Sambung Belajar – suatu pandangan

Assalammualaikum,

Kali ini saya ingin berbicara antara soal kehidupan antara yang paling subjektif sekali iaitu sambung belajar. Dengan beranggapan saya maksudkan peringkat PhD, biarlah saya sendiri mengutarakan pendapat saya.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis yang sambung belajar PhD

a) Degree, Master ditanah air, maka sambung PhD diluar negara mengikut pilihan negara. Ada yang pilih sebab nak sangat pergi negara tersebut. Ada yang pilih sebab memang ada pakar dekat situ. Ada yang pilih sebab negara tersebut merupakan negara yang member2nya pun ada dan best juga. Ada yang kombinasi kesemuanya. dan ada yang sebab lain sambung di luar (paksaan atau relaan)

b) Degree sudah diluar negara, maka master pun di luar negara, maka diambilnya pula PhD di dalam negara. Biasalah, mungkin disebabkan penat sudah belajar di negara orang. Masa untuk membina keluarga (berkahwin dan ada anak). Masa untuk mengenal penyelidik-penyelidik dalam negara. Masa untuk berbakti kepada universiti dalaman dan pelbagai lagi sebab.

c) Degree dan master dan PhD di universiti sama. Boleh sahaja kalau berminat. Terpulanglah kepada individu terbabit. Mungkin disebabkan universiti tersebut pun memang terbaik dan supervisor pun bagus. Ada juga peluang pergi conference kat luar. Mungkin sebab memudahkan dan mungkin sebab pelbagai lagi yang ada. Ada kombinasi pelbagai lagi.

d) Degree tempat lain, master tempat lain dan PhD tempat lain (dalam negara). Ada juga yang macam ini. Bagus juga, berpeluang merantau sekitar universiti di dalam Malaysia ini. Banyak perhubungan dan tahu banyak lecturer. Pendek kata, senang nak buat FRGS atau research collaboration dengan mereka. Tetapi, sebenarnya yang penting attitude kita untuk buat penyelidikan. Tak kisah universiti luar atau dalam, jika jenis kenal orang, boleh buat geran luar lagi.

Okeh, diatas adalah sebahagian sahaja listnya. Ada pelbagai lagi jenis mengambil PhD ini. samada Part Time atau Full Time. Atau kadang-kadang hampir 5 ke 7 tahun ambil PhD atau macam-macam lagi. Yang penting niat anda nak ambil ilmu tersebut.

Anda belajar kerana Allah S.W.T. dan bukan kerana suka-suka sahaja. Yang penting, mungkin dengan PhD, anda dapat pelbagai kenalan dan dapat berfikir secara lebih terbuka. Itu terpulang kepada andalah.

Dan, tidak perlu memandang rendah kepada para PhD holder yang lain. Kadang-kadang ilmu tinggi menyebabkan kita riak, maka cepat-cepatlah bertaubat dan minta maaf. Sebaliknya, ajak dan ajar mereka kaedah yang anda pelajari secara berhemah. Tidak perlu mengajar seperti mereka itu tidak pandai.

Sebab, kadang-kadang, ada yang sebahagiannya mengajar seolah-olah perli anda punya kelulusan. Jika anda terasa sedemikian, baik anda beredar sahaja kerana dikhuatiri anda pun akan sakit hati. Atau anda boleh bertebal muka dan berdoa agar orang yang mengajar kepada anda tersebut terbuka hatinya agar tidak riak.

Atau mungkin dia tidak riak, dah memang jenis dia macam tu. Itu tidak mengapa. Tetapi jika ada sedikit sahaja perasaan riak dalam hati dengan ilmunya yang kononnya di luar negara/dalam negara, maka habislah kerahmatan Allah kepada orang tersebut.

Jangan riak. Tidak kisah mana-mana PhD pun, yang penting berkongsi ilmu secara bersederhana.

