Assalammualaikum,
Baru-baru ini berlangsung AGM (semalam) untuk IEEE dan sekali lagi Pengerusi dan Naib Pengerusi bagi sesi 2011 dilantik semula untuk sesi 2012. Tahniah diucapkan kepada Chair – Mahamod Ismail dan Vice-Chair iaitu Mustafar Kamal Hamzah.
Saya hadir untuk sesi AP/MTT/EMC chapter bersama-sama Professor Madya Muhammad Shahrir bin Johar dan Dr. Badrul Hisham bin Ahmad dan berjaya (alhamdulillah) mengekalkan kerusi setiausaha yang disandang pada tahun 2012.
Namun begitu, kami juga berharap agar lebih ramai warga fakulti untuk turut serta kerana dominasi oleh warga kerja UiTM dan UTM sememangnya sebegitu unggul untuk IEEE ini. Kami juga merancang untuk melakukan Membership Drive agar semua warga FKEKK atau universiti dapat turut sama hadir menjayakan AGM IEEE pada tahun 2013 dan seterusnya.
Berikut merupakan gambar-gambar hotel dan juga gambar semasa chapter AP/MTT/EMC berlangsung
Saya lebih menangkap gambar hotel yang menarik ini. Rasanya untuk duduk saja-saja mungkin 10 ke 15 tahun lagi. kerana difahamkan harganya juga agak mahal iaitu sekitar Rm500 keatas
Ke tempat makan dan tangga yang unik
Semasa sesi presentation oleh Committee member 2011 AP/MTT/EMC
Sebahagian yang dilantik sebagai Committee baru AP/MTT/EMC 2012
Gambaran Jelas tangga hotel yang menarik
Peningkatan ahli IEEE Malaysia tetapi yang hadir semalam adalah sekitar 200 orang mungkin. So, kehadiran hanya 10% sahaja dari jumlah tersebut. Perlu dipertingkatkan lagi
nanti ko charter la bas UTeM untuk ke AGM tu..angkut satu bas..kalau nak jadi presiden..angkut 2 bas…hahaha!!!
aku rasa kalau aku boleh bawak semua yang ada IEEE member guna bas. confirm leh jadi presiden IEEE. Takpe, aku target dalam 2,3 tahun lagi kot mcm tu (bagi nampak tua sikit muka aku). pastu aku buat kempen dan guna bas. bawak semua yang ada IEEE suuh sokong aku.hahaha. presiden chapter sudah pasti. presiden IEEE pun mungkin boleh.hahhaha
Terima kasih atas ucapan.
Presiden IEEE Malaysia
Maaf Tuan Presiden, harap tidak diambil hati apa yang diperkatakan kerana ianya sekadar jokes. 🙂