tanpa sebarang silap.

Ianya kenkadang malap dan kenkadang bayang-bayang tersebut jelas kelihatan di bawah kepanasan matahari ataupun suluhan lampu fluorescent dan lain-lain lampu yang ada di dunia ini.

Setiap daripada kita takkan lari daripada membuat salah dan silap. Apabila membuat silap, bayang-bayang akan terus mengejar kita dan akan meniru segala perbuatan kita. Kita tidak boleh sembunyi dari bayang-bayang sendiri, apatah lagi daripada Allah S.W.T.

Sepatutnya bayang-bayang tersebut menunjukkan yang kita ini sentiasa diperhatikan oleh Allah S.W.T.

Tetapi kita ini sebahagiannya tidak sedar, yang segala kesalahan yang kita lakukan, jika tidak disertaikan oleh kemaafan dan taubat kepada Allah S.W.T., maka berdosalah kita.

Sebenarnya setiap manusia yang membuat salah itu, tahu dia membuat salah. Setiap anggota badannya melihat. Jika orang tersebut beriman kepada Allah S.W.T., dia akan merasa takut untuk berbuat dosa. Jika tidak sengaja sekalipun, hatinya gelisah memikirkannya dan tidak lagi mahu membuatnya selepas itu. Kerana insaf dengan perbuatan tersebut.

Tetapi sesetengah orang tidak begitu, mereka angkuh dan terus membuat kesalahan tersebut. Sedangkan mereka mengetahuinya.

Ini terbukti dalam Surah Ali-Imran

 

3-69: Segolongan Ahli Kitab itu sangat ingin (jika mereka dapat) menyesatkan engkau, tetapi mereka tidak menyesatkan kecuali diri mereka sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

 

3-70: Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu tidak mahu beriman kepada ayat-ayat Allah, sedangkan kamu menyaksikan (kebenarannya)?

 

3-71: Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan kebenaran dengan kepalsuan, dan kamu menyembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya?

 

3-72: Segolongan daripada Ahli Kitab itu berkata: “Berimanlah kamu kepada apa yang diturunkan kepada orang yang beriman itu pada permulaan siang (pagi) dan kufurilah ia pada akhirnya (petang), supaya mereka (orang yang beriman) kembali (menjadi kafir).”

 

3-73: “Dan janganlah kamu percaya kecuali kepada orang yang mengikuti kepercayaan kamu.” Katakanlah (wahai Muhammad saw): “Sesungguhnya petunjuk adalah petunjuk Allah.” (Mereka berkata lagi): “(Jangan percaya) bahawa akan diberikan-Nya (diberikan Allah) kepada seseorang, seperti yang telah diberikan kepada kamu, atau (jika kamu percaya kepada Muhammad saw) tentu ada yang membantah kamu di sisi Rab (Tuhan) kamu.” Katakanlah (wahai Muhammad saw): “Sesungguhnya kurnia itu di tangan Allah, Dia (Allah) berikan kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki, dan Allah adalah al-Wasi’ (Maha Luas), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui).”

 

3-74: Dia (Allah) menentukan rahmat-Nya (rahmat Allah) kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki, dan Allah mempunyai kurnia yang besar.

Oleh itu, di sini kita lihat terjemahannya yang menunjukkan betapa degilnya orang yang mengetahui kebenaran tetapi tetapi menyembunyikannya dan mengada-adakan perkara yang palsu (Sila betulkan saya jika saya silap, maafkan saya kerana saya kurang ilmu)

Oleh itu, pastikan anda bermuhasabah diri dan insyaAllah kebenaran pasti akan terserlah. Banyakkan berfikir, menghayati kehidupan Islam ini dan percayalah yang kebenaran adalah hakikatnya.

Semoga kita dilindungi oleh kepalsuan oleh orang yang sedang atau akan menyesatkan kita. Mantapkan perjuangan dan berjuanglah demi agama Islam yang kita cintai ini.

Waallahualam,

Semoga segala kesilapan diperbetulkan dan mohon maaf atas sebarang kesalahan.

Ditulis 10.02 pm, Julai 06, 2011, hari rabu


 

Apabila kita terlalu fobia..

Assalammualaikum,

Kali ini kita melihat dari segi fobia dari kaca mata seorang manusia iaitu saya sendiri berdasarkan pengamatan saya sahaja. Tolong anggap ini sebagai satu pandangan atau ilmu berdasarkan pengalaman. Ianya seperti semasa kecil-kecil, kita mandi mesti menggunakan air. Jadi, pengalaman mengajar kita untuk tahu yang kita mandi perlu menggunakan air kerana ianya akan menyegarkan dan bukan menggunakan minyak untuk mandi. Selepas itu kita tahu kita guna sabun untuk membersihkan badan sebagai bahan tambahan untuk mandi. berbalik kita kepada fobia, Ianya boleh terjadi samada secara sengaja atau secara semula-jadi.

Jika secara semula-jadi, mungkin disebabkan penyakit ataupun keturunan yang menyebabkan mereka jadi demikian. Atau secara sengaja iaitu kerana terlalu takut.