Cuma nasihat saya, jika ada peluang, at least pergilah sambung di luar universiti anda (paling tidak universiti lain di dalam Malaysia ini) dan paling hebat, sehingga ke luar negara seperti USA, UK, Jepun dan lain-lain.

Bila balik Malaysia, sama-sama berborak dan berkongsi ilmu secara terbuka dan berlapang dada. Jangan menunjuk-nunjuk dan bermasam muka dan menghina orang lain.

Waallahualam.

 

Kehidupan – Membuat Pilihan

Assalammualaikum,

Saya hendak mulakan artikel ini dengan satu surah:-

“Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka.” (Surah Maryam, ayat 59).

Daripada surah diatas, kita dapat melihat bahawa sebenarnya solat itu merupakan satu perkara yang fardhu keatas kita dan wajib dilaksanakan. Ada pelbagai lagi surah-surah Al-Quran menerangkan kepentingan solat dan bagaimana solat itu adalah selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Jika sebanyak mana pun amalan sedekah anda, sebaik mana pun anda, seikhlas mana pun anda, amalan anda tetap tidak akan diterima jika tidak bersolat. Rujuk artikel di laman berkaitan perihal solat yang dijawab oleh Rasulullah ketika ditanya mengenai solat oleh sahabatnya.

Laman 1 – http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12459.0

atau Laman saya Perbincangan Islam

Apa kaitannya dengan membuat pilihan iaitu tajuk artikel kita kali ini? dengan solat?

Sebenarnya, kita sudah diberi pilihan dalam kehidupan ini samada untuk mengerjakan solat atau tidak. Tetapi ada sebahagian manusia masih lagi membuat pilihan agar memilih untuk meringankan solat atau tidak mengerjakan solat langsung.

Tahukah anda, jika anda selama ini, contohnya sudah 4 tahun tidak solat dan akhirnya insaf, anda harus QADA kesemua solat tersebut dengan semangat membara. Jika 10 tahun bagaimana? Jika 20 tahun bagaimana? Anda mesti berusaha untuk QADA balik sehinggalah selesai atau ajal menjemput anda terlebih dahulu. InsyaAllah usaha anda menqadakan solat itu akan dipandang Allah walaupun tidak lengkap ketika ajal menjemput anda. Tetapi jika anda bertaubat dan bersolat tetapi tidak bersungguh-sungguh menqadakan solat-solat yang telah lama tertinggal. Saya tidak tahu apa balasan menanti anda pula.

“Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).

Bermaksud, anda harus bertaubat dengan cara menqadakan sebanyak mungkin solat yang anda telah tertinggal. Sebab anda meninggalkannya dengan keadaan malas, tidak insaf, tidak lupa.

Bayangkan ketika anda sihat, anda tidak langsung ingat untuk solat. Sedangkan anda kuat, sihat, bertenaga, menghabiskan masa dengan perbuatan sia-sia. Ingatlah, sebaik mana pun anda, anda tidak solat, semua amalan anda tidak diterima oleh Allah S.W.T. Ini saya dapati hasil daripada ceramah-ceramah yang saya ikuti selama ini.

Berbalik kepada soal membuat pilihan

Kenapakah manusia cenderung membuat pilihan yang kadang-kadang dianggap tidak cerdik?

Mereka nampak kejahatan dihadapan tetapi tidak mempunyai keberanian menegur.

Orang atasan mengamalkan rasuah tetapi tidak ditegur kerana khuatir hilang punca rezeki.

Sedangkan dia pun dianggap bersubahat kerana tidak mencegahnya dengan melaporkan kepada pihak berwajib.

Sama seperti kita dalam membeli sesuatu barangan. Kita memilih barangan A dan tidak barangan B. Bermaksud, kita sudah membuat perbandingan antara perkara baik dan buruk. Sudah pasti kita memilih barangan yang baik bagi kita. Tetapi kenapa kita tidak memilih yang baik dalam soal halal dan haram atau sumber rezeki halal dan haram?

