Mahasiswa Hampas atau Kelapa?

Assalammualaikum,

Saya tertarik sebenarnya dengan tulis oleh Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dimana beliau menyebut “Jangan hanya menyalahkan mahasiswa semata-mata, sebaliknya falsafah pendidikan tinggi mesti dinilai kembali, dasar dan akta mesti disemak semula mahasiswa hanyalah sebiji kepala, yang akan menentukan ianya menjadi santan atau hampas ialah mereka yang memerah dan yang memprosesnya. Jika prosesnya betul, maka santanlah natijahnya, jika tidak sebaliknya.

Baca penuh di “http://www.malaysiakini.com/letters/166710

Beliau me”respon” kepada ayat-ayat yang dilontarkan oleh salah seorang Naib Canselor di Malaysia ini dengan saya pemikiran yang boleh difikirkan bersama-sama.

Untuk sedia maklum, tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam soal ini. Yang penting kita perlu berfikir kembali. Penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara amat digalakkan dan ke dalam negara juga digalakkan. Ada pelajar yang tersangat cemerlang tidak mahu ke luar negara kerana suka dengan pembelajaran di Malaysia dan sudah ada pakar di Malaysia. Ada pelajar cemerlang yang mahu ke luar negara kerana berniat membawa balik kepakaran dari luar ke dalam negara. Ada pelajar cemerlang yang hanya tahu berlagak dan hendak ke luar negara untuk melancong sambil belajar. Jadi, ianya tersangat subjektif dan terpulang kepada masyarakat untuk menilai.

Tetapi, masyarakat harus sedar, bukan semua graduan dalam negara itu tidak hebat dan bukan semua graduan luar itu hebat. Salah tanggapan tersebut dan kepada orang Islam, jika anda seorang graduan luar negara yang berlagak dan memperkecilkan negara tempat anda lahir ini dan duduk sekarang ini, silalah keluar dari Malaysia dan anda tidak layak duduk di sini kerana tidak bersyukur. Riak dalam diri anda sudah menjadikan anda syirik kecil kepada Allah S.W.T.

Dalam dunia ilmu ini, kita digalakkan berkongsi ilmu dan saling membantu. Bukan memperkecilkan antara satu sama lain dan tunjuk hebat dengan mengatakan idea overseas lagi hebat. Jangan riak wahai graduan-graduan kalian.

Sebab itu, tak kisah pelajar- itu belajar di mana pun, yang penting kita berkongsi apa yang kita ada dan sama-sama menjalankan kerja dan ibadah. Ingatlah, belajar itu sangat dituntut dalam agama.

Benar, yang menjadikan mahasiswa itu santan atau hampas, adalah bergantung kepada proses, akta dan lain2 lagi. Pensyarah yang mengajar juga seorang manusia. Takkan kita nak cari 100% semuanya pensyarah hebat mengajar. Ada yang pengajarannya sangat bagus dan ada yang biasa sahaja. Ada juga pelajar yang sangat OK dan boleh study sendiri walaupun pensyarah kurang menyerlah dan ada yang sebaliknya. Ianya proses biasa dalam kehidupan dan kesemua perlu saling membantu antara satu sama lain.

Bagi saya, sambunglah belajar di mana jua dan jangan mengatakan luar itu lebih baik atau dalam itu lebih baik. Terserah kepada individu terbabit. Yang penting belajar dan niat anda kena betul dan diredhai Allah S.W.T.

Kepada pelajar pula, belajarlah rajin2 dengan semampu mungkin. Fahamilah ada pensyarah yang boleh mengajar anda dengan baik dan ada yang kurang sedikit. Tetapi, janganlah menyalahkan mereka kerana masing-masing ada kelebihan. Jika tidak mahu bertanya dalam kelas, tanya di luar kelas dan sebagainya.

Semoga proses pembelajaran dalam negara dan luar negara kita berjalan dengan lancar dan berfikir dalam apa jua perkara. jauhi perkara-perkara yang menyebabkan minda kita terpesong.

Terima Kasih.

June 22, 2011 – 6.45 am (Rabu)

[Edited] June 22, 2011 – 7.11 am (Rabu)

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: