Solat Jumaat Masjid Al-Mustaqim : Khutbah 2011-02-04

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Apa yang saya ingin tulis disini, sekadar satu ilmu yang saya peroleh semasa mendengar khutbah jumaat di Masjid Al-Mustaqim, Jitra, Kedah. Amat tersentuh hati saya apabila mendengar khutbah ini yang agak memberi kesan yang sangat bermakna kepada saya dan jemaah jumaat pada ketika itu.

Ianya bermula dengan perkara biasa yang kita dengar, satu pengulangan kepada mengajak kita agar bertakwa kepada Allah S.W.T.

Disini wujud satu persoalan, pernah hati kita tersedar yang pengulangan ini bukan bermaksud satu rutin kepada kita? Tidak salah saya katakan, mungkin sebahagian menganggapnya sebagai satu rutin sahaja dan apa yang diucapkan tidak memberi makna langsung. Mungkin anda berkata, ini perkara yang sudah anda ketahui, tidak perlu diulang2 dan faktanya adalah sama sahaja.

Peringatan itu bukanlah bertujuaan untuk mengulangi sekadar rutin. Tetapi adalah untuk kita sedar, banyak lagi saudara-saudara seagama kita yang masih memerlukan pintu hati terbuka luas untuk menerima budaya Islam dalam dirinya. Tetapi, apabila seseorang itu yang sudah lama melakukan dosa contohnya datang ke masjid pada hari tersebut (hari jumaat), maka hatinya akan merasa sebak apabila mendengar setiap kata-kata khutbah jumaat tersebut (atau lain-lain ceramah agama) dan menginsafi dirinya. Itu antara tujuan manusia diberi peringatan berulang kali kerana manusia itu mudah lupa. Tatkala nafsu menguasai diri, manusia tidak sedar apa yang dibuatnya mendatangkan kemungkaran disisi Allah S.W.T.

Berbalik kepada intipati khutbah jumaat tersebut, antara disebutnya adalah betapa setiap manusia ini tidak terlepas dari melakukan dosa kecuali para anbiya dan Rasul. Baik ulama tersohor ataupun setiap manusia biasa, kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Tetapi, ini bukanlah dijadikan alasan untuk terus melakukan kemungkaran. Sebaliknya agar manusia bertakwa dan sering melakukan kebaikan bagi menghapuskan dosa-dosa tersebut.

Alasan sering diberikan oleh manusia manusia yang tidak mengerti erti kehidupan Islam sebenar. Bagi mereka, para nabi dan rasul dapat melakukan ibadat dengan sempurna kerana mereka tidak melakukan dosa. Inilah perihal dan sifat segelintir manusia yang amat gemar memberi alasan dan hidup dipenuhi dengan alasan. Bahkan mereka tidak sedar segala rezeki yang mereka dapat, adalah dikurniakan oleh Allah S.W.T. untuk mereka hidup dengan sempurna dan beramal soleh. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Rezeki yang melimpah ruah disalah gunakan dan menjadikan harta mereka hanya untuk mereka sahaja. Tidak langsung digunakan untuk membantu insan2 yang kurang berupaya dan miskin.

Lihat sajalah di salah sebuah rumah anak yatim di Melaka (sebuah cerita benar). Ada segelintir manusia (Melayu Islam) yang sanggup membuang anak mereka yang cacat dan tidak pernah menjenguknya kembali. Ini juga amat serupa seperti pembuangan anak oleh manusia-manusia yang tidak berhati perut ini. Bahkan, majoriti pembuang anak adalah terdiri daripada orang Melayu. Cukuplah dengan fakta di akhbar-akhbar utama menunjukkan orang Melayu sebagai penyumbang utama pembuangan anak.

Isu rumah-rumah anak yatim dan juga orang kurang berupaya juga amat tidak adil bagi sesetengah badan kerajaan. Lihat sajalah di Melaka, terdapat pelbagai lagi rumah anak yatim dan juga orang kurang berupaya yang mempunyai anak-anak Melayu Islam ditempatkan disitu. Saya juga mendengar sendiri dari staf rumah orang kurang berupaya dan anak-anak yatim tersebut mengatakan “kanak-kanak melayu Islam ini akan dikebumikan ditanah pekebumian orang Kristian sekiranya tidak dituntut”. Alangkah terkezut bukan kepalang lagi apabila mendengar berita sebegini. Mereka mengatakan, apabila ditelefonnya ibu bapa atau saudara-mara yang kanak-kanak Islam kurang berupaya ini, kebanyakkannya terputus hubungan dan no telefon tersebut tidak wujud. Ini amat kritikal dan menunjukkan masalah seperti ini amat kritikal. Adakah pihak Agama Islam Negeri tidak bertindak atau sekadar duduk dipejabat berhawa dingin sahaja?