Pada hemat saya, fobia ini terjadi kepada semua orang, Sebagai contoh, saya fobia menaiki motosikal, jadi saya hanya membawa kereta sahaja. Tetapi apabila saya jadi pemimpin kelak saya tidak boleh mengharamkan sesiapa pun menaiki motosikal atau membawa motosikal kerana kerana saya seorang sahaja fobia, maka saya haramkan langsung mereka masuk jalan kereta dan jalan2 yang besar. Tidak boleh begitu kerana ianya zalim dan menggunakan kuasa atas kepentingan diri sendiri. Tetapi mungkin ada pemimpin yang tidak suka dengan sesuatu perkara maka ianya mengharamkan perkara yang tidak sepatutnya diharamkan.

Fobia. Ada fobia yang baik dan ada yang bagus. Contohnya kita tidak suka arak dan makanan seperti khinzir dijual berdekatan premis orang Islam. Maka disarankan kepada kerajaan agar dijauhkan dari tempat-tempat orang Islam. Sebagai pemimpin kelak sesiapa pun, maka kenalah pandai berurusan agar kita tidak memberi kebenaran mereka menjual secara berleluasa di tempat-tempat orang Islam. Kenalah bertindak dan sebagai pemimpin yang fobia dengan makanan2 yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam, maka kena bertindak dan kita boleh mendapat pahala.

Tetapi, tidak boleh kita menggunakan fobia kita itu sebagai alasan untuk kebaikan. Sebagai contoh lagi, Ultraman Ace merupakan seorang pelajar yang amat tidak gemar akan perhimpunan pagi ketika di asrama. Tujuan perhimpunan pagi itu amat baik kerana ketika itulah Penjaga Asrama memaklumkan beberapa perkara penting ketika berada di asrama dan juga pelbagai maklumat lain. Disebabkan Ultraman Ace sukar bangun pagi walaupun bangun subuh (dia bangun subuh awal kerana jika bangun awal dan solat subuh on the time, dia dapat tidur balik dengan lama), maka dia amat tidak gemar bangun pagi. Kemudian apabila Ultraman Ace membesar dan menjadi seorang pemimpin, maka dia kalau boleh tidak mahu perhimpunan pagi, tetapi dia mahukan perhimpunan di lewat skit iaitu jika di asrama mungkin pukul 7.15 pagi dah berhimpun, tetapi di pejabat, beliau buat pukul 8 pagi kerana Ultraman Ace sudah besar dan takkan nak bangun lewat lagi, tetapi dia buat waktu pejabat iaitu jam 8 pagi. Mujur pejabatnya sebelah rumah sahaja (buat bisnes sendiri). Oleh itu, dah syarikat dia makan ikut suka hati dia nak set berhimpun pukul berapa. Tetapi jika dia seorang pemimpin di syarikat orang lain, dia tetap tidak boleh ikut kepala dia sahaja, maka dia terpaksa mengikut juga kerana jika tak ikut kang kena buang. Di sini kita lihat, dia terlalu fobia dengan peraturan tersebut tetapi terpaksa ikut juga jika dibawah kepimpinan orang lain. Apa yang boleh disimpulkan disini, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya mengikut kata hati untuk buat sesuatu peraturan. Pemimpin pun tidak boleh main letak aje peraturan dan pekerja pun tidak boleh main langgar aje peraturan. Kena duduk berbincang. Kecualilah jika pekerja itu teruk sangat sebab asyik lewat aje. Yang penting, jika pemimpin datang awal, maka pekerja/rakyat mesti datang awal. Baru keadilan dapat dipupuk. Tidak boleh satu pihak aje ikut. Bos masuk ikut suka jadi macam mana nak dapat pekerja yang dedikasi. Sebab itu sebagai bos kena tunjuk tauladan baik bukan main suruh aje berhimpun 8 pagi tapi batang hidung bos tak nampak2 lagi (kecuali ada hal2 penting di tempat luar/jumpa client di awal pagi dsbnya)

Disebabkan tulisan ini adalah tidak mengikut fakta sebenar fobia iaitu

Secara umum, phobia adalah rasa ketakutan kuat (berlebihan) terhadap suatu benda, situasi, atau kejadian, yang ditandai dengan keinginan untuk ngejauhin sesuatu yang ditakuti itu.

Bedanya sama rasa takut biasa adalah, hal yang ditakuti sebenarnya nggak menyeramkan untuk sebagain besar orang.

Phobia terjadi karena adanya faktor biologis di dalam tubuh, seperti meningkatnya aliran darah dan metabolisme di otak. Bisa juga karena ada sesuatu yang nggak normal di struktur otak. Tapi kebanyakan psikolog setuju, phobia lebih sering disebabkan oleh kejadian traumatis.

Jadi, sebenarnya fobia itu rasa ketakutan akibat kejadian dan bukannya semula jadi (hampir 99.9% mungkin).

Tidak perlulah kita sebagai pemimpin terlalu fobia dengan sebarang kejadian-kejadian yang tidak diingini kerana perkara yang belum berlaku boleh dicegah sekiranya betul. Melawan sesuatu perkara dengan marah juga akan menyebabkan kejadian lebih buruk. Apatah lagi memburuk-burukan lagi seseorang pemimpin yang lain. Kena tenang hadapai situasi dan duduk berbincang dan tanya dengan penuh perasaan. Bukannya sekadar main hentam sahaja buat keputusan.

Semoga kita duduk dan bertenang dalam apa jua keputusan dan senyum sentiasa. Buat keputusan dengan intelektual yang tinggi dan pemikiran yang kritis