Zayn Bersunat – Day 01

Salam semua. Aku nak menceritakan Day 01 Zayn bersunat pada 23 Disember 2023.

Malam sebelumnya mmg makan di Bruh Kitchen, demi meraikan Zayn nak bersunat. Bil kena dalam RM105. Zayn makan Fish And Chip.

Esoknya iaitu 23 Disember 2023, kami berjogging dulu. Kemudian selesai jogging kami terus ke Klinik sekitar jam 8:15 pagi. Aku sempat daftarkan dulu dan check booking mmg jam 9 pg. Aku dah dengar budak bersunat memanggil2 maknya di dalam tu. Rasa gementar jugak.

Kemudian selesai isi form, pergi beli nasi lemak untuk Zahra dia nak makan dan donut dan karipap sikit kat gerai kat Durian Tunggal tu.

Lepas beli terus ke Klinik Vista tu balik.

Ya nama klinik tu Klinik Vista. Bayarannya RM180 dan kena buat booking beberapa minggu sebelum dan deposit RM50. Baki bayar selepas sunat boleh guna EWallet. Aku guna Touch and Go Wallet.

Masuk dalam bilik sunat jam 9:22 pagi dan kena bogel untuk nak bersunat dan berakhir sekitar jam 9:40 mcm tu. Zayn meraung2 jugak huhuhu.

Selesai tu, naik kereta dan bawak pulang. Kekok juga menjaganya. Siap terpaksa pergi Klinik balik cuci sebab tak reti cuci. Tp skg dah takde darah keluar dah.

Alhamdulillah untuk hari pertama kami tidur depan jaga bersama si Zayn.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a comment