Sebut perihal dosa dan pahala ini amat banyak. Semakin kaya seseorang itu, semakin tinggi dugaan dan ujiannya. Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin tinggi dugaan akan menimpanya samada dari segi kesenangan atau kesusahan. Orang kaya ditimpa ujian dari segi kesenangan, orang miskin ditimpa dari segi ujian kesusahan. Ini petunjuk Allah S.W.T. ingin menguji kita kerana Allah S.W.T. sayangkan umatnya. Jika tidak, seseorang itu tidak ditimpakan ujian dan leka dalam kehidupan. Ujian itu datang untuk menunjukkan Allah S.W.T. sedang memerhatikan kita dan kita harus berusaha untuk membuat kebaikan sebanyak mungkin.

Kemudian, berbalik kepada khutbah jumaat tadi, topik seterusnya yang dibincangkan adalah mengenai peranan muslim dalam berdakwah.

Kita mungkin beranggapan berdakwah adalah tugas para ulama atau ustaz2 sahaja. Sebenarnya amat salah.

Tanggungjawab berdakwah adalah tugas kita juga untuk mengajak orang ramai agar mendekati Islam.

Apa yang saya maksudkan bukanlah berdakwah dari segi ilmu yang kita pelajari seperti sains, matematik dsb. Tetapi agama kita ini, iaitu Islam.

Islam bukan milik kita semata-mata, tetapi untuk semua. Oleh itu, kita semua harus berdakwah agar mereka yang bukan Islam agar dapat menghayati prinsip Islam ini.

Semasa dalam khutbah jumaat ini, satu kisah benar mengisahkan seorang bangsa India, sebenarnya ingin mengetahui mengenai Islam tetapi keberatan untuk bertanya kerana rakan-rakan Islamnya sendiri tidak pernah berkata apa2 mengenai Islam. Sehinggalah satu hari, beliau mendengar ceramah agama oleh Ustaz Zaharuddin mengenai Islam. Dalam ceramah demikian, Ustaz Zaharuddin berkata ” Syurga hanya untuk orang Islam sahaja dan Neraka untuk mereka yang bukan Islam dan yang melakukan kemungkaran”. Tersentak beliau apabila mendengarnya dan alhamdullilah ada sahabat beliau Islam mengajak beliau berjumpa dengan Ustaz Zaharuddin tersebut. Setelah itu, beliau mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk Islam. Sekarang , beliau berdakwah untuk memperbanyakkan lagi orang agar memasuki Islam.

Tidakkah anda ingin berazam untuk at least mendapatkan seseorang agar memasuki Islam?

Tidakkah anda menginginkan ganjaran2 besar oleh Allah S.W.T. sekiranya anda dapat mengislamkan seseorang?

Pada masa kini, banyak orang Melayu yang tidak mengikut prinsip Islam sebenar. Contohnya dalam latihan PLKN, dibenarkan campur lelaki perempuan dalam pelbagai aktiviti dan berpegangan tangan untuk aktiviti2 lasak. Tidak bolehkah mereka diasingkan dan mengapa perlu tiru Barat dalam ketenteraan?

Terdapat pelbagai kepincangan berlaku dalam masyarakat dan ianya bukan untuk dibuat buta oleh kita. Sebagai umat Islam, anda harus at least berbicara mengenai masalah umat.

من أصبح وهمه الدنيا فليس من الله في شيء ومن لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Ertinya : Barangsiapa yang berpagi-pagi dan fokus keutamaan dalam dirinya perihal dunia semata-mata, tiadalah Allah punyai apa-apa urusan untuknya, dan barangsiapa  yang tidak mengambil tahu berkenaan urusan kaum Muslimin yang lain, tidaklah mereka dalam kalangan mereka (muslim)” ( Riwayat At-Tabrani, Majma’ Az-Zawaid, 10/248 ; terdapat perawi bertaraf Matruk)
Jadi, sebagai umat Islam, kita harus mengambil tahu masalah umat dan bukak buat tidak tahu sahaja. Kita boleh menegur selagi boleh. Jika anda ternampak kemungkaran dihadapan mata, cuba sedaya upaya untuk anda beritahu atau pun sekadar berdoa agar mereka insaf. Walaupun amat payah, tetapi kepayahan itu Allah akan memberi ganjaran setiap yang anda lakukan.
Dalih dan alasan perlu dibuang, teruskan untuk memantapkan umat Islam pada masa kini. Saya sendiri menyaksikan pelbagai manusia melakukan pelbagai kemungkaran. Sudahlah hisap rokok, dibuang begitu sahaja di tempat beliau merokok. Taraf seperti orang tua yang berusia hampir 60-an. Tetapi kebersihan langsung tidak dijaga. Saya amat tidak suka mengenai permasalahan-permasalahan seperti ini. Langsung tidak dijaga kebersihan yang dibuat sendiri. At least buanglah didalam tong sampah. Saya juga kesal kerana tidak menegurnya. Tiada alasan mahu saya berikan, kerana saya sendiri kesal tidak menegurnya.
Oleh itu, sama-samalah kita menjadi umat Islam yang benar2 unggul pada masa hadapan.
Waallahualam

Bila banjir….

