Perjalanan Selatan, Timur dan Barat

Assalammualaikum,

Minggu hadapan merupakan minggu perjalanan saya untuk pergi ketiga-tiga negeri hujung kecuali di sebelah utara (mungkin waktu raya nanti). Mungkin web ini tidak akan diupdate buat sementara waktu tetapi apa yang perlu dibincangkan pada petang ini adalah kerenah birokrasi dalam kehidupan kita.

Kita mungkin tahu terdapat pelbagai ragam manusia apabila di dalam bilik temuduga apabila memohon pekerjaan. Ketika dalam bilik temuduga, sebahagian akan mempertahankan diri kita dan berusaha sedaya upaya agar dapat dikurniakan tempat kerja di tempat tersebut. Selepas itu, pastilah majikan akan memberi sepenuh keyakinan kepada kita dalam menjalankan tugas dengan baik.

Bila menjalankan tugas, kita akan mendapati terdapat pelbagai loop hole yang berlaku dalam organisasi. Sebelum kita masuk, kita tidak nampak, tetapi apabila telah berada ditempatnya, kita sudah merasai pelbagai macam perkara yang berlaku. Ini bukan satu tulisan yang mempersendakan atau apa-apa pun, tetapi sekadar satu pandangan atau pemikiran yang telah dilakukan oleh saya yang cetek ilmu ini. Jadi, berbalik kepada perkara birokrasi ini, sering kali sebahagian daripada kita terkilan kerana terlalu banyak sangat kerenah yang perlu diikuti dalam sesuatu organisasi.

Contohnya dalam penyediaan dokumen2 yang penting seperti kertas ujian dan kertas final exam. Terlalu banyak kertas dibazirkan untuk melihat samada soalan ini berpatutan atau tidak dan diconteng pada kertas yang telah dicetak. Ini menyebabkan kertas tersebut digunakan tanpa kawalan walaupun bertungkus-lumus sebelah pihak lagi ingin membanterasnya daripada pembaziran. Apalah salahnya kita hantar versi secara online (dalam secure connection) agar dapat dinilai secara terus menerus tanpa kita terus mencetaknya dalam beberapa salinan. Ini sama seperti yang berlaku kepada tesis Sarjana saya di mana saya telah membazir hampir 2000 kertas A4 semata-mata ingin memastikan format diikuti dengan betul. Memanglah betul format itu penting, tetapi sepatutnya kita boleh buat appointment dan baiki “on the spot” thesis tersebut ataupun bagi sahaja versi softcopy untuk dibaiki. Di sini mungkin timbulnya soa sekuriti dokumen tersebut. Disini pihak sekuriti mestilah memainkan peranan penting dalam memastikan stafnya menjaga dengan baik dokumen tersebut. Mujurlah kertas boleh di”recycle” kembali tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan.

Sama seperti penggunaan kertas untuk panggilan mesyuarat dan sebagainya. Sememangnya kertas harcopy itu masih lagi penting dan tanpa hardcopy kertas atau surat tersbut, agak susah untuk berurusan. Sampai bilakah untuk kita menghadkan penggunaan kertas kerana kertas menyebabkan bumi ini terbakar. Apalah salahnya semuanya dibuat secara online. Bahkan, urusan dari permohonan untuk menghadiri dan membentangkan kertas kerja hinggalah ke peringkat menuntut elaun perjalanan dan makan, etc dibuat secara online. Ianya memerlukan sistem yang sangat stabil dan mempunyai sekuriti tinggi agar semua ini dapat berjalan dengan lancar.

Contohnya Google Map. Tidak perlu anda print out kerana anda boleh muat turun ke smartphone anda. bahkan sebelum anda print out Google Map tersebut, tertera perkataan “Save Trees, Go Green”  merujuk kepada anda agar tidak print out google map ini. Warna akan dibazirkan, kertas akan digunakan dan pembaziran mungkin berlaku apabila kita telah menghafal jalan tersebut.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyokong Green Technology dengan sedaya upaya mengelakkan bumi ini dimusnahkan oleh tangan kita sendiri. Kiamat pasti tiba, tetapi Islam mengajak kita menjaga kebersihan dan alam ini. Jadi, jangan kita musnahkan disebabkan kita sendiri. Go Green.

Thanks.

 

 

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: