Assalammualaikum,
Kali ini kita berbicara mengenai perihal dunia maya yang bergelar dunia tiga dimensi (3D).
Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai teknologi 3D telah digunakan dalam filem-filem barat bagi membuatkan kita sangat terpegun dengan teknologi yang dihasilkan. Walaupun hampir semua teknologi 3D tersebut digunakan untuk adegan-adegan yang bersifat tidak wujud, tetapi kesannya sangat hebat.
Animation dan simulation 3D boleh dikatakan dua perkara yang agak berbeza dari satu sudut dan agak sama dari satu sudut. Animation lebih bersifat kepada cara designer tersebut mereka bentuk objek menggunakan perisian 3D yang dibeli manakala simulation adalah lebih kepada penyelidik yang ingin mengetahui sesuatu fungsi atau mekanisma tanpa membabitkan sebarang bahaya dan kos yang tinggi. Contohnya animation adalah untuk filem-filem 3D dimana kita hanya perlu “render” kan sahaja tanpa perlu memikirkan kesan-kesan khasnya kerana perisian tersebut sudah disertakan plugin-plugin ataupun library2nya. Berbanding dengan simulasi 3D, ianya lebih bersifat menghasilkan plug in atau library untuk designer menggunakannya untuk animation. BOleh dikatakan simulation adalah satu element dalam animation. (maaf kerana mencampur adukkan bahasa malaysia dan bahasa inggeris)
Dunia 3D pula terdiri daripada pelbagai objek2 menarik. Yang membezakan filem-filem 3D diluar sana adalah kesan khas dan juga betapa kompleksnya objek tersebut. Cuba bayangkan Optimus Prime dalam Transformers 1,2, dan 3, designer terpaksa berhempas pulas memastikan objek 3D ini sekompleks yang mungkin. Ok, setiap objek 3D (semuanya) terdiri daripada sebuah titik. Apabila titik digabungkan dengan titik kedua, kita akan mendapat line, dan jika kita cantum tiga line ini, kita akan mendapat segitiga. Jadi, dunia 3D menyatakan objek 3D ini terdiri daripada primitif2 yang disebut segitiga-segitiga. Apabila kita gabungkan segitiga ini, ianya akan menjadi sebuah objek 3D. Bahkan sebuah cuboid pun sebenarnya terdiri daripada segitiga walaupun anda definekannya sebagai sebuah kuboid!
jadi, apa yang menjadikannya sebagai sebuah objek 3D yang bagus? Jawapannya terletak kepada sejauh mana designer tersebut mampu merealistikkan objek tersebut dan sejauh mana komputer dapat me”render”kan objek tersebut. Jika objek tersebut terdiri daripada 10 juta segitiga walaupun hanya sebuah kapal terbang (bayangkan sebuah kapal terbang 3D yang tahap complexitynya adalah sebanyak 10 juta triangles), komputer yang hebat diperlukan untuk memastikan kapal terbang tersebut dapat terbang dengan smoothnya pada skrin tv atau komputer anda. Tahap normal mata adalah melepasi 24 fps kalau tak silap saya (check internet), tetapi dalam dunia 3D, 30 fps ke 60 fps (frame per second) sudah memadai dan cukup. Tetapi sebenarnya, jika anda check internet pun, ianya bergantung kepada tahap kelajuaan mata anda. Jika anda tengok tersekat2 tu, maksudnya fpsnya rendah. Oleh itu anda kena tambah RAM, atau GPU card, atau tukar processor anda.
Kalau kita kaitkan dunia 3D ini dengan dunia yang kita duduk sekarang, dunia realiti sangat-sangat berbeza dengan dunia 3D. Dunia ini salah satu ciptaan Allah dimana ianya sangat-sangat perfect dan jauh dari imaginasi kita. Bayangkan dalam persekitaran 3D, virtual environment, nak detect collision (pelanggaran) antara objek pun susah dan apa yang kita buat kita kena bagi arahan. Hah, disini kita lihat, setiap benda di dunia ini, patuh pada perintah Allah dan jika ada perlanggaran, setiap calculation itu perfect dan sistem physicnya juga perfect. Sangat terlampau jauh dengan dunia 3D yang dibentuk oleh kita. Sebab itu jangan kita leka, dunia rekaan kita yang penuh hiburan dan pelbagai isi dunia ini jangan penuhi dengan perkara-perkara yang mengasyikkan kita. Kita mesti belajar juga tetapi belajar dan tuntut ilmu tersebut dengan penuh kekaguman dengan ciptaan Allah S.W.T.
Contohnya, jika menonton wayang bersama-sama anak2 cerita transformers, ambil iktibar di mana betapa uniknya pemikiran manusia ini mampu berbuat sedemikian. Jadi, Allah S.W.T. telah merekabentuk dunia ini dengan lengkap sistem physicnya dan pelbagai lagi element pencahayaan dan biological yang ilmu ini tersangat banyak. Ilmu ini takkan abis, sebab itu, tuntutlah ilmu dengan ikhlas dan penuh keredhaan Allah.
Saya selalu percaya, jika kita sangat2 ikhlas dalam menuntut ilmu kerana Allah S.W.T., pasti kita akan berjaya.
Waallahualam,
Selamat menuntut ilmu, Sekadar pandangan dari saya, sekiranya ada silap, tolonglah sangat perbetulkan saya dan saya meminta maaf.
Waalaikumussalam