Salam kepada semua,

Apakah itu banjir?

Banjir berlaku apabila terdapat limpahan air yang luar biasa sehingga menyebabkan kerosakan harta benda serta kemungkinan meragut nyawa.

Apa yang berlaku ini telah diceritakan secara teliti oleh adik saya kepada saya dan saya juga tidak berasa amat terkejut dengan keadaan tersebut.

Sebagai orang biasa dan mempunyai rumah yang biasa, keluarga saya hidup dengan sudah cukup dan bagus serta mempunyai kesihatan yang terjaga. Alhamdullilah mampu makan, membeli belah dan pergi melancong dan juga menunaikan segala perintah Allah S.W.T. dengan sempurna. Walaupun telah melebihi 2 tahun Ayahanda tercinta telah meninggalkan kami, kami sekeluarga mempunyai kehidupan yang selesa sama sekali.

Ketika banjir 2005, keadaan rumah tidaklah teruk sangat, just a few minor damaged to some furniture. Jadi, bantuan yang dapat telah diberikan ketika itu, dan urusan membersih rumah juga telah dilakukan dengan baik sekali.

Tetapi pada 2010, banjir yang amat teruk telah menimpa rumah yang diduduki oleh emak dan adik saya sehingga ke paras 1.6 meter di dalam rumah (diluar rumah dijangkakan sehingga 2 meter kerana pengalaman saya sewaktu banjir 2005 meredah banjir di hadapan rumah saya adalah hampir 0.6 hingga 0.7 meter bezanya dengan di dalam rumah).

Jadi pada kali ini, adik saya ditempatkan dikawasan sekolah bersama-sama emak saya. Ketika itu, saya juga tidak dapat pulang ke Kedah akibat banjir juga memaksa jalan raya disana ditutup dan menjadi seperti sebuah “pulau”. bahkan, Kapal terbang juga tidak dapat berlepas akibat banjir di lapangan terbang.

It starts here…

Approximately around 4 to 5 days, that my mom and sister needs to stay there with lot troubles and human behavior can be told to us.However, please take note that only some of them is behaved just I’m about to tell.

First one – How a man can turn from a good person to a bad person within a second. They keep fighting for food, failed to take control of their family and become angry. They don’t want to help, but become angry to the volunteer that they don’t have enough food and proper food to eat. Also, they just keep complaining everything.

Second – Not honest. As the food supplies arrived, some volunteer keep hidden some good foods and just eat among them. For example,  few chickens meat is not serve to all the flood victim, but rather cook just for volunteer. Even though they have right to do so because they were the one who did the cook and volunteering work. But it is not honest to keep it hidden from the other flood victims.

Third – Some of the muslim especially woman, didn’t trying hard to cover their skin (aurat) from the man. And also some Flood Control Centre did not separate between man and woman. This is true for the big hall. Given by this situation, the authority must make sure to make proper adjustment and practice it before the flood season. For example, if they are good enough to have proper place to become Flood Control Centre. They must make sure which side could be a place for family, woman and children, and man.

Fourth – As today flood is considered as human environment disaster (because the act of human, this is what it becomes), it is human or authority responsible to take action to avoid any further flood in the future. Build a dam, or deep underground water tunnel, or anything that could prevent people from becoming the frequent victim of the flood disaster. Why it is human environment disaster? It is:-

1 ) Human tore down the trees  – Lost our nature rainwater catchment

2) Green House Effect – Made a North Pole Ice melting even more

3) Vehicle release lot of Carbon Monoxides.

4) Lots

So, the act of the foolish human bring the disaster close to our arm. Allah S.W.T. already mentioned in Al-Quran that Disaster is coming because of the human act. It is us that Allah S.W.T. sent us flood, volcano, hurricane, earthquake etc.

Think again my fellow readers out there. If we are not going to save the world today from the corruption of this foolish human up there, then there is no tomorrow to our next generation.

 

Vacation and Holiday

Salam to all,

as we all know, right now some of us already on the way back to hometown, a place where we grown up and play.

To be honest, It’s been a tight week for me as lot of things happened. But, that is what we called as a life. Sometimes you must act, and sometimes you must remain silent.

For this upcoming holiday, lot of planning for me is queuing up. I need to settle everything related to my wedding preparation. Because after that, I’ll be at KL for my akad nikah and go to Kedah around 17 March 2011.

I’m currently also need to settle down the 3D visualization of Wireless network project, along with my research in Continuous Collision Detection and also with Blood Cell Recognition paper. Plus some programming in my Iphone apps development. Owh, before I’m almost forgot, I’m also need to design some poster/banner for INOTEK 2011.

To have an opportunity to do all this is a gift from Allah S.W.T., As a humble servant, we need to thank to Allah S.W.T. for give us opportunity to work and live to the fullest.

So, better to keep going do the good stuff you always do.

See ya and Happy Chinese New Year.