Dalam soal keibubapaan, kenapa kita ada dikalangan kita sanggup membelakangkan ibubapa kerana sudah dianggap kawan lebih kenal kita berbanding ibubapa. Sedangkan ibubapa lagi kenal kita sebab sejak lahir hingga besar ibubapa membesarkan kita. Ingatlah, selagi ibubapa tidak menghalalkan anda disebabkan anda membelakangkan keputusan ibubapa anda, anda tidak akan berada dilandasan yang benar. Inilah yang berlaku dalam jiwa muda-mudi kita sebahagiannya dalam kehidupan hari ini.

Dari Abdullah bin Amr ia berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Termasuk Al-Kaba`ir (dosa-dosa besar), yakni bila seseorang mencela kedua orang tuanya.” Mereka para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, mungkinkah seseorang mencela kedua orang tuanya?” Beliau (saw) menjawab: “Ya, bila ia mencaci bapa seseorang, maka orang itu pun akan mencaci bapanya. Dan bila ia mencaci ibu seseorang, lalu orang itu pun akan mencaci ibunya.” [1824] (Hasan Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)

Anda harus ingat, anda perlu berhati-hati dalam membuat pilihan yang betul semasa di dunia ini. Membelakangkan agama dan mengutamakan dunia adalah perbuatan sia-sia.

Letakkan kepentingan agama mendahului segala kepentingan akhirat terlebih dahulu. Sebagaimana soal zuhud, Zuhud bukan bererti jadi miskin, tetapi bermaksud mengambil segala isi di dunia ini dan menggunakannya untuk kepentingan akhirat. Bukan duduk di bawah jambatan dan sebagainya, sebaliknya jadilah kaya dan boleh sumbang kepada fakir miskin dan sebagainya. Abdul Rahman Bin Auf dan Saidina Abu Bakar merupakan golongan yang kaya, dan antara paling zuhud dikalangan sahabat dengan harta kekayaannya, boleh berbakti kepada Islam.

Waallahualam

January 08, 2012 – Sunday – 12.29 tengah hari

IEEE AGM 2012 at Putrajaya Marriott Hotel

Assalammualaikum,

Baru-baru ini berlangsung AGM (semalam) untuk IEEE dan sekali lagi Pengerusi dan Naib Pengerusi bagi sesi 2011 dilantik semula untuk sesi 2012. Tahniah diucapkan kepada Chair – Mahamod Ismail dan Vice-Chair iaitu Mustafar Kamal Hamzah.

Saya hadir untuk sesi AP/MTT/EMC chapter bersama-sama Professor Madya Muhammad Shahrir bin Johar dan Dr. Badrul Hisham bin Ahmad dan berjaya (alhamdulillah) mengekalkan kerusi setiausaha yang disandang pada tahun 2012.

Namun begitu, kami juga berharap agar lebih ramai warga fakulti untuk turut serta kerana dominasi oleh warga kerja UiTM dan UTM sememangnya sebegitu unggul untuk IEEE ini. Kami juga merancang untuk melakukan Membership Drive agar semua warga FKEKK atau universiti dapat turut sama hadir menjayakan AGM IEEE pada tahun 2013 dan seterusnya.

Berikut merupakan gambar-gambar hotel dan juga gambar semasa chapter AP/MTT/EMC berlangsung

Saya lebih menangkap gambar hotel yang menarik ini. Rasanya untuk duduk saja-saja mungkin 10 ke 15 tahun lagi. kerana difahamkan harganya juga agak mahal iaitu sekitar Rm500 keatas

Ke tempat makan dan tangga yang unik

Semasa sesi presentation oleh Committee member 2011 AP/MTT/EMC

Sebahagian yang dilantik sebagai Committee baru AP/MTT/EMC 2012

Gambaran Jelas tangga hotel yang menarik

Peningkatan ahli IEEE Malaysia tetapi yang hadir semalam adalah sekitar 200 orang mungkin. So, kehadiran hanya 10% sahaja dari jumlah tersebut. Perlu dipertingkatkan lagi