Penyamun dunia. Apabila kad kredit digunakan untuk membeli barangan. Inilah negara Yahudi yang dikatakan penyamun. Menyediakan penjara terbesar di dunia iaitu Gaza. Rakyatnya menderita akibat sekatan. Media mereka memutarbelitkan keadaan. Syabas sukarelawan negara yang pergi melihat sendiri kekejaman pihak Zionist yang celaka. Semoga Allah S.W.T hancurkan selumat-lumatnya bangsa Yahudi Laknatullah ini dari muka bumi ini. Merekalah musuh yang perlu diperangi kerana tidak langsung memberi ruang untuk berdamai setelah semua pintu rundingan ditolak.

Israel samun RM12j

2010/06/13

Tentera Zionis tak pulang wang sukarelawan Gaza

AMMAN: Tentera Israel bukan saja membunuh malah merompak wang tunai AS$3.5 juta (RM11.5 juta) serta merampas pelbagai peralatan milik aktivis misi bantuan Gaza selepas mereka diserang di perairan antarabangsa, 31 Mei lalu.

Mangsa serangan flotila yang terselamat ketika bercakap kepada stesen televisyen Iran, Press TV, memberitahu komando Israel merompak wang tunai dan pelbagai peralatan anggota konvoi bantuan berkenaan.

//

Beratus-ratus aktivis melaporkan kehilangan wang tunai, komputer riba, telefon dan pakaian selepas dibebaskan Israel, minggu lalu. Dianggarkan 600 telefon bimbit, 400 kamera video dan 350 komputer riba masih ada di tangan tentera Israel pada masa ini.

Malah, seorang aktivis Itali, Manolo Luppichini yang berada dalam kapal Sfintoni-8000 mendakwa, kad kredit miliknya yang dirampas askar Israel didapati digunakan untuk membeli barang.

Tentera Israel menyerang flotila berkenaan di Laut Mediterranean dan membunuh sekurang-kurangnya sembilan aktivis keamanan, lapan warga Turki dan seorang rakyat Amerika Syarikat di kapal Mavi Marmara selain mencederakan 50 yang lain.

Israel menahan sebelum membebaskan 700 aktivis dari 42 negara yang berada di atas kapal bantuan ketika ia cuba melepasi sekatan ke Gaza dan menyerahkan 10,000 tan bantuan kemanusiaan di wilayah yang daif itu.

“Komando Israel mencuri kamera dan telefon bimbit ketika mengarahkan kami keluar dari kapal. Mereka merampas apa saja bentuk teknologi yang kami miliki,” kata seorang aktivis, Alex Philips.
Kebanyakan aktivis misi bantuan itu juga membawa wang tunai dalam jumlah yang besar, hasil kempen pungutan derma yang dijalankan. Wang berkenaan untuk digunakan bagi tujuan amal di Gaza yang dikenakan sekatan Israel sejak tiga tahun lalu.

“Mereka merampas lebih AS$3,500 (RM11,500) wang tunai dan lesen memandu saya. Mereka turut mengambil kad permit kerja saya di Arab Saudi sebagai guru. Mereka mengambil komputer riba dan pakaian,” kata seorang lagi aktivis, Bllat Abdul Aziz.

Sementara itu, dakwaan itu turut diakui wartawan TV3 , Halim Mohamed yang mengesahkan semua barangan miliknya dan milik jurukamera, Mohd Jufri Judin, iaitu telefon bimbit, komputer riba, kamera digital, kamera video, buku nota, resit hotel, serta bahan yang boleh mengaitkan bukti kekejaman rejim Zionis turut dirampas.

“Sebelum merampas semua barangan, kami diberitahu semua barangan itu akan dipulangkan semula tetapi tidak diberitahu bila. Apabila kami merujuk kepada pegawai Kedutaan Thailand yang membantu mengisi beberapa borang dan prosedur sebelum boleh dibebaskan, kami diberitahu jika dalam tempoh dua minggu tidak dipulangkan, bermakna barang yang dirampas tidak akan diserahkan semula,” katanya.

Halim berkata, tentera Israel merampas semua barangan yang ada, kecuali dompet dan pasport sebelum membebaskan semua sukarelawan selepas menjalani pemeriksaan.

“Bagaimanapun, semalam (Jumaat) saya ada menerima e-mel daripada seorang sukarelawan Ireland yang turut serta dalam misi kemanusiaan itu meminta delegasi serta sukarelawan yang barangan mereka dirampas menyenaraikan barangan mereka bagi memudahkan urusan pengambilan semula barangan melalui pejabat kedutaan,” katanya ketika dihubungi semalam